“Pin..Pin..Pin”.
Kedengaran bunyi hon motosikal di luar pagar. Memang setiap petang ketika berehat selepas Asar, saya membiarkan pintu sliding rumah terbuka luas untuk memudahkan 2 orang anak kecil saya keluar masuk bermain di halaman rumah. Tapi saya pastikan pintu pagar sentiasa tertutup. Lorong rumah kami di Taman Fajar menjadi laluan utama keluar masuk penduduk. Bahaya jika pintu pagar sentiasa terbuka.
“Assalamualaikum”.
Saya terdengar sesorang memberi salam dari luar. Rupanya
sahabat saya Ustaz Ismail sudah tercegat diluar pagar sudah siap menongkat
motorsikal kriss birunya. Saya mempersilakan dia masuk dan saya menjemputnya duduk
buaian di laman rumah saya. Kami
bersembang sambil mengawasi anak kecil saya bermain.
“Di Taman kita ni rupanya ramai ustaz yang tinggal kat
sini”. Ustaz Ismail memulakan perbualan.
“Ya lah… siapa lagi.. tak pernah saya kira. Memang betul
lah ramai”. Jawab saya.
“Ni ha… Kawe ada tulis nama saing-saing ustaz kita ikut lorong
Taman ni.. Ada 23 orang semuanya.”
Sambil dia mengeluarkan kertas tertulis nama ustaz-ustaz
yang beliau maksudkan. Ustaz Ismail ni berasal dari Besut, memang pekat loghat
kelantannya.
Saya melihat nama-nama tu semua. Ramai juga rupanya ustaz-ustaz
yang berjiran dengan kami di Taman Fajar. Taman Fajar ini kira besar juga. Ada
23 Lorong semuanya. Rumah saya di Lorong 12.
“Tapi kalau kita tengok di Surau, berapa orang ja ustaz
yang ada. Balik-balik kita lima orang saja. Muka ni ja yang ada. Yang lain macam
tak pernah nampak wajah mereka”. Ujar Ismail dengan wajah tak puas hati
sambil menunjuk senarai nama tadi.
Di Taman kami ada satu surau yang agak besar juga. Boleh
muat 200 orang lebih juga dalam satu masa sampai ke beranda luar. Memang jemaah
surau kami tak ramai. Waktu maghrib dan isyak biasanya ada dalam satu saf lebih
sahaja dalam 25 orang begitu. Ramai golongan warga senior dan juga anak-anak
muda tabligh.
“Kalau nak cari ustaz-ustaz kita ni, mudah nak jumpa
mereka di gelanggang badminton. Malam kelmarin lepas solat Isyak kawe ada nak
cari saing (Kawan). Kawe gi di Dewan Chi Hua tu. Rupanya ramai geng-geng ustaz bermain
badminton kat sana. Saing-saing kita di Taman ni macam semua ada”. Luah
Ustaz Ismail lagi.
“Kawe kata.. ooo di sini rupanya geng-geng ustaz. Kat surau
tak nampak. Pakat mari kumpul sini belako. Kawe kata gitu wak ggurau jah (Saya cakap dengan nada
bergurau).” Ustaz Ismail terus bercerita.
Panjang Ustaz Ismail meluahkan kekecewaan dia petang itu
kepada saya tentang rakan-rakan ustaz. Ramai dari kalangan mereka adalah lepasan
Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi sebagai pusat pendidikan yang terkenal
melahirkan pada Ustaz dan pendakwah. Tapi katanya Ustaz Ismail, mereka ini
semua tidak memainkan peranan besar dalam masyarakat.
Ramai di kalangan ustaz ini hanya kerja sebagai guru agama
di sekolah sahaja. Bertugas sebagai guru agama dari jam 6 pagi hingga jam 12
(waktu Sabah). Pulang dari sekolah terus buang jawatan ustaz dan jadi orang
biasa. Kelibat di surau dan masjid pun
susah nak nampak apatah lagi memberi kuliah atau membuat program bersama
masyarakat.
“Apa rancangan kita ya?. Tak jadi ni kalau begini ja. Kita
tak boleh biarkan”. Ustaz Ismail masih
bersemangat mencari idea jalan penyelesaian.
“Kita buat usrahlah. Demo jong kerah, jemput mereka join usrah.
Buat kat rumah kawe. Kita tadarus al Quran dan baca hadis”. Saya memberi
cadangan.
Resolusi perbincangan petang itu ialah kami akan membuat
program yang kami namakan ‘Tadarus dan baca Hadis’ seminggu sekali. Program
akan bermula rumah saya setiap hari Selasa malam Rabu mula selepas isyak jam 8
malam. Ustaz Ismail mengambil tanggujawab sebagai pegawai perhubungan akan
menjemput rakan-rakan ustaz semua. Saya sebagai tuan rumah menyediakan tempat
dan sukatan untuk tadarus dan memilih hadis untuk perbincangan.
Alhamdulillah. Berkat kesungguhan ustaz Ismail dan dengan
bantuan Ustaz Mahadir orang lama Taman Fajar, Program tadarus pertama di hadiri
oleh lebih 10 orang ustaz dari Taman Fajar. Kemudiannya bilangan semakin bertambah
sehingga lebih 20 orang. Bermula dari program inilah kami sebenarnya berjaya
mengumpul para ustaz dan Surau Taman Fajar semakin meriah dan makmur dengan
solat berjamaah.
“Kawe nak ucap terima kasih ko demo. Kerana cadangan demo,
kita berjaya mulakan sesuatu budaya baru kat Taman Kita ni. Banyak pahala demo”’.
Saya mengucapkan terima kasih di satu petang kepada Ustaz
Ismail ketika kami mengeteh mengirup kopi panas di Warung Taman Fajar.
Beberapa tahun lepas Itu Ustaz Ismail berpindah dapat balik
ke Besut. Lama kami tak berhubung dan sekarang sudah terputus hubungan. Semoga
Allah mengaturkan pertemuan kembali atara saya dan Ustaz Ismail.
No comments:
Post a Comment