Saya tersentak mendengar pertanyaan yang amat jujur dan berterus terang Pakcik Ngadiman (Bukan nama Sebenar). Saya terdiam sambil terseyum sumbing memandang Pakcik Ngadiman yang sedang menyandar di dinding kedai gunting di tepian sawah.
Saya bertemu Pakcik Ngadiman ini ketika singgah untuk bergunting rambut di sebuah kedai gunting tepi sawah di Kuala Selangor. Pada tahun 2012 , kami pensyarah-pensyarah IPG KPI perlu menyelia praktikum guru-guru jQAF di seluruh pelusuk negeri Selangor. Saya perlu menyelia bebrapa orang guru di sekitar Kuala Selangor dan juga Sekinchan.Hari tersebut , saya menyelia dua orang guru jQAF. Satu di
sesi pagi dan satu guru lagi untuk sesi petang di sekolah lain. Selepas penyeliaan
sesi pagi selesai saya mengisi masa terluang untuk mengunting rambut
sebelum sesi penyeliaan seterusnya pada jam 3 petang.
Kebetulan ada sebuah kedai gunting rambut yang beroperasi di sebuah
pondok kecil di tepi sawah. Saya singgah
dan sudah ada seorang pelanggan sedang
menunggu. Pemandangan di sekeliling pondok itu amat indah dan mendamaikan
dengan sawah padi nun sejauh mata memandang.
Tiba-tiba masuk seroang pakcik dalam lingkungan umur 60an memberi salam dan duduk di sebelah saya. Dia ni amat peramah dan dia mengenali tukang gunting dan juga
pelanggan lain. Melihat saya orang baru yang dia tidak kenali dia mula bertanya kepada saya:
“Eh encik dari
mana tak pernah nampak. Nama siapa?”.
“Saya Abdullah, dari bangi datang ke sini menyelia praktikum guru
jQAF.” Saya menjawab sambil mengukir
senym perkenalan.
“Ohh.. pensyarah ya.. saya Ngadiman, jadi.. Ustaz dari
MPI lah ya. Dulu anak saya ada belajar situ. Buat KPLI juga.. sekarang mengajar si Sungai Buloh.”
“Masya Allah .. bagus tu.. anak pakcik pun guru agama
juga.”
“Ya.. anak saya ramai yang jadi guru, Sekarang ada seorang
lagi sedang belajar di UPSI. Tapi bidang Geografi. Dua tahun lagi habislah”. Pakcik Ngadiman bercerita sambil membelek-belek jam
tangannya.
Kemudian dia bertany a
lagi.
“Sebelum mengajar di MPI ustaz bertugas di mana?”
Saya bercerita kisah kerjaya saya di sabah. Bermula di Sandakan dan
kemudian di IPG Tawau selama setahun setengah.
“Pakcik ada seorang anak di Tawau. Doktor di Hospital
Tawau, lama dah juga dia di sana. Dalam tiga tahun dah rasanya.”
Saya semakin kagum dengan Pakcik ini. Dia kelihatannya bukan orang berpelajaran. Pakaiannya hanya sebagaimana
orang kampung biasa. Anaknya ramai berpelajaran tinggi. Saya semakin ingin tahu lebih lanjut
tentang Pakcik Ngadiman ini.
“Berapa orang anak Pakcik? Ramai belajar tinggi pula.”
“Anak pakcik tak ramai. 12 orang ja.. Cuma ramai lebih
kurang umur. Ada sebaya”.
“Hah ramainya juga 12 tu ada pula yang sebaya.. bagaimana
tu?” Perasaan ingin tahu semakin membuak.
“Pakcik ada 3 Isteri, 12 Orang ana saya tu.. 9 orang anak
tiri. Anak saya 3 orang ja”. Bersahaja Pakcik Ngadiman bercerita.
“Masya Allah, hebatlah pakcik ni. Jarang orang sekarang ada 3 isteri. Kalau dua tu
biasa lah. Pakcik kerja apa? Bukan senang nak jaga tiga keluarga besar ni”.
“Ala.. kerja biasa.. Pengawal keselamatan dekat Kilang
proses padi”.
Saya terkejut dan rasa tercabar. Pengawal keselamatan boleh
kawin 3 isteri. Bagaimana lah dia boleh menyara keluarganya. Pendidikan
anak-anaknya pun bukan calang-calang. Doktor
perubatan, guru dan ada penjawat awam lain. Saya bertanya kepadanya apakah
rahsia dan petuanya untuk menyara keluarganya yang besar itu.
“Alhamdulillah.. Pakcik yakin pada rezeki Allah. Pakcik
kahwin pun ikhlas kerana Allah.. Semua 3 orang isteri pakcik tu janda sudah ramai
anak. Mereka perlu pembelaan dan kasih sayang. Hanya itu yang pakcik mampu
bantu. Bila dah kawin kami kongsi rezeki apa yang ada. Alhamdulillah. Allah luaskan
rezeki pakcik sekeluarga. Seorang isteri pakcik buka kedai makan kecil. Seorang
buat kueh. Seorang lagi jual goreng
pisang. Bolehlah menampung hidup kami sekeluarga. Anak-anak tiri saya tu perlu
belaian kasih sayang. Perlu seorang ayah yang menjaganya. Itulah yang saya
mampu buat.”. Panjang lebar cerita Pakcik Ngadiman…
Sekarang tiba giliran saya untuk menggunting rambut. Hanya tinggal
kami bertiga di kedai itu. Yang lain sudah selesai. Sambil rambut saya digunting kami meneruskan
perbualan.
“Saya kagum dengan pakcik. Saya yang bekerja kerajaan ni
pun rasa terbeban nak sara anak saya yang 7 orang .. tapi Pakcik boleh menyara
3 isteri dan 12 anak.”
“Laa. Ustaz.. Rezeki ni kan Allah bagi. Dia yang aturkan.
Ustaz tak yakinkah dengan rezeki Allah..?”
Saya melihat dari cermin besar didepan saya, Pakcik Ngadiman
tersenyum seolah memperli saya.
Allah.. Saya terasa hari ini Allah menegur saya yang tentang
rezeki dan kehidupan. Ya.. kita yakin Allah yang menentu dan memberi rezeki
kepada sesiapa sahaja. Kita hanya perlu berusaha. Cuma kadang-kadang hati kita ini terpengaruh
dengan kiraan duniawi hingga lupa pemberi rezeki yang sebenar.
Pakcik Ngadiman hanya seorang pengawal keselamatan, tapi dia
mempunyai tahap keikhlasan dan keyakinan yang sangat tinggi pada Allah.. melebihi
keyakinan saya sendiri. Saya rasa keikhlasan inilah yang memberi keberkatan
kepada kehidupannya sekeluarga.
Kita bagaimana? Nak kawin lebih dari satu. Mahu, tapi mahu
yang muda. Tidak yakin pula dengan rezeki. Nampaknya Iman dan hati ini masih
banyak yang perlu dibaiki.. Hari itu saya belajar sesuatu dari Pakcik Ngadiman.
No comments:
Post a Comment