Setiap tahun, acara sambutan hari kelahiran baginda rasul di sambut dengan meriah di SMKE. Antara acara yang di adakan ialah pertandingan nasyid bertemakan ‘Rasulullah’. Pertandingan di buka kepada kategori pelajar lelaki dan perempuan.
Acara ini
adalah yang paling meriah berbanding bacaan sajak, persembahan pentomin dan drama.
Ada beberapa orang pelajar non muslim datang berjumpa saya meminta izin untuk menyertai pertandingan nasyid.
“Ustaz! Boleh
kah aku dengan kawan ku ini nak join
kumpulan nasyid puji rasulullah”. Tanya
Jackei ingin mendapat kepastian.
“Kenapa tak
boleh?”
“kawan-kawan
cakap aku tak boleh masuk sebab pertandingan ini hanya untuk pelajar muslim
saja”.
“Saya ok
saja. Saya rasa beliau (ayah) kamu yang tak benarkan. Sebab lagu ni nasyid memuji nabi Muhammad”.
“Ah.. Beliau
(ayah) aku ok ja.. dia tak kesah sangat. Lagi pun aku suka bah.. nasyid puji rasul
ni”.
Memang rezeki
mereka kumpulan nasyid yang di sertai oleh dua pelajar non muslim ini menang
tempat pertama. Jadi mereka perlu buat persembahan pada hari penutup yang dihadiri
oleh pengetua.
“Eh.. tu macam si Jackei.. non Muslim pun ikut bernasyid jugakah ustaz”.
Tanya pengetua bila dia perasan ada pelajar non Muslim.
“Mereka beria-ia
minta e nak masuk cikgu.. jadi saya bagi saja. Tak apa kan?”.
“Boleh.. tiada masalah”.
Memang Jackei
bersemangat mengalunkan lagu ‘Ya Rasulallah’..
memang sedap suaranya. Rakannya seorang lagi
memetik gitar bersama rakan lain di belakang.
Alhamdulillah.
Kemeriahan sambutan hari kelahiran Rasul
menjadi satu acara yang meriah untuk pelajar asrama. Terima kasih kepada
guru-guru yang memberi sumbangan untuk pembelian hadiah bagi pemenang setiap acara di
samping duit tabung Pendidikan Islam yang sedia.
Program
ini diharapkan dapat menyuburkan lagi cinta kepada
Rasulullah yang telah banyak berkorban
membawa agama Islam bagi menyelamatkan umat manusia dari kesesatan kepada keimanan
kepada Allah.
Kalau rakan agama
kristian, mereka sentiasa menyebut bahawa Jesus atau Yesus datang membawa rahmat menyelamatkan manusia. Kita sebagai muslim lebih-lebih lagi perlu menobatkan
nabi Muhammad adalah Rasul terakhir utusan Allah adalah penyelamat sebenar manusia. Hanya sesiapa yang beriman pada Allah dan menerima Nabi Muhammad sebagai rasulNya sahaja
akan diterima oleh Allah dan berjaya masuk syurga di akhirat nanti. Itulah
yang ditegaskan oleh saya kepada
pelajar.
No comments:
Post a Comment