Tuesday, September 30, 2008

كن ربانيا ولا تكن رمضانيا

Detik Maghrib tadi di saat berbuka puasa kali terakhir di bulan Ramadhan 1429H berkakhirlah secara rasmi bulan Rahmat dan bulan keberkatan yang pahalanyaa berganda-ganda. Sayu rasanya hati, apatah lagi di saat perpisahan ini sepatutnya aku berteleku bermunajat mengadap ilahi dan membaca ayat-ayat suci Al Quran buat sekian kalinya di bulan Ramadhan ini.

Tapi hari ini aku dan keluarga yang baru sampai ke Sandakan selepas mengharungi perjalanan selama 4 jam dari tawau. Keletihan, lapar dan dahaga mengheret kami ke Restoran Ajmeer yang tidak asing lagi pagi warga Sandakan. Jadi tak dapatlah aku menghayati detik akhir Ramadhan.

Insya Allah, aku berazam untuk memastikan diri aku ini telah terlatih dengan Ramadhan dengan meneruskan amalan-amalan di bulan Ramadhan di bulan-bulan yang seterusnya. Semoga tidak kurang dari bacaan al Quran, zikir, solat jemaah dan sudah pastinnya qiam!

Alangkah indahnya Ramadhan! memang aku bersemangat untuk lakukan apa saja, tapi bulan lain.. Mudahan Allah memberi kekuatan kepada aku.

Aku tak mahu menjadi orang yang hanya mendambakan Ramadhan! aku sepatutnya mendambakan Allah, tuhan yang telah mencipta aku dan memberi aku kehidupan yang nikmatnya tidak terhitung. Jadi aku wajib dambakan diriku kepadanya setiap detik dan ketika. Kerana dialah segalanya yang menentukan kehidupan seterusnya dunia dan akhirat.

Azamku yang cuba ku pertahankan..
1. Zikir pagi petang.
2. Solat jemaah
3. Khatam Quraan sebulan sekali
4. Qiam walau sedikit
5. Dapatan ilmiah harian.

Insya Allah. Semoga Allah membimbingku. Amin

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

"Hari terakhir Ramadhan! Hari terkahir puasa! yahoo"
itulah reaksi Muaz anak saya yang baru kali pertama puasa tahun ini. Dia amat sabar berpuasa dan hanya tinggalkan puasa sehari sehari sahaja gara-gara Maknya lewat sedar sahur.

Ya. Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita dengan membawa sekali rahmat dan berkah. Sudah berlalulah bulan yang pahalanya berganda, bulan yang mana pahala digandakan dengan 10x, 70x malah 100x. Sudah berlalu lah malam seribu bulan. Maknanya sudah berlalulah bulan offerm bulan durian runtuh. Syawal, walaupun ramai yang bergembira menyambutnya tetapi ia adalah bulan yang biasa yang tidak banyak keistimewaan yang tersendiri melainkan puasa enam. Itupun bagi mereka yang ada selera untuk mengejar rahmat Allah.

Mudahan Allah akan mempertemukan lagi kita dengan Ramadhan yang akan datang.Insya Allah.

Sunday, September 07, 2008

JANGAN TERSALAH ANGGAR KUASA ALLAH




Kuliah subuh pagi ni, saya memfokuskan kepada pandangan manusia kepada Allah. Pandangan yang boleh di katakan juga sebagai anggapan.

Tak dinafikan semua orang Islam beriman dan yakin kepada Allah Taala, Allah yang telah mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk juga kita manusia yang begitu hebat ciptaannya.

Tetapi yang menjadi masalah kita umat Islam ialah kita seolah-olah memandang rendah atau memandang kecil kepada Allah walaupun kita mengaku dialah tuhan kita yang telah maha agong.

Dibulan Ramadhan yang mulian ini Allah telah menjanjikan pelbagai insentif untuk memberi rahmat kepada hambanya. Bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat banyak peluang-peluang untuk menambahkan amalan seperti solat terawih, membaca Al quran, zikir, bersedekah dan sebagainya. Bahkan di bulan ini pahala yang dilakukan akan diganda Oleh Allah Taala. “الحسنة بعشر أمثالها” Setiap kebaikan Allah akan gandakan sepuluh kali, dan dalam riwayat lain Allah akan gandakan sehingga setratus kali dan sehingga 700 kali ganda bergantung usaha dan keikhlasan hambanya.

Apa yang berlaku kepada kita ialah sebaliknya. Kita seolah-olah tidak mengendahkan apa yang telah disediakan oleh Allah kepada kita. Semua yang Allah sediakan itu dipandang sepi oleh umat Islam. Dapat dilihat tak ramai orang islam yang betul-betul berminat untuk mengejar ganjaran yang Allah telah sediakan. Masih ramai yang bereha-rehat selepas berbuka puasa mengumpul tenaga yang seharian tak dapat sumber tenaga. Solat maghrib isyak entah kemana apatah lagi solat terawih.

Adakah kita tidak yakin kepada Allah yang telah menjanjikan kepada kita pelbagai insentif bagi yang mereka yang memeriahkan bulan ini?

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Sesiapa yang memeriahkan bulan ramadhan dengan ibadah kepada Allah dengan penuh keyakinan kepada Allah dan berkira-kira untuk mendapat rahmat Allah, nescaya Allah akan ampunkan dosanya.

Adakah kita betul-betul yakin dengan Allah atau kita hanya sekadar sambil lewa dan mengatakan urusan kita lebih penting dari mengharapkan rahmat Allah yang entah betul entah tidak.

Tepuk dada tanya iman anda.