Friday, December 06, 2024

HARTA TIDAK BERKURANG DENGAN SEDEKAH

 Hampir setiap hari selepas solat jumaat di  Masjid Anas bersebelahan rumah sewa saya di  Mafraq dulu akan ada   orang yang akan meminta sumbangan  dan  bantuan. Biasanya  mereka ini dari Palestin dan  juga  orang yang memerlukan kos kewangan perubatan dan sebagainya.



Selepas solat mereka akan membuka  sejadah atau serban di luar pintu masjid dan mengulang-ngulang ayat-ayat al Quran dan  Hadis tentang Fadhilat Sedekah.

"ما نقص مال من صدقة"

Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah.

Ayat ini akan di ulang-ulang:

“Ya Ikhwann… ma naqasa mal min Sadaqah”

“Wahai saudaraku, Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah”

المال مال الله أنت تنفق والله يعوضك

“Harta anda adalah harta Allah. Anda belanjakan harta (sedeqa), Allah akan ganti”.

Mereka juga membaca ayat al Quran  ayat 20 Surah al Muzzammil

وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا

Dan apa jua kebaikan yang kamu lakukan untuk diri kamu, kamu akan mendapati ia di sisi Allah; ia adalah lebih baik dan ganjaran yang lebih besar.

Apa yang saya perhatikan ialah orang Arab ini pemurah. Amat suka bersedekah dan tidak lokek untuk memberi derma. Biasaanya duit yang disedekahkan tinggi membukit penuh sejadah yang dihampar tadi.

Itulah antara budaya mulia arab suka bersedeqah dan menderma walaupun kadang-kadang mereka sendiri dalam kesusahana. Mereka yakin bahawa Allah akan menggantikan harta mereka yang telah di sedekahkan. Jika tidak di dunia sudah pasti di Akhirat nanti. Allah maha pemurah dan akan mengganti harta tadi dengan nilai yang besar.

Jika Allah ganti di dunia bukan semestinya dengan wang dan harta. Allah akan gantikan dengan kemuliaan, senenangan dan kebahagiaan. Rezeki Allah itu luas. Dia lah menentukan rezeki kita semua.


 

No comments: