Saturday, October 17, 2009

Ujian Itu Tanda Kasih

30 September lalu adalah merupakan tarikh hitam yang tidak dapat dilupakan oleh saudara seislam kita Padang, Indonesia. Mereka telah diuji dengan ujian yang sangat berat.

Semua pakej ujian yang diterangkan dalam al Quran telah diuji kepada mereka. Allah telah berpesan dalam Al Quran dalam Surah al_baqarah ayat 155



Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.


Ketakutan, kelaparan, hilang harta benda, jiwa dan punca pendapatan semuanya di alami oleh saudara seislam kita di Padang. Kita umat Islam di Malaysia hanya dapat melihat dan mendapat khabar berita melalui media massa dan hanya mampu berdoa dan memberi simpati kepada mereka semua.


Tetapi apa yang menyedihkan ada segelintir dikalangan kita yang cenderung untuk melihat apa yang berlaku di Padang sebagai hukuman dan balasan Allah kepada penduduknya lebih-lebih lagi ada pihak yang berjaya membuktikan bahawa masa berlaku gempa bumi di Padang itu sama dengan bilangan surah dan ayat dalam al Quran yang menjelaskan kehancuran dan bencana ditimpa kepada mereka yang engkar kepada Allah.


Lalu pelbagai telahan yang dibuat untuk menguraikan ayat tersebut dan natijahnya kita masih bergembira dengan sambutan hari raya yang tak kunjung sudah sehingga terlupa untuk berkongsi kesedihan dan keperitan yang dihadapi oleh saudara seislam kita disana. Berapa banyakkah sumbangan yang telah dihulurkan oleh kita untuk mereka? Adakah sumbangan kita itu mampu untuk mengurankan beban yang dihadapai oleh mereka? Sambil mengisi perut di rumah-rumah terbuka kita hanya mampu menyebut : “Semua bencana yang berlaku adalah untuk menguhukum mereka yang berdosa dan memberi peringatan!”.


Sebagai orang beriman kita perlu milhat sesuatu peristiwa itu dari pelbagai dimensi dengan menggunakan al-Quraan dan sunnah sebagai panduan. Rasulullah telah menyebut:


إن الله إذا أحب قوما ابتلاهم

Sesungguhnya Allah, apabila ia sayang pada sesuatu kaum atau masyarakat dia akan mengujinya.


Ayat ke 155 Surah al-Barah juga menyebut aspek ujian yang Allah gunakan untuk menguji manusia ialah dengan ketakutan, kelaparan, kematian orang tersayang, hilang harta benda dan juga punca pendapatan. Inilah yang apa kita boleh lihat apa yang berlaku kepada saudara seislam kita di Padang.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Bencana yang berlaku di padang itu boleh dilihat sebagai tanda kasih sayang Allah kepada masyarakat di sana. Iman mereka dinilai tinggi di sisi Allah dan mampu untuk melalui ujian yang amat berat dengan pakej yang lengkap.Umat di Malaysia tidak boleh berbangga bahawa Allah sayang kepada kita. Oleh kita tidak pernah ditimpa bencana dan dapat hidup dengan aman dan harmoni!


Makna tersirat dari apa yang kita renungkan ialah bahawa kita semua masih lemah iman dan tidak bersedia atau tidak layak menerima ujian Allah. Allah tahu jika umat Malaysia diuji sebagaimana umat Islam di Padang dan di Aceh dulu pastinya dengan iman yang ada kita belum pasti dapat menghadapinya dengan sabar malahan mungkin tidak dapat menerima hakikat dan takdir.


Bencana itu ujian dan ujian itu adalah tanda sayang Allah kepada hambanya. Tidak hairanlah apabila kita melihat bahawa masyarakat Islam di Pandang itu kuat pegangan agamanya tetapi ditimpa bencana sebagitu rupa. Sepatutnya kita gusar kenapa Allah lebih menyayangi mereka lebih dari kita. Adakah kita masih tidak memenuhi kehendak Allah dalam kehidupan kita?


Tetapi kita telah di ajar oleh Allah taala agar sentiasa berdoa

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


Ya Allah rahmati lah kami jangan kamu uji dengan apa yang kami tidak mampu. Amin..