Program rakan iman pada awalnya adalah bebas terbuka kepada pelajar yang berminat. Namun saya mewajibkan kepada beberapa orang pimpinan pelajar yang tinggal di asrama. Bilangan ahli program rakan iman sekitar 16 orang sahaja untuk tahun pertama.
Keputusan ini menyebabkan bilangan ahli rakan iman utama menjadi besar sehingga mencecah 30 orang atau lebih . Segmen pertama perjalanan rakan iman ialah tadarus al Quran . Oleh kerana bilangan ahli rakan iman amat ramai, saya menghadkan setiap orang akan membaca dua ayat atau lebih kurang dua baris.
Sebelum ini, segmen tadarus amat lancar setiapa pelajar membaca separuh muka surat seorang. Namun, apabila pelajar tingtakan 6 diwajibkan, segmen tadarus menjadi amat lambat. Terdapat beberapa orang pelajar tidak mampu membaca al Quran dengan baik. Bahkan ada seorang pelajar bernama Herman (bukan nama sebenar) langsung tidak boleh membaca al Quran. Huruf -huruf Arab pun dia tidak dapat bezakan. Bila tiba gilirannya untuk membaca al Quran saya meminta rakan sebelahnya membaca sambil diikuti oleh Herman. Begitulah halnya selama 2 kali program rakan Iman.
Saya telah mengambil
inisiatif membuat program kecil yang saya namakan rakan al Quran. Pelajar tingkatan 6 yang tidak boleh membaca
al Quran dengan baik akan dipasangkan dengan pelajar yang mahir . Seingat saya hanya ada
lebih kurang 5 orang saja yang perlu di bimbingan termasuk Herman.
Saya cuba sedaya upaya membuat pasangan bimbingan dari pelajar tingkatan 6 juga agar setara. Jika mereka dipasangkan dengan adik-adik yang lebih kecil mungkin mereka berasa malu dan bimbingan akan terbantut.
Saya memberi kebebasan untuk memilih pasangan rakan al Quran. Herman telah memilih seorang pelajar tingkatan 4, Ilham (bukan nama sebenar) untuk menjadi pembimbingnya. Begitu juga pelajar yang lain.
“Ustaz! Aku sudah pilih Ilham yang akan ajar aku al Quran”. Herman memberitahu saya pilihannya.
“Eh, dia pelajar tingkatan 4, pangkat adik untuk kamu. Kamu selesakah? Saya risau kamu malu ja”. Aku bertanya untuk mendapat kepastian.
“Ok bah ustaz. Aku tak ada apa-apa. Aku malu tak pandai baca al Quran. Aku tak malu belajar dengan siapa siapa saja. Janji aku pandai”. Tegas Herman.
Saya telah
memberi panduan kepada pembimbing agar membuat bimbingan bacaan sekurang-kurang
dua kali sehari. Sekali di waktu pagi sejurus selepas solat subuh dan malam
selepas solat isyak. Bagi mereka yang sudah pandai membaca, cukup sekadar membaca
satu lembar sahaja.
Hanya Herman yang terpaksa menggunakan memulakan dengan buku Iqra 1. Manakala yang lain hanya perlu bimbingan bacaan untuk pembacaan yang lebih lancar sahaja. Mereka memulakan dengan surat al Baqarah.
Apa yang saya
perhatikan ialah semangat Herman. Saya melihat dia dan Ilham amat rapat. Setiap
kali lepas solat Zohor saya akan nampak Ilham
akan membimbing Herman membaca Iqra. Sejurus selepas solat mereka kan duduk
bersama. Herman langsung tidak malu dan tidak kekok walaupun dilihat oleh
pelajar-pelajar lain bahawa dia masih membaca Iqra. Seolah perasaan malu sudah
tiada baginya.
Manakala bagi pelajar lain, saya tidak nampak kelibat mereka, namun dari laporan pembimbing , mereka mengikut panduan yang saya sediakan iaitu lepas subuh dan lepas isyak. Apa yang saya tahu bacaan mereka sudah semakin baik.
Begitu juga dengan Herman. Dia menyelesaikan satu buku Iqra hanya dalam satu minggu sahaja. Selepas sebulan setengah dia sudah hampir selesai buku Iqra 6. Masya Allah saya tidak terfikir dia begitu cepat belajar. Selepas dua bulan Herman sudah mampu baca al Quran sendiri dan saya minta Ilham mula memperbutkan tajwid.
Saya kagum dengan semangat Herman ini yang bersemangat untuk belajar membaca al Quran dan mampu membaca al Quran hanya dalam tempoh dua bulan. Selepas dua bulan, segmen tadarus al Quran untuk program rakan iman kembali lancar. Tiada lagi pelajar pelajar yang membaca al Quran tersangkut-sangkut.
Saya selalu berpesan kepada pelajar agar wajib memastikan diri mampu membaca al Quran. Fadhilatnya cukup besar. Setiap huruf akan diberi 10 pahala. Bayangkan kalau dia membaca satu muka surat al Quran. Berapa huruf yang sudah dibaca. Jika bacaannya tersangkut-sangkut kerana sedang belajar dia memperoleh pahala dua kali ganda.
Amat rugi bagi sesiapa yang tidak boleh membaca al Quran. Amat rugi. Itulah yang saya tekankan kepada pelajar. Bagi yang sudah pandai carilah dan rebutlah peluang mengajar dan membimbing orang lain membaca al Quran. Nabi berpesan bahawa orang yang paling baik ialah orang yang mempelajari al Quran dan berusaha mengajarnya kepada orang lain.
Pesan saya
lagi. Ambil lah peluang bimbing adik-adik
dirumah baca al Quran. Ambillah peluang bimbing rakan-rakan dikampung baca al Quran
kerana jika mereka pandai membaca hasil bimbingan anda. Anda akan dapat pahala mereka membaca al Quran sepanjang hayatnya. Semakin
ramai yang anda ajar semakin banyaklah pahala yang anda dapat.
No comments:
Post a Comment