Wednesday, July 15, 2020

Aceh Siri 5 : Menyantuni nemo di Pulau Rubiah

5 Febuari 2020 (Selasa)

Kami sampai ke Iboih sekitar jam 10.30 pagi untuk ke Pulau Rubiah. Sementara Yasir menguruskan bot dan sewa peralatan untuk snorkeling, saya mengambil kesempatan untuk membeli makanan ringan sebagai bekal ketika di Pulau Rubiah nanti. Bimbang makanan di pulau lebih mahal dan kurang pilihan. Air mineral, Pisang, biskut dan roti sekadarnya untuk alas perut dengan harga IDR 150000.

Pulau Rubiah dan Iboih
Memilih jaket keselamatan, google dan kasut bebek

Menunggu untuk naik bot kaca


Yasir membawa kami ke tempat untuk memilih peralatan snorkeling. Setiap orang wajib memakai jaket keselamatan dan bagi sesiapa yang berniat untuk snorkeling perlu menyewa google dan kasut bebek (kasut itik) yang sesuai. Tak ingat berapa set kami ambil. Semua harga yang dibayar IDR570000. Oleh kerana bilangan kami yang agak ramai kami mengambil 2 orang jurulatih air. Jurulatih menawarkan khidmat  kamera go pro untuk mengambil air sepanjang snorkeling. Bayaran dua jurulatih dan sewa gopro hanya IDR450000. Entahlah murah atau tidak, tapi ia telah termasuk dalam bajet percutian kami.



   
Selepas itu saya dan Yasir ke kaunter bot kaca untuk menyewa sebuah bot kaca yang paling besar. Bot yang paling besar hanya memuatkan 14 orang. Yasir mencadangkan sewa satu bot sahaja sebab ramai anak kecil yang perlu dijaga. Sewa bot kaca untuk sepanjang trip IDR350000.
Semasa kami mula naik bot pemandu bot mempertikaikan bilangan kami yang ramai melebihi 14 orang. Bilangan kami dah 18 orang tidak termasuk jurulatih air. Yasir berbincang dengan pemandu meminta kelonggaran untuk kami yang ramai kanak-kanak. Pemandu bot mengingatkan SOP bot ialah boleh muat 14 nyawa tak kira kecil atau besar. Dia tak mahu bertanggungjawab dan tidak mahu bergerak dengan jumlah seramai itu menyebabkan Yasir terpaksa ikut sekali bersama kami sebagai mengambil tanggungjawab jika ditahan oleh penguasa atau atau jika berlaku sesuatu yang tidak diingiini.

 “ Insya Allah selamat! hari ni cuaca baik. Perjalanan pun tak jauh. Bapak jangan risau!”.

Bot mula bergerak menghampiri Pulau Rubiah melewati beberapa tempat menarik untuk melihat ikan-ikan. Bot kaca ini bukan keseluruhannya dibuat dari kaca. Hanya mempunyai lubang seluas 2 x 4 kaki ditengah-tengah bot. Apabila sampai ditempat  melihat ikan, kotak kaca akan diturunkan kebawah sehingga mencecah air. Kotak kaca itulah yang menjadikan pandangan dasar laut menjadi lebih jernih dan ikan dapat dilihat berenang renang di bawah bot. Terdapat 3 tempat yang kami berhenti untuk melihat ikan. Selepas itu kami mengililingi Pulau Rubiah dan berlabuh di jeti untuk aktiviti snorkeling.

Yasir membawa kami ke sebuah restoran untuk kami meletak semua barang-barang kami. Di situlah kami akan makan tengah hari nanti. Kami telah membuat tempahan 16 set nasi ayam penyet dan seekor ikan bakar. Ummi sangat suka ikan bakar selepas makan ikan bakar di Panorama Seulako malam tadi.

Selepas meletakkan barangan kami bergerak ke tempat untuk snorkeling. Kami semua turun ke air untuk mendengar taklimat oleh juruatih. Mereka menunjukkan kepada kami cara yang betul untuk memakai google dan bagaimana cara untuk memakai kasut bebek. Kami juga diajar bagaimana cara berenang yang ringkas dengan menggunakan jaket keselamatan. Mereka memastikan setiap orang dari kami mencuba untuk berenang dapat memanfaatkan google dengan baik.


Selepas itu kami berpecah kepada dua kumpulan untuk mula aktiviti snorkeling. Fatonah dan Ummi hanya memerhatikan kami dari tepi pantai. Mereka berehat sebuah kedai makan di hadapan kami bersenokerling sambil menjaga Zinnirah.
Masya Allah ikan-ikan kecil berwarna warni  mengerumuni kami. Jurulatih rupanya telah membawa makanan ikan dalam paket-paket kecil untuk menarik perhatian ikan-ikan tersebut. Jurulatih mengajar kami bagaimana cara memberi makanan ikan dengan betul agar mereka datang mengerumni kami dan mereka dapat mengambil gambar dengan go pro yang kami sewa tadi. Jurulatih memastikan setiap orang dapat diambil gambar bersama ikan.








Kemudian jurulatih mengajar kami cara untuk menyelam kedasar laut sambil menahan nafas untuk diambil gambar bersama ikan. Gambar-gambar ini akan kelihatan seolah kami semua penyelam profesional yang mampu bertahan lama dalam air. Amat mengujakan. Malangnya saya tak dapat melakukan aksi itu kerana mempunyai masalah telinga. Jurulatih juga memberi tahu saya, anak-anak perempuan saya takut untuk menyelam. Hanya Khadijah, Muaz, Ziad dan Uwais sahaja yang membuat selaman Nemo kedasar laut. Hanya mereka sahaja yang mempunyai gambar yang cantik.








Selepas tiga jam berada dalam air, jari jemari sudah terasa kecut dan perut pun sudah terasa lapar. Kami mengambil keputusan untuk berhenti dan naik ke darat. Di pulau Rubiah ini tidak ada tempat yang sesuai untuk membilas badan. Tempat membilas hanya disediakan di Iboih. Kami kembali ke restoran tempat kami meletakkan barang dan melihat makanan sudah siap sedia untuk dihidang. Kami makan dengan begitu berselera sekali. Maklumlah kami keletihan berada dalam air 3 jam dan waktu pun dah agak lewat hampir jam 4 petang.







Kos makan tengah hari kali ini 15 set ayam penyet dan seekor ikan bakar termasuk dengan makanan ikan yang digunakan semasa snorkeling tadi sebanyak IDR659000. Harga yang berpatutan di sebuah tempat pelancongan.
Tempat membilas

Masjid Iboih yang masih dalam renovation

Jam 4 petang kami telah berada di Iboih mandi membersihkan diri dan menukar pakaian bersedia untuk solat zohor dan asar secara jamak. Yasir mencadangkan agar kami solat di Masjid Baytul Muna.

Monday, July 13, 2020

Aceh Siri 5: Gua Sarang


5 Febuari 2019  Selasa

Selepas usrah, bersantai di pantai dan sarapan pagi, kami semua bersiap sedia memulakan aktiviti kami hari ni yang padat. Yasir dan rakannya sudah sampai dengan dua Kijang untuk perjalanan kami hari ni. Kami telah menyewa dua Innova (Kijang) Yasir dan rakannya sepanjang 2 hari di Pulau Sabang dengan kos sewa 3.4 Juta rupiah bersamaan dengan lebih kurang RM1008. Ini bermakna sewa sebuah Kijang sehari bersama pemandu RM250 masih berbaloi kerana mereka akan membawa kita kemana sahaja tempat menarik di Pulau Sabang.
Kijang Yasir sudah siap sedia jam 8.30pagi

Yasir dan kawan juga berperanan sebagai pemandu pelancong bercerita tentang secara dan tempat-tempat menarik yang dilawati. Malah dia juga menguruskan segala urusan sewa bot dan juga tempat makan.

Jam 8.30 pagi Yasir dan rakannya telah tiba ke Panorama Suelako bersedia membawa kami Pulau Sarang, Pulau Rubiah dan destinasi terakhir di Kilometer Zero untuk menyaksikan matahari terbenam.

Gua Sarang ini adalah merupakan sebuah gua tempat burung walit (layang-layang) membuat sarang. Pada asalnya ia menjadi tumpuan pemburu sarang burung walit sebagai punca rezeki. Namun oleh kerana  gua ini yang unik dan terletak di pinggir teluk yang airnya sangat jernih. Malah pemandangan yang indah dari puncak bukit telah mengubah gua sarang sebagai tempat destinasi pelancongan yang menjadi destinasi wajib mereka yang sampai ke Pulau Sabang.

Di pintu masuk ke Gua Sarang

Perlu turun jauh ke bawah
Setelah sampai ke Gua Sarang, Yasir meminta kami tunggu dulu sebelum masuk. Rupanya dia telah berbincang awal-awal dengan kaunter tiket untuk memberi diskaun kepada kami. Kami hanya perlu membayar 50 ribu rupiah untuk 18 orang bersamaan RM15 untuk masuk ke kawasan gua sarang tersebut. Kalau tak salah ingatan harga tiket untuk seorang adalah 5 ribu rupiah seorang. Terima kasih Yasir.

Pemandangan dari atas
Pemandangan dari atas amat indah dengan pemandangan pulau dan air laut yang jernih. terdapat tempat khas untuk mengambil gambar dengan buaian dan juga bangku. Terdapat juga pokok besar yang mempunyai pelantar diatasnya amat sesuai sebagai tempat untuk bergambar. Tetapi ia dengan bayaran khas 50 ribu rupiah sekali naik! ambil gambar kat bawah saja lah.
Pemandangan sebenar lebih indah dari gambar

Gambar orang lain cantik


Gua sarang terletak di bawah bukit dan perlu turun melebihi 300 ratus anak tangga kalau tak salah kiraan. Agak tinggi juga dan mencabar bagi sesiapa yang mempunyai masalah lutut. Semua turun kebawah kecuali Ummi, Fatanah dan Saiful. Di bawah ada ditawarkan perkhidmatan bot kecil masuk ke dalam gua sarang dari arah laut.


Air yang jernih






Yasir telah membawa kami melalaui pinggir pantai berbatu untuk kegua sarang. Lalaun agar merbahaya juga dengan batuan yang besar dan licin. Namun apa bila sampai keletihan terubat. Pemandangan amat cantik. Mahasuci Allah yang telah menciptakan alam ini. Air yang begitu jernih ibarat kaca dihiasi dengan batuan kecil amat mengujakan.
Bersama Yasir 

Bergambar di hadapan Gua Sarang
Setelah mengambil peluang mengabadikan gambar-gambar dengan pelbagai gaya dan posisi kami bergerak keluar dari gua sarang. Yasir dengan baik hati mendukung Inas keluar bila melihat saya hanya memimpin Inas agar berjalan sendiri melalui celah-celah batu. Bukan tak mahu dukung, cuma tidak biasa untuk berjalan dicelahan batu yang dengan selipar kerana teringat untuk turun kelaut nanti.

Dari atas Gua Sarang

Bersama Muaz
Semua gigih dan bersemangat







Sesungguhnya alam ciptaan Allah ini sungguh indah.