Thursday, October 03, 2019

صلاة عصر ليم رکعة


ڤد هاري ثلاث لڤس بر لاکو سديکيت ککليروان دالم کالاڠن جماعة صلاة  عصر د مسجد الامام الشافعي. امام صلاة عصر ڤتڠ ايت تله ترلوڤا بيلاڠن رکعة دان تروس باڠون تنڤا تحية أخير سلڤس أمڤت رکعة. نامون أڤ يڠ مڠجوتکن تياد سياڤ يڠ ممبوات تݢورن دڠن برکات "سبحان الله' سباݢايمان يڠ دسارنکن أوليه حکوم فقة. تتاڤي رامي ترڤيڠا٢ دڠن أڤ يڠ برلاکو  دان ممبوات کڤوتوسن برباݢي٢.
اد سکومڤولن  جماعة يڠ منروسکن صلاة برسام امام ٥ رکعة، اد يڠ تيدق ايکوت باڠون برسام امام دان دودوق تحية أخير منوڠݢو سهيڠݢ امام سلساي دان ممبري سلام برسام امام. تتاڤي اد جوک يڠ تروس مفارقة منروسکن صلاة سنديري.
تيمبول ڤرسؤالن سياڤکه يڠ بتول دان باݢايمان کدودوقن صلاة مريکا صح أتاو تيدق.
١. کومڤولن ڤرتام يڠ مڠيکوت صلاة برسام امام ليم رکعة جوݢ دتريما صلاة، جيک مريکا بتول٢ لوڤا. تتاڤي جيک مريکا تاهو دان سدر امام تله ترسيلڤ دان تله منبه رکعة کليم، صلاة مريک بطل کران تله منبه روکون. صلاة ڤرلو دأولڠ سمولا.
٢. کومڤولن يڠ تيدق باڠون مڠيکوت امام دان تروس مفارقة برڤيسه دڠن  صلاة امام ستروسڽ مڠهابيسکن صلاة سنديريان. صلاة مريک صح تتاڤي ترڤوتوس فهالا صلاة برجماعة.
٣. کومڤولن اين جوݢ تيدق باڠون مڠيکوت امام تتاڤي ککل دودوق ممباج تحية أخير دان منوڠݢو سهيڠک امام سلساي صلاة دان ممبري سلام سلڤس سلام امام. اين اداله ڤيليهن يڠ ترباءيق کران فهالا صلاة برجماعة ماسيه ککل.
دالم حال اين سڤاتوتڽ مأموم صلاة تݢس دان براني منݢور امام دڠن مڽبوت 'سبحان الله'.  حکوم صح دان بطل صلاة برݢانتوڠ کڤد کسدارن برلاکو کسالهن يڠ مليبتکن روکون. رامي يڠ تله تاهو تنتڠ حکوم کسالهن دالم صلاة تتاڤي سوده منجادي لومره کيت، جيک برلاکو سسوات ڤريستوا رامي يڠ ماسيه ترسيڤو٢..


Saturday, September 28, 2019

Muaz ke Morocco


Pada 26 sept 2019 hari khamis Muaz akan bertolak ke Morocco untuk mula berkelana menuntut ilmu. Hampur semua persiapan utama dibuat sendiri oleh Muaz seperti mohon pasport dan visa di kedutaan Morocco. Muaz telah siap menukar wang saku rm2k kedalam mata wang usd dan euro untuk memudahkan perbelanjaan di Morocco nanti. Rm2k hanya dapat ditukar ke 200 uero dan 250usd.

Daftar masuk perjalanan penerbangan Oman telah dilakukan awal pagi menunjukkan penerbangan malam nanti penuh dengan penumpang. Hanya beberapa kerusi sahaja yang kosong. Oman Air hanya membenarkan berat bagasi sebanyak 30kg diisi dalam dua bag. Semasa mengemas barang untuk dua beg hampir mencecah 40kg. Tapi kami berfikiran positif mungkin boleh merayu lebih timbangan atas dasar pelajar. Tapi malangnya rayuan tidak berjaya dan staff kaunter daftar masuk meminta kami mengemas semula beg agar timbangannya menjadi 30kg untuk 2 bag.

Kami keluarkan barang yang kami lihat kecil, berat dan kurang perlu. Akhirnya kami keluarkan sos tiram, kiub tomyam, asam jawa dan keropok. Bila ditimbang semula masih 33kg. Namun staff daftar masuk yang baik hati melepaskan 2 bag tersebut.

Ramai datang menghantar Muaz ke KLIA. Nenek dan Syakirah sekeluarga sanggup datang jauh dari kelantan semata-mata ingin menghantar Muaz sebagai cucu dan anak saudara sulung yang akan berkelana jauh. Begitu juga kawan2 sekolah muaz yang datang memberi kata semangat. Ustaz halaqah tahfiz Muaz menelefon Muaz dan juga bercakap dengan saya sebagai bapa untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan untuk pengajian Muaz.



Semoga Muaz berjaya menuntut ilmu dan menimba pengalaman di bumi Morocco selama 3 tahun. Kemudian memberi khidmat dan bakti kepada agama dan negara. Insya Allah Muaz mampu lakukannya..

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Muaz dan kami sekeluarga.

Sunday, July 21, 2019

KEMBALI MENULIS

Assalamualaikumwarahmatullah

Selepas lama menyepi dari laman ini, kononnya dengan alasan untuk meluangkan masa untuk menyiapkan tanggungjawab menyelesaikan pengajian peringkat Phd. Alhamdulillah, setelah 4 tahun bergelumang dengan artikel dan bersengkang mata Allah telah mengizinkan saya menyelesaikan pengajian.

Walaupun tempoh pengajian melebihi tempoh yang ditetapkan oleh penaja iaitu KPM iaitu 3 tahun, namun dalam tempoh setahun yang mencabar dengan kerja, pengajian berjaya diselesaikan. Ini semua adalah berkat doa-doa mereka yang rapat dengan Allah taala terutama ibu tercinta.