Monday, March 22, 2010

Pendidikan Seks hanya untuk elak kehamilan?

Mungkin setelah didesak oleh pelbagai pihak kesatuan guru kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa guru bersedia untuk mengajar pendidikan seks di sekolah. Sebelum ini Kesatuan guru menolak matapelajaran pendidikan seks disekolah dengan alasan bahawa guru tidak bersedia untuk mengajar kerana ianya amat kompleks dan boleh menimbulkan banyak masalah kepada guru dan juga pelajar.

Kita melihat reaksi yang pelbagai dari masyarkat kita di Malaysia samada dari masyarakt Islam dan bukan Islam. Memang reaksi ini terdapat pro dan kontranya. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah seorang pembaca india telah menghantar komen di dalam ruang surat pembaca dalam akhbar the Star 21 Mac 2010. Pembaca tersebut melihat bahawa objektif pendidikan seks di Malaysia ini hanya beroreintasikan untuk mengelakkan kehamilan sahaja. Ia hanya bertujuan untuk menghindarkan kehamilan yang tidak diingini seterusnya dapat mengelakkan pengguguran dan pembunuhan bayi yang sudah menjadi wabak.

Beliau mengutarakan bahawa pendidikan seks ini perlu laraskan dengan betul untuk mengelakkan berlakunya hubungan seks itu sendiri. Mendidik remaja menjaga maruah dan bertanggungjawab dalam kehidupan mereka.

Sebenarnya islam telah memberi panduan yang ampuh untuk menyelesaikan masalah ini. Firman allah dalam surah al-Isra’ ayat 32

ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة وساء سبيلا

dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

Berlakunya penyimpangan seks dalam masyarakat kita sekarang ialah berpunca dari pelanggaran Sunnatullah ini. Allah yang telah mencipta manusia dengan naluri dan nafsu amat arif dengan selok belok kehidupan manusia.

Apabila manusia telah melakukan perkara yang boleh menjurus kepada hubungan seks haram. Ianya sudah berdosa dan mendapat laknat Allah. Seks haram adalah merupakan perbuatan yang amat keji dan akan mengheret pelakunya melakukan perkara yang lain yang lebih buruk. Lihatlah perbuatan menggugurkan anak, membunuh dan membuang bayi sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.

Sebenarnya pendidikan seks ini tidak perlu dijadika satu matapelajaran khusus untuk diajarkan di sekolah. Ianya boleh dilakukan penggabungjalinan dalam matapelajran yang sedia ada seperti pendidikan Islam, pendidikan Moral, Sains dan sebagainya. Apa yang dilihat ialah penerapan nilai Islam dan moral tidak diterapkan secara bersepadu di dalam sistem pendidikan kita di Malaysia.

Kenapa negara kita yang mengaku sebagai negara Islam amat malu dan segan untuk merujuk kepada panduan Allah untuk menyelesaikan masalah masyarakat? Inilah yang perlu kita fikirkan. Islam sudah menyediakan penawar yang mujarrab tetapi sayang ia hanya di simpan sebagai khazanah untuk di lagukan dan di banggakan sahaja.

Tuesday, March 09, 2010

Doa kepada Pengantin


Seminggu lagi akan menjelang cuti persekolahan pertengahan semester pertama selama 9 hari. Cuti sebegini menjadi tumpuan untuk pemuda dan gadis kita melangsukan perkahwinan. Sehingga setakat ini saya telah mendapat 5 kad jemputan walimatul urus untuk sepanjang cuti ini.

Di dalam ajaran Islam kita di sunatkan untuk mendoakan kepada pengantin yang melangsungkan perkahwinan dengan mendoakan kepada mereka:

بَارَكَ الله لَكَ وَعَليَكَ

Bila kita melihat buku-buku, doa ini diterjemahkan dengan : Semoga Allah memberkati kamu dan ke atas kamu.

Cuba kita renung sepintas lalu. Apakah sebenarnya intipati doa ini? Apa bezanya memberkati kamu dan keatas kamu. Adakah terjemahan ini betul? Apakah maksudnya yang sebenar?

Di sini terdapat perbezaan maksud partikel jarr ‘la’ ( ل) dan ‘ala’ (على). Di dalam bahasa arab partikel jar (ل ) boleh digabungkan menjadi (لك) laka, (لكم) lakum, (لي) li, (لهم) lahum dan sebagainya. Partikel (ل) ini digunakan untuk perkara yang positif,baik dan menggembirakan.

Manakala partikel ‘ala’ (على) memberi makna yang lain. Prtikel ‘ala’ digunakan untuk suasana yang lebih tegas. Malah ia juga digunakan menjurus kepada makna yang negatif dan perkara yang tidak menggembirakan.

Di dalam konteks doa pengantin ini partikel ‘ala’ merujuk kepada situasi negatif yang membayangkan situasi susah dan musibah. Tidak dinafikan dan sudah lumrah, bahawa tidak ada rumah tangga yang sentiasa indah. Rumahtangga mana yang tidak ditimpa masalah dan musibah.

Oleh itu maksud yang paling tepat untuk doa tadi ialah: Semoga Allah berkati anda ketika senang dan ketika susah.

Kita mendoakan untuk agar kehidupan pengantin mendapat keberkatan Allah ketika mereka mengecap kesenangan dan kebahagiaan begitu juga kita mendoakan keberkatan hidup mereka disaat berlakunya kesusahan dan pergolakan rumahtangga.

Begitu indahnya Islam! Tapi keindahan Islam akan terserlah bila kita menghayati keindahan bahasa arab. Inilah antara rahsia penegasan Allah dalam al-Quran kenapa bahasa arab dipilih menjadi satu-satunya bahasa pengantar al-Quran. Rugilah mereka yang tidak memahami bahasa arab dan tidak pula berusaha untuk mempelajarinya! Islam akan kembali gemilang bila umatnya memandang tinggi bahasa arab dan menguasainya!