Tuesday, July 21, 2009

Bedoa agar layak memberi zakat


Zakat adalah merupakan Syiar Islam yang diletakkan seiring dengan solat. Solat dan zakat disebut sebanyak 28 kali secara bersama. Ini menunjukkan bahawa Ibadat zakat ini adalah merupakan komponen utama agama Islam itu sendiri.


Ibadah solat merupakan ibadah yang melibatkan roh dan jasad manakala zakat pula melibatkanharta dan masyarakat. Ini telah dijelaskan oleh Allah bahawa konsep asas agama Islam ialah membina hubungan dengan Allah dan pada masa yang sama membina hubungan sesama manusia iaitu (حبل من الله و حبل من الناس ).

Ibada zakat mendidik jiwa kita untuk mengikis sifat cinta harta dan membina hubungan sesama manusia. Allah telah menetapkan bahawa zakat wajib dikeluarkan kepada 8 golongan sahaja:

1. Faqir

2. Miskin

3. Pekerja yang mengurus zakat

4. Golongan yang baru memeluk Islam

5. Orang yang dibelenggu hutang.

6. Hamba yang ingin membebaskan diri

7. Pejuang di Jalan Allah

8. Ibnu Sabil


Sebagai seorang muslim kita hendaklah

- Sentiasa berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh agar segala hasil yang diusahakan mencapai tahap layak untuk membayar zakat.

- Sentiasa menyemak harta kita dan mengeluarkan zakat apabila sudah mencapai tahap kelayakannya.

- Memastikan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling menunaikan zakat.

- Sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sehingga layak membayar zakat.

No comments: