Solat adalah meruapakan kewajipan dan syiar Islam yang utama terletak ditempat kedua selepas Ikrar dua kalimah syahadah di dalam susunan rukun Islam. Solat adalah merupakan tiang agama Islam dan diwajibkan menunuaikannya sebanyak lima kali sehari semalam pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.
Nabi telah menegaskan dalam beberapa sabdanya bahawa Solat adalah merupakan penanda aras atau tanda untuk membezakan seseorang itu muslim atau kafir. Ini kerana solat adalah bukti pertama kepada ikrar syahadah. Malah solat adalah merupakan bukti keimanan kepada Allah Taala. Iman sebagaimana ditakrifkan oleh ulamak ialah : Meyakini dengan hati, menuturkan dengan lisan dan membuktikan dengan perbuatan.
Allah telah mwajibkan setiap muslim yang mengaku ketuanan Allah melakukan solat mengikut waktunya yang telah ditetapkan. Malah menggalakkan hambanya menunaikan solat secara berjemaah.
Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang solat berjemaah. Rasulullah mendidik para sahabat dan umat Islam pada zaman kegemilangan Islam di Madinah dengan Solat berjemaah di masjid dengan terdapat banyak hadis-hadis yang meriwayatkan tentang kelebihan solat berjemaah di masjid. Rasulullah amat kecewa dengan muslim yang menunaikan solat di rumah sendiri dengan berkata : Kekadang aku teringin memerintahkan pemuda-pemuda di Madinah ini mengumpul kayu api guna untuk membakar rumah-rumah mereka yang tidak datang solat berjemaah di Masjid!.
Budaya masyarakat Islam di Madinah telah menunjukkan kepada kita sebagaimana kata Abdullah bin Mas’ud : Aku telah melihat bahawa tidak ada seorang pun yang tidak solat berjemaah di masjid kecuali mereka yang sakit atau munafiq!
Di dalam Al Quran Allah taala telah memberi Isyarat yang jelas menunjukkan bahawa solat itu wajib di lakukan dalam apa jua keadaan sekalipun walaupun dalam keadaan sangat genting. Dalam situasi perang menegakkan agama Allah pun kwajipan solat tidak didudurkan bahkan dianjurkan agar ianya dituaikan dalam keadaan berjemaah. Ini dapat di lihat dalam surah an Nisa’ ayat 102 yang memperincikan cara untuk solat khauf (solat dalam situasi takut) Di dalam ayat ini Allah mengajar kita semua untuk solat secara berjemaah dengan satu jemaah sahaja iaitu dengan satu imam bukannya solat dalam beberapa jemaah.
Mungkin bagi pemikiran lojik akal biasa kita akan mengatakan memadailah kita mengadakan solat berjemaah dengan bergilir-gilir dengan beberapa jemaah. Lebih mudah dan lebih praktikal!. Tetapi Allah telah memerincikan kaedah yang lebih baik dengan mengutamakan solat dalam satu jamaah dan satu imam sahaja. Inilah yang terbaik yang sepatutnya di usahakan oleh umat Islam.
Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Masyarakat kita sendiri yang ingin memperjuangkan Islam ini pun masih tidak memahami roh solat jemaah itu sendiri. Rata-rata kita melihat solat jemaah tidak dilaksanakan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Allah. Bahkan kita selalu melihat beberapa solat jamaah dibuat serentak di dalam masjid yang sama dengan alasan pelbagai. Ya solat itu sah, tetapi ia tidak menepati roh agama Islam yang dikehendaki Allah.
Kenapa kita tidak berusaha untuk solat berjamaah bersama-sama seramai yang mungkin. Kalau kita solat di rumah, kenapa kita tidak mengumpulkan semua ahli keluarga untuk solat bersama-sama. Inilah yang Rasulullah telah lakukan kepada ahli keluarganya, malah Rasulullah mengejutkan ahli rumahnya untuk bersolat malam bersama-sama.
Kalau kita berada dalam sesuatu majlis atau keramaian kenapa kita tidak berusaha untuk mewujudkan solat berjemaah bersama-sama dengan mereka yang hadir bersama-sama. Kalau tempat yang sempit menjadi masalah, solat sebenarnya boleh dilakukan di mana sahaja bukan semestinya di surau atau di atas sejadah. Hanya budaya kita yang mengatakan solat ini memerlukan sejadah dan tempat yang tertentu seperti surau. Solat amat mudah untuk dilakukan dan jangan ianya di sempitkan pelaksanaannya.
Marilah kita sama-sama mendidik diri kita untuk menjaga solat yang telah diperintahkan ini agar ianya dapat dilakukan pada masanya dan dengan cara yang telah digariskan oleh Allah Taala dan rasulnya. Allah telah menerangkan tentang ciri-ciri orang beriman yang berjaya ialah mereka yang menjaga solat sebagaimana firman Allah dalam surah al mukminun :
والذين هم على صلواتهم يحافظون
Mereka yang sentiasa menjaga solat mereka (pelaksanaan)
Alangkah indahnya Islam jika ini dapat dilaksanakan
Sujudlah kepada Allah di mana saja kamu berada
Semua tempat di dunia ini adalah bumi Allah, sujudlah kamu kepadanya
Mana sejadah mereka ini?
Allahuakbar
Menjadi tumpuan! ada yang kagum tapi ada juga memandang sinis!
Alangkah indahnya Islam jika ini dapat dilaksanakan
Sujudlah kepada Allah di mana saja kamu berada
Semua tempat di dunia ini adalah bumi Allah, sujudlah kamu kepadanya
Mana sejadah mereka ini?
Allahuakbar
Menjadi tumpuan! ada yang kagum tapi ada juga memandang sinis!
No comments:
Post a Comment