Monday, July 20, 2009

Oh Arakkkk


Minum arak: model terima enam sebatan

20/07/2009 5:59pm

KUANTAN 20 Julai - Seorang model menerima hukuman enam sebatan selain denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah meminum arak pada 11 Julai tahun lalu.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan model pelancongan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang berasal dari Sungai Siput, Perak.

Hakim Abdul Rahman juga memerintahkan Kartika Sari Dewi menjalani hukuman penjara selama tiga tahun jika gagal membayar denda. - Utusan

Ini adalah berita yang dapat kita baca di Utusan Malaysia hari ini. Inilah undang-undnag syariah kita di Malaysia yang dikatakan negara Islam oleh sesetengah pihak. Ini hanya kes yang dilaporkan dan dibuat tangkapan. Nun di sana berapa ramai orang Islam yang minum arak setiap hari tanpa segan silu malah ada yang berasa bangga.

Malaysia adalah antara negara yang agak terbuka dengan arak. Di Malaysia arak boleh di beli dan di minum di mana-mana sahaja berbanding dengan negara Eropah yang mempunyai undang-undang yang agak ketat berkaitan dengan arak.


Inilah Malaysia tanah air kita yang tercinta. Masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan agar ianya selaras dengan tujuan utama Allah menjadikan manusia sebagai khalifah. Walaupun kita dipimpin oleh orang Islam tetapi Islam tidak menjadi panduan utama dalam menentukan segala dasar pemerintahan.

Arak begitu mudah didapati, kalau disabit kesalahan pun hanya dibicarakan di mahkhamah syariah yang dendanya tak akan melebihi RM5 ribu dan sebat 6 kali. Itulah hukuman yang paling tinggi. Melanggar hukum Allah tidak dikira jenayah besar dan tidak mengancam keselamatan negara.

Sebagai seorang Islam apa yang perlu kita lakukan ialah dengan mengamalkan panduan Rasulullah SAW:


من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان..

Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tanganya (kuasa/kekuatan yang ada), Kalau tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (tegur), Kalau tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hatinya (mesti membenci kemuangkaran tersebut. Itu adalah selemah-lemah iman.


Adakah kita ini tergolong dalam mereka yang lemah iman, hanya hati kecil yang tidak bersetuju, tetapi zahirnya kita masih boleh mengukir senyuman. Buatlah sesuatu yang boleh mengubah keadaan ini. Allah memberi kita akal fikiran untuk kita berfikir mencari jalan agar budaya minum arak ini menjadi budaya yang hina di kalangan masyarakat. Pelbagai perkara kita boleh lakukan dengan menceburkan diri dalam bidang media membuat iklan-iklan, lagu-lagu, filem-filem atau apa saja yang menjadi pencorak budaya masyarakat kita. Ceburkan diri dalam bidang trend setter.


Atau kita ramai berusaha beramai-ramai mengubah pemerintah yang ada agar lebih Islamik.. Habis cerita. JOMMMM

No comments: