Kami berhenti sekejap kerana adik saya perlu untuk solat asar kerana dia tak layak untuk solat jamak qasar. Saya pemgambil peluang untuk meninjau masjid ini dan solat tahiyyatul masjid.
Teringat mutiara ilmu yang telah di pelajari. Apabila singgah di mana-mana masjid ambillah kesempatan untuk solat sunat tahiyyatul masjid. Insya Allah di akhirat nanti kita akan direkodkan solat di banyak masjid. Ini berdasarkan ayat:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ
اللّهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِين
اللّهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِين
Sesungguhnya mereka yang memakmurkan rumah Allah ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, Sentiasa mendirikan solat, mengeluarkan zakat, tidak takut melainkan kepada Allah. Mereka ini lah yang akan mendapat bimbingan dari Allah
Solat tahiyyatul masjid adalah antara amalan untuk mengimarahkan masjid. Ianya ringkas dan tidak mengambil masa yang lama tetapi ianya amat bermanfaat. Tetapi apa yang berlaku ialah amalan ini susah untuk kita jadikan amalan. Kita biasanya berhenti di mana-mana masjid ketika bermusafir untuk solat dan kadangkala untuk berehat, buang air, menukar lampin anak. Tetapi jarang kita berfikir untuk meluangkan masa untuk solat tahiyyatul masjid.
Apa yang baiknya ialah jika kita berhenti di mana-mana masjid kerana hajat lain selain solat, apalah kiranya kita luangkan masa sekejap untuk mengambil wudhuk dan solat tahiyyatul masjid dua rakaat. Amalan ini amat ringkas tetapi ianya sangat bermakna dalam membetuk peribadi kita melaksanakan perintah Allah dan Rasulnya.
Mudah mudahan kita juga akan di masukkan dalam golongan yang ketiga dari tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di akhirat nanti. Golongan ketiga itu ialah mereka yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid. Kemana ia pergi hatinya sentiasa mengingati rumah Allah.
Sabda Rasulullah:
ٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَوْ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ.
7 golongan manusia yang dinaungi Allah S.W.T…
nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat”:
• Imam (pemimpin) yang adil.
• Pemuda yang tetap istiqarah beribadat kepada Allah.
• Seorang lelaki yang berzikir (mengingati Allah) pada waktu sunyi lalu mengalirkan air mata.
• Seorang lelaki yang hatinya tergantung didalam masjid.
• Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bersama dan berpisah pun kerana Allah.
• Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita ternama dan rupawan,supaya bersenang-senang denganya lalu lelaki tersebut berkata “aku takut kepada Allah”.
• Seorang lelaki yang bersedekah dengan cara tersembunyi hinggakan tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang dibuat tangan kanannya.
Marilah kita sama-sama mendidik diri kita untuk melakukan solat tahiyyatul masjid di mana-mana masjid yang kita jejaki. Insya Allah.. Allah melihat amalan kita.. dan tidak akan mensia-siakannya..
1 comment:
salam...
saya ingin bertanya...
ade seorang kawan saya ni..
pernah pergi melakukan umrah...
dia berdoa akan jodohnya..dan mendapat alamat bahawa jodohnya dgn lelaki yang bernama "N" yang dia kenali.
so sampai ke hari ini dia masih menunggu lelaki tersebut..
perlu kah dia masih menanti lelaki tersebut?..shingga dia menolak lelaki lain yang cube dekatinya....
hanya kerana alamat tersebut...
Post a Comment