Wednesday, July 29, 2009

Mak Andam Profesional!


Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan kematian seorang pengarah filem di Malaysia. Ramai pihak yang meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai sukar dicari ganti memandangkan jasa sangat besar dalam bidang seni.


Bidang seni di Malaysia amat disanjung tinggi melebihi bidang yang lain. Mereka yang terlibat dalam bidang seni dianggap amat berjasa kadang-kadang ianya dilihat melebihi jasa-jasa ahli agama dan akademik.



Ramai yang teruja dengan filem ini kerana mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa walaupun pada mulanya ramai yang mengkritik hebat. Filem ini mungkin digarapkan untuk memecahkan kebuntuan sempadan bangsa tetapi pada masa yang sama menyentuh asas-asas ajaran Islam. Alangkah baiknya kalau isu bangsa ini dapat diolah dengan cara yang lebih baik dan pada masa yang sama menyuntik kemurnian dan keluhuran ajaran Islam!


Kita sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu melihat perkara ini dengan lebih mendalam dan teliti. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah diselaraskan dengan perintah Allah dan Rasulnya. Penilaian terhadap sesuatu perkara atau isu juga perlulah dinilai dengan neraca Islam. Itulah Iman dan Islam.


Filem ini dilihat dan nilai dari neraca barat yang tidak menggunakan Islam sebagai panduan dan neraca penilaian. Apa yang baik bagi Islam buruk bagi mereka. Apa buruk pada Islam amat baik bagi mereka. Itulah yang berlaku pada filem ini yang kelihatannya digarapkan agar bresesuaian dengan neraca barat bukannya neraca Islam. Siapakah kita di atas muka bumi ini mengenepikan panduan Allah dan mengambil panduan musuh Allah dalam segala urusan kita.


Allah telah memberi panduan kepada kita dalam menjalankan kegiatan harian dan membuat penilaian baik buruk pandangan kita:


ولكن قست قلوبهم وزين لهم الشيطان ما كانوا يعملون

Tetapi hati mereka telah keras, dan syaitan telah menghiaskan apa saja perbuatan buruk mereka agar kelihatan cantik


Dalam kehidupan kita, syaitan sentiasa bersama kita untuk memberi panduan dan nasihat. Kalaulah kita tidak merujuk kepada panduan Allah dan Rasulnya dalam urusan seharian nescaya kita akan beri nasihat dan panduan secara percuma oleh syaitan laknatullah. Jadi apa yang buruk di sisi Allah dihias sebegitu rupa agar dilihat menarik dan cantik. Apa yang baik di sisi Allah diperlihatkan sebagai hodoh dan tak menarik. Itulah syaitan, juru solek profesional! Berhati-hatilah sentiasa agar tidak tertipu dengan helah syaitan.

No comments: