Friday, November 01, 2024

‘BIG DREAM’

 Dalam satu sesi temuduga yang saya telah hadiri, seorang ahli panel dengan nada tegas telah mengatakan: 


“Kamu mesti ada impian ‘BIG DREAM’ dalam hidup ini. Apa benda yang besar yang ingin kamu lakukan, sumbangkan pada masyarakat”. 

“Kita tak boleh berpuas hati hanya dengan apa yang kamu dah buat sekarang”.

“Masyarakat kita memerlukan orang yang bercita-cita tinggi dan sanggup berkorban dan bersusah payah membuat perubahan dalam masyarakat”.

“Ramai dalam kalangan pegawai tinggi penjawat awam sekarang hanya sekadar pelaksana. Menjalankan tugas sebagaimana yang ditetapkan sahaja. Tiada idea baru untuk menyelesaikan masalah sedia ada”.

Ya, saya bertuju dengan ahli panel. Mungkin jawapan saya menolak tawaran dengan alasan masih belum bersedia dan banyak hal keluarga yang perlu diuruskan menguatkan telahan beliau bahawa saya terperangkap dalam zon selesa.

Ya, saya silap.

Tokoh-tokoh hebat dari dahulu hingga sekarang mempunyai impian yang besar dan mereka berusaha mencapai dengan usaha tanpa lelah walaupun terpaksa mengadai nyawa yang hanya satu. Tidak perlu pergi jauh. Lihatlah Rasulullah, bagaimana kegigihan baginda berdakwah menyampaikan aqidah kepada manusia. Baginda mengubah paradigma kepercayaan manusia. Perkara yang sudah berakar umbi dalam diri manusia.

Tapi cita-cita baginda dengan azam dan tekad yang tinggi telah berjaya mengubah segalanya. Ya, baginda telah mendapat wahyu dan bantuan dari Allah. Namun sifat dalaman asal baginda itu masih manusiawi seperti kita.  

No comments: