Aku telah mendapat SMS dari nombor Amrillah menyatakan bahawa keadaannya amat tenat dan telah dimasukkan ke hospital. Mungkin isteri atau ayahnya yang telah menghantar SMS tersebut. Aku tidak pernah tanya. Aku hanya ucapkan terima kasih atas maklumat dan titipkan doa agar Allah permudahakan segala urusan. Aku tidak tidak banyak bertanya agar tidak mengganggu emosi keluarga Amrillah.
Selang beberapa hari aku terima SMS.
“Amrillah telah pulang ke rahmatullah. Doakan
kesejahteraan untuknya”. Begitulah lebih kurang isi SMS yang aku terima.
Aku hanya mampu menuturkan
" إنا لله وإنا إليه راجعون"
اللَّهمَّ اغفِرْ له وارحَمْه واعفُ عنه وأكرِمْ منزلَه
وأوسِعْ مُدخَلَه واغسِلْه بالماءِ والثَّلجِ والبَردِ ونقِّه مِن الخطايا كما
يُنقَّى الثوبُ الأبيضُ مِن الدَّنسِ وأبدِلْه بدارِه دارًا خيرًا مِن دارِه
وأهلًا خيرًا مِن أهلِه وزوجةً خيرًا مِن زوجتِه وأدخِلْه الجنَّةَ وأعِذْه مِن
النَّارِ ومِن عذابِ القبرِ
Ya Allah, ampunilah dia dan rahmatilah dia, maafkanlah
dia, muliakanlah tempat tinggalnya, perluaskanlah tempat masuknya, dan
mandikanlah dia dengan air, salji, dan embun, serta bersihkanlah dia dari
dosa-dosa seperti mana kain putih dibersihkan dari kotoran. Gantikanlah tempat
tinggalnya dengan rumah yang lebih baik dari rumahnya, dan keluarga yang lebih
baik dari keluarganya, serta isteri yang lebih baik dari isterinya. Masukkanlah
dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari neraka dan dari azab kubur.
Aku menghubingi seorang kawannya sepengajiannya yang pernah
aku kenali untuk bertanya khabar tetang perkembangan pengurusan jenazah dan
menitipkan sedikit sumbangan untuk keluarga Amrillah terutama isteri dan anak kecilnya.
Setiap jiwa yang bernyawa pasti akan merasai saat kematian.
Tiada seorang pun yang akan terlepas. Cuma saat dan detik kematian itu tidak
pernah diketahui namun sudah tersurat dalam catatan Allah. Malaikat Izrail hanya menjalankan tugas berdasarkan
panduan yang telah disediakan.
Hidup di dunia ini ada tujuannya. Allah sudah terangkan
dengan jelas dalam ayat kedua surah al Mulk:
الَّذِي خَلَقَ
الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup
(kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya;
Apa yang penting bagi kita ialah memastikan bahawa amalan,
aktiviti, perilaku seharian kita ini termasuk dalam kategori amalan soleh yang
baik diterima oleh Allah. Tidak guna kita hidup lama panjang usia sedangkan hidup
dipenuhi dengan amalan buruk dikeji oleh Allah.
Sebaliknya, jika umurnya pendek tetapi tempoh itu penuh
dengan amal soleh dan aktiviti baik direadhai Allah, itulah yang kejayaan yang
sebenar.
Insya Allah. Walaupun tempoh umurnya yang singkat, aku
bersaksi bahawa sahabatku Amrillah adalah seorang yang soleh dan telah meraih
redha Allah. Ujian sakit saat kematian telah membersihkan segala dosanya ibarat
kain putih yang bebas dari segala noda.
Tinggal kami ini yang masih meneruskan sisa hidup ini
berjuang meraih redha Allah mengejar ‘Ahsanu amala’. Semoga Allah
merahmati kita semua dan diberi petunjuk dan taufiq untuk mendapat husnul
khatimah sebagaimana sahabat kita Amrillah.
No comments:
Post a Comment