Saturday, November 02, 2024

KU INGATKAN DUA, RUPANYA TIGA!

Satu hari selepas persekolahan sesi pagi sudah selesai, aku masih belum pulang. Guru sesi petang semua sudah sampai kerana waktu pembelajaran sesi petang sudah bermula. Tempoh peralihan antara dua sesi ini amat meriah. Bilik guru akan penuh dengan guru sesi pagi dan juga sesi petang. Aku sudah mengemas meja aku untuk kegunaan Ust Najimudin, guru sesi petang yang berkongsi meja dengan aku.

Waktu ini lah kami berpeluang untuk bersembang dengan


guru guru sesi petang, jadi lewat balik tidak menjadi masalah bagi aku. Setelah hampir setengah jam PdP sesi petang sudah berjalan. Tiba tiba seorang guru masuk ke bilik guru sambil menuntun seorang pelajar lelaki.

"Ustaz Abdullah! Tengok pelajar ni, macam macam tangkal dia pakai. Kat leher ada.. Kat tangan pun ada. Nah kau jumpa sama Ustaz Abdullah". Arah guru tersebut kepada pelajar tadi sambil mengenyit mata pada aku.

" Saya nak masuk kelas, mahu sambung balik mengajar". Bilang guru tersebut sambil bergerak meninggalkan pelajar tersebut pada aku. Aku menarik pelajar tersebut ke sudut bilik guru yang mejanya kosong mungkin pemilik meja tersebut sedang ada kelas.

Aku bertanya kepada pelajar tersebut

"Kamu belajar kelas mana?"

" 2D" jawabnya sambil memandang lantai.

" Kenapa kamu pakai tangkal ni?". Soal aku sambil membelek belek pergelangan tangan pelajar itu. Di leher pun ada seutas tali yang dihujung mengikat semacam sepotong kayu kecil.

"Beliau aku yang suruh! Dia bilang untuk jaga aku, aku tidak di timpa sakit". Jawabnya perlahan sambil matanya melihat ketempat lain.

"Banyak betul tangkal kamu ni sampai dua kamu pakai. Tidak cukup satu ya?". Sambil cuba membuka tangkal tersebut.

"Ada lagi satu Ustaz! Aku ada tiga." Jawabnya jujur.

" Hah. tiga! Mana satu lagi?".

Pelajar tersebut menyelak bajunya. Terlihat satu lagi tangkal melilit perutnya.

"Ini untuk apa pula?” Tanyaku sambil membuka bajunya Dan Cuba untuk membuka tangkal tersebut.

“Tangkal Ini untuk keselamatan. Beliau aku bilang kalau pakai ini Aku selamat. Orang lain tak kacau Aku. Tak cederakan Aku”. Katanya.

Mendengar jawapannya itu. Aku cubit perutnya dengan kuat. Aku tarik kedepan kemudian tolak kebelakang dan tarik Lagi.

“Aduh sakit ustaz! Cukup ustaz, sakit perut ku”. Rayunya sambil muka berkerut menahan sakit.

“ Hah  kalau betul tangkal kamu ni mujarrab. Kamu tak kedapatan hari ini. Kamu tak kena cubit perut begini. Tangkal kamu tak ada faedah”. Sergah Aku sambil acah-acah mahu mencubit perutnya Lagi.

Sepanjang Aku mengajar di sini memang Aku dapati kepercayaan kepada tangkal Masih menebal dalam masyarakat di Sabah. Kepercayaan ini seolah menjadi satu kemestian dalam masyarakat kampung. Tetapi bagi dalam kalangan guru-guru atau masyarakat yang terpelajar perkara ini sudah di fahami dengan jelas dan tidak Ada Lagi kepercayaan kepada tangkal dan juga khurafat.

Kami sebagai guru-guru berperanan memeberi kefahaman aqidah Yang betul kepada pelajar. Semoga generasi baru ini Yang telah mendapat pendidikan formal di sekolah ini bebas kebergantungan kepada azimat dan tangkal. Mereka hanya yakin dan bergantung kepada Allah taala semata-mata disamping berusaha dalam setiap apa-apa urusan dan kerja.

Rasulullah telah meninggalkan pesannya kepada Kita.Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ ‏

“Sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.”

[HR: Abu Daud & Ahmad]

 

Kepercayaan ini perlu dibasmi agar aqidah umat Islam bersih suci dari sebarang unsur syirik. Ini lah antara kerja guru-guru agama di Sabah. Alhamdulillah hari demi hari amalan kepercayaan karut ini semakin kurang dalam masyarakat selepas generasi muda yang telah mendapatkan pendidikan daru guru-guru agama secara formal.

Bagi mendapat maklumat lanjut tentang hukum memakai tanggal dan azimat boleh rujuk kepada fatwa negeri selangor. https://mais.gov.my/artikel-dakwah/tangkal-dan-azimat/

No comments: