Selepas beberapa minggu bertugas di SMK Elopura Bestari, Kehidupan saya pun sudah mula stabil. Saya baru saja berpindah ke rumah sewa sendiri di Taman Pertama. Sebelum ini menumpang di rumah bapa sepupu saya Ust Zamri. Saya bertanya khabar tentang aktiviti surau sekolah. Surau sekolah bersebelahan dengan asrama lelaki namun agak jauh dari asrama perempuan. Ketika itu pelajar tidak diwajibkan untuk solat di surau.
Waktu maghrib dan isyak hanya ada beberapa pelajar yang istiqamah
dalam solat berjemah. Saya masih ingat pelajar bernama Nasarudin bin Abdullah (
Allahyarham), kawannya Budirman Daud dan beberapa orang lagi pelajar yang
selalu bersama saya jika saya mengadakan pengisian kuliah maghrib dengan
pelajar. Mereka berdualah yang selalu melayan saya bersembang sebelum saya
pulang.
”Nas dan Budi! Jom kita buat program Usrah”. Cadang
saya pada satu hari semasa mereka berdua menghantar saya ke kereta.
“Apa tu usrah ustaz?” Budi bertanya. Ya lah perkataan
ini mungkin baru bagi mereka.
Lalu saya menerangkan tentang apa itu usrah. Kami memulakan perancangan
untuk mengumpul beberapa orang pelajar pimpinan asrama bagi setiap blok dan
tingkatan. Program ini kami namakan sebagai Rakan Iman. Alhamdulillah Nasarudin
saya lantik sebagai ketua rakan iman telah banyak membantu saya memilih pelajar
untuk program ini.
Pengisiannya ialah tadarus al Quran dan pembentangan
oleh dua orang pelajar berdasarkan
artikel saya telah agihkan beberapa hari sebelum. Kemudianya akan ditutup
dengan tazkirah dan rumusan oleh saya sendiri.
Perkara baru yang saya buat untuk program Rakan Iman ini
ialah borang semak amalan. Senarai semak tersebut ialah solat berjamaah 5 waktu,
membaca al quran satu muka surat sehari, istighfar dan selawat 100 kali setiap
hari. Senarai semak ini akan di buat oleh ketua kumpulan iaitu Nasaruddin. Tugas
Nasaruddin ialah setiap malam sebelum tidur akan bertanya kepada setiap ahli
rakan iman dan mengisi senarai semak ini. Pada waktu rehat hari berikutnya Nasarudin akan melaporkan perkembangan senarai
semak tersebut kepada saya.
“Alhamdulillah Ustaz, bilangan pelajar hadir solat jemaah
semakin ramai”. Lapor Nasarudin bila dia hadir menunjukkan senarai semak.
“ Senarai semak amalan dah semakin penuh. Sekarang ni saya
tak perlu lagi cari mereka. Meraka yang datang mencari saya untuk laporkan
amalan mereka”. Berseri-seri wajah Nasarudin bercerita kepada saya.
Alhamdulillah perkembangan amalan ahli Rakan Iman semakin
baik. Mereka memang berpakat untuk solat berjemaah bersama-sama di surau. Waktu itu, seingat saya,
ahli rakan iman sekitar 12 orang. Tetapi usaha mereka telah berjaya memulakan
satu budaya baru di SMK Elopura. Solat
berjemaah Maghrib Isyak semakin ramai. Kualiti bacaan al Quraan ahli Rakan Iman
semakin meningkat dan pembentangan mereka semakin lancar.
“Ustaz! Ramai pelajar minta nak ikut sama program Rakan
Iman. Mereka merayu-rayu ni Ustaz. Aku bilang kena tanya ustaz dulu”. Nasarudin bercerita pada saya sambil ditemani
oleh Budiman.
“Berapa orang yang minta?”. Aku bertanya sambil
membuka laptop untuk menambah nama dalam senarai ahli Rakan Iman.
“Dekat 20 orang bah ni Ustaz”. Budiman menyampuk.
Aku tak sangka program Rakan Iman diminati oleh pelajar. Hati
aku memanjat kesyukuran pada Allah. Aku meminta mereka maklumkan pada pelajar
agar bersabar dahulu. Nanti aku akan maklumkan kemudian keputusannya.
Semoga Allah mengaampunkan segala Dosa Allahyarham
Nasaruddin yang telah mendahului kami mengadap penciptanya dan di masukkan kesyurganya
yang luas terbentang. Sudah pasti pahala kebaikan yang pelajar-pelajar yang berubah
menjadi baik itu menjadi saham yang berterusan kepada Nasarudin akan berterusan
hingga akhirat. Dia lah antara pencetus perubahan ini.
No comments:
Post a Comment