Wednesday, November 06, 2024

"ALLAH UJI ANA"

Setelah sahabat saya Amrullah dapat pindah balik mengajar di semenanjung, kami masih lagi kerap berhubung. Hampir setiap minggu dia akan menelefon atau menghantar mesej pada saya. Bertanya khabar tentang kesihatan dan juga amalan harian. Di adalah satu-satunya sahabat sentiasa mengingatkan saya tentang hubungan dengan Allah.



Satu hari saya menerima mesej.

“Pagi semalam ketika bangun tidur tiba-tiba mata ana tak nampak sebelah. Hanya sebelah mata saja boleh melihat. Hari ini ana ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan. Doakan yang baik-baik untuk ana”.

Pelik juga kenapa dia hanya menghantar mesej. Biasanya dia akan menelefon. Saya terus mendail nombornya dan kami berbual panjang tentang apa yang menimpanya. Saya mengenali sebagai seorang menjaga kesihatan. Makan agak memilih agar tidak mudharat pada diri. Berbeza dengan saya dan rakan yang lain yang menganggap makan itu adalah satu nikmat dunia yang tak boleh ditolak.

Besoknya SMS dari Amrullah datang lagi.

“Mengikut doktor mungkin mata ana ada ketumbuhan yang telah menghimpit dan merosakkan mata ana. Doktor minta ana rujuk pada doktor Pakar di Hospital”.

Saya menelefon lagi bersembang berkaitan sakitnya dan juga topik lain.

Beberapa hari selepas itu saya bertanya khabar tentang keputusan doktor pakar. Doktor telah membuat ujian MRI atau mengmbil contoh tisu mata kalau tak silap ingatan saya. Namun keputusan belum keluar. Agak lama juga kami menuggu. Tapi doa saya agar ianya baik-baik saja.

Pulang dari sekolah satu hari SMS dari Amrullah masuk lagi. Saya terus membukannya dengan tidak sabar. Pendek ja mesejnya.

“Allah uji ana kali ini. Ana disahkan kanser tahap 4”.

Termenung saya seketika, hampir terduduk masa membaca mesej. Tanpa membuang saya terus menekan nombornya dan kami bersembang panjang sekali lagi. Suaranya amat sayu menceritakan segalanya. Dia telah disahkan kanser darah tahap 4. Mata yang tidak boleh melihat itu adalah kesan jangkitan menandakan kanser telah merebak keseluruh badan. Peluang untuk sembuh adalah amat tipis dan tiada harapan sembuh. Masa yang ada hanya sekitar 3 bulan sahaja.

Menitis air mata saya mendengarnya. Tapi Amrullah redha dengan ketentuan Allah. Ikutlah suratan yang telah tertulis di Lauh Mahfuz katanya. Allah beri peluang kepada dia setakat itu sahaja. Aku hanya mampu menyejuk hati hatinya dengan mengingatkan ayat al Quran yang menyatakan Allah tidak menguji hambanya melainkan mengikut kemampuannya. Allah lebih menyayanginya. Dia memang kuat.

Allah maha kaya. Allah maha mengetahui. Allah maha bijaksana. Kita sebagai hamba perlu redha dengan Qadha Qadarnya. Itulah ingatan Amrullah pada saya.

 

No comments: