Itu lah kata-kata Dr Imad al Hatim, Panel pertama pemeriksa kajian aku semasa aku bertemu dengannya untuk mengambil tandatangan sebagai pengesahan pembetulan laporan kajian akhir peringkat sarjana muda di Universiti al Albayt dulu.
“Wallahi Dr, Cukuplah setakat ini, saya tak layak untuk
sambung belajar sampai ke peringkat itu”.
Aku sebenarnya sedar diri. Markah kumulatif aku amat rendah. Aku bukannya rajin belajar. Belajar hanya sekadar untuk lulus, dapat sijil dan pulang bertugas sebagai guru. Khalas. Tak ada dalam Impian aku nak bergelar Dr pemegang PHD. Nasib baik JPA mengiktiraf sijil aku sebagai kepujian, Kalaulah kelulusan itu dikira setara, gaji aku akan lebih rendah dari orang lain.
“Kajian saya pun teruk Dr.. Tak ada nilai ilmiah”. Sambung
aku merendah diri.
“Tidak! Kajian kamu amat baik. Saya hargai kamu. Dengan
sumber yang terhad dan masa yang singkat kamu boleh buat sebaik itu”. Terang Dr
Imad.
“Tapi ulasan Dr masa pembetangan dulu membayangkan kajian
saya amat teruk”. Aku cuba mengingatkannya kembali tentang hari pembentangan.
“Ah… itu biasa.. saya saja nak provok kamu, supaya kami
lebih bersemangat untuk buat lebih baik”.
Laa.. begitu pulak. Memang dah nama Arab. Memang pelik cara
fikirnya.
“Tapi saya tak fikirlah untuk sambung belajar lagi. Tak ada
dalam Impian saya”.: Aku menegaskan pendirian.
“Kamu wajib sambung belajar. Saya doakan kamu berjaya dapat
PHD satu hari nanti”. Ujarnya lagi selepas saya minta izin untuk beredar. Aku
hanya sekadar mengaminkan dalam hati dan mengucapkan terima kasih kepada Dr Imad
atas bantuan dan doanmya.
Aku sebenarnya masih terasa ibarat mimpi. Betulkah aku sudah
ada PHD. Dapat juga aku belajar sampai peringkat PHD. Lebih menarik lagi. Saya berjaya
selesaikan pengajian dalam tempoh 3 tahun. Sesuatu yang aku rasa mustahil
berlaku pada diri aku. Tapi, itulah realitinya. Ketika aku menerima Skrol PHD di
hari konvokesyen, aku teringat kembali peristiwa di bilik Dr Imad.
Terima kasih Dr Imad kerana mencabar saya dan juga mendokan
saya.
No comments:
Post a Comment