Setelah hampir sebulan Amrillah telah disahkan dengan ujian sakit kanser tahap 4 dan peluang untuk sembuh adalah amat tipis. Namun Doktor tetap menasihatkan sahabat saya untuk mengambil rawatan kimoterapi. Saya berpandangan kalau sakit sudah amat kronik dan tiada harapan rawatan kimo hanya sekadar menambah sakit.
Namun Amrillah berpandangan perlu juga usaha dan ikhtiar
untuk menghdapi ujian ini dan bukannya berserah bulat-bulat kepada Allah. Ia
bercanggah dengan prinsip tawakkal. Beliau tetap menegaskan itu adalah ujian
Allah untuknya. Allah sayang padanya dan ingin membersihkan segala dosanya
sebelum dipanggil pulang kepangkuannya nanti.
“Kalau ada masa, datanglah ziarah ana di Ampang ni. Peluang
ana untuk jumpa anta dan sahabat lain tak lama”. Tuturnya lewat perbualan
melalui telefon.
Memang pada waktu itu saya kerap keluar ke semenanjung untuk
urusan kerja. Tugas pensyarah IPG pada waktu itu adalah amat rencam. Selalu
keluar penjabat untuk pelbagai urusan. Saya di IPG Tawau ketika itu hampir
setiap minggu akan terbang ke semanjung atas urusan mesyuarat, bengkel, seminar
dan pelbagai lagi. Tapi saya banyak
terlibat diluar lembah kelang. Semenjak Amrullah sakit saya kerap ke Ipoh,
Kuala terengganu, Langkawi.
Alhamdulillah surat arahan untuk saya hadir mesyuarat di
Hotel Putra Kuala Lumpur memberi peluang kepada saya untuk menziarahi Amrillah.
“ Insya Allah ana akan ziarah enta hari khamis nanti selepas
selesai mesyuarat. Nanti bagi alamat”.
Saya
memaklumkan pada Amrillah saya akan sampai sekitar jam 2 petang selepas daftar
keluar dari hotel Putra. Saya telah merancang dari awal dengan mengambil
penerbangan malam balik ke Tawau untuk mengambil peluang menziarahi Amrillah
dahulu sebelum ke KLIA.
saya
mengambil teksi dari depan hotel untuk terus ke rumah Amrillah berasaskankan
alamat yang telah diberikan. Setelah melihat rumah Amrillah jauh kedalam taman
perumahan dan agak jauh dari jalan utama. Saya terfikir bagaimana cara untuk
pulang nanti. Lalu terlintas idea di fikiran lalu cuba berbincang dengan
pemandu teksi.
"
Bolehkah datang ambil saya kembali jam 4 dan hantar saya ke KL Sentral?"
"
Susah juga nak janji. Biasanya jam 4 waktu sibuk ramai pelanggan. Pekerja
pejabat dah mula balik". Terang pemandu teksi. Saya terfikir jauh juga
saya nak berjalan ke jalan besar nanti.
"
Kalau kira saya minta tunggu di sini sehingga jam 4, berapa tambang yang saya
perlu saya bayar?".
"Kalau
RM100 ok kah?". Tawar pemandu
teksi.
Tanpa fikir
panjang saya terus bersetuju dengan tawaran itu. Bukan senang nak cari teksi
waktu puncak. Lebih lebih lagi saya perlu menapak ke jalan besar.
Sampai di
rumah Amrillah, ayahnya yang menyambut saya dan mempersilakan saya masuk. Nun
di sudut ruang tamu terlihat susuk tubuh yang amat kurus dengan kepala tanpa
rambut. Saya mengulurkan tangan bersalaman dengan Amrillah dan kemudian
memeluknya.
" Lihatlah
tubuh ana ni, dah jadi macam jerangkung. Semua jenis rambut dan bulu dah
gugur". Amrillah bersuara perlahan.
Di ruang
tengah ruang tamu siap terhidang makanan tengah hari.
"Jemput
makan. Kita sembang sambil makan". Jemput Amrullah.
"Allah.
Saya dah makan tadi kat hotel. Selesai makan terus ana kesini. Kenyang sangat
lagi ni". Saya menolak dengan baik.
"Makanlah,
Zaujah ana masak ni. Enta belum pernah datang rumah ana. Lepas ni pun mungkin
tak datang dah. Rasalah sedikit. Ana nak dapat pahala memuliakan tetamu".
Amrullah memujuk.
Ana kalah
dengan pujukan sahabat ini. Dia memang begitu. Amat memuliakan tetamu. Pernah
dia memberi peringatan kepada kami dengan hadis :
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذ
جاره، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه، ومن كان يؤمن بالله واليوم
الآخر فليقل خيرا أو ليصمت " رواه البخاري ومسلم.
Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka
janganlah menyakiti jirannya, dan sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari
akhirat, hendaklah dia memuliakan tetangnya, dan sesiapa yang percaya kepada
Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam.
Satu lagi hadis yang selalu diulang dan menjadi pegangannya:
يا أيها الناس، أفشوا السلام، وأطعموا
الطعام، وصلوا والناس نيام تدخلون الجنة بسلام " رواه الترمذي وابن ماجه
Wahai manusia, sebarluaskanlah salam, berilah makanan,
dan solatlah ketika manusia sedang tidur, niscaya kalian akan masuk syurga
dengan selamat. " Diriwayatkan oleh Tirmidhi dan Ibn Majah.
Allah.. dalam saat genting ini, ujian yang kemuncak ini pun
dia masih berusaha untuk mengamalkan pesan nabi. Begitu hebat sahabat ini.
Selepas selesaikan makan dia meminta izin kepada saya untuk
masuk ke bilik air.
“Ustaz Lah, ana minta izin masuk ke bilik. Ana rasa amat panas
membahang dalam badan ini. Semalam ana buat kimo dengan dos tinggi. Nak kena
siram air di badan”.
Amrillah berjalan perlahan masuk ketandas di sebelah ruang
tamu rumahnya. Saya berbual seketika dengan ayahnya bertanya tentang
keadaannya. Saya menyatakan kekaguman saya dengan ketabahan dan kesabaran Amrullah.
“Menitis juga airmatanya semasa doktor memaklumkan tentang sakit
kanser ini. Sebelum ni saya tak pernah dengan dia mengeluh”. Ayahnya bercerita
pada saya.
Memang ujian ini amat berat. Hanya mereka yang kuat dan
terpilih saja yang mampu menghadapinya. Allah tidak menguji hambanya dengan sesuatu
yang diluar kemampuannya.
Ayah Amrillah mengambil kerusi untuk saya dan diletak dipintu
tandas untuk saya duduk sambil berbual dengan Amrillah yang sedang berada dalam
bilik air. Dalam bilik air tersebut Amrullah duduk di atas bangku dibawah pancuran
air yang dibuka perlahan. Air menjirus kepalanya dan seluruh badannnya untuk menghilangkan
bahang kepanasan kimo.
Kami berbual pelbagai topik dalama keadaan begitu
sehinggalah jam menunjukkan jam 4 petang. Saya menjenguk keluar rumah dan teksi
tadi sudah sampai. Saya meminta izin untuk pulang. Amrillah meminta saya agar sentiasa
berdoa untuk dia agar dia bertemu dengan Allah dengan penuh keredhaannya. Dia
sudah pasrah dan redha dengan ujian tersebut.
Saya bersalaman dengan Amrillah yang masih dalam bilik mandi
kemudian bersalaman dengan ayahnya. Sempat juga saya titipkan sedikit saguhati
kepada satu-satunya anak kecil Amrillah yang masih berumur setahun lebih. Masih
tak mengerti apa-apa.
Semua ahli keluarganya menghantar saya sampai kelaman rumah.
Ayah, Ibu dan isterinya sambil mengendok bayi kecilnya. Ya Allah berkatilah
keluarga ini.
Saya menaiki kereta yang sudah menunggu dan terus bergerak
ke KL Sentral kemudian mengambil KLIA Ekspress ke KLIA untuk pulang ke Tawau.
Hati saya sayu mengenang sahabat yang telah banyak membentuk dan membimbing diri ini
untuk lebih dekat dengan Allah. Insya Allah apa kebaikan yang saya buat nanti
akan memberi saham juga kepadanya.
No comments:
Post a Comment