skip to main |
skip to sidebar
Ya Allah! Jangan Hukum Kami Kerana Kejahilah Segelintir Manusia..
PETIKAN BERITA...
Segera ajar subjek kesihatan reproduktif
KUALA LUMPUR 8 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa supaya pengajaran mengenai kesihatan reproduktif kepada murid sekolah seawal usia 12 tahun disegerakan.
Menurutnya, pengajaran subjek itu perlu dipercepatkan bagi membendung gejala kehamilan luar nikah yang menjurus kepada pembuangan bayi.
"Pengajaran mengenai kesihatan reproduktif tidak boleh dilengahkan. Walaupun ada subjek mengenainya namun ia tidak cukup mendalam. Kita mesti ajar mereka secara ilmiah, saintifik dan berhemah.
"Justeru saya meminta Kementerian Pelajaran agar mengambil berat isu ini dan pertingkatkan masa pengajaran untuk subjek tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen Kami Prihatin di KL Sentral di sini, hari ini.
Shahrizat berkata, pihaknya telah mengesyorkan modul kesihatan reproduktif ini kepada Kementerian Pelajaran namun masih tertangguh kerana ramai menganggap isu tersebut sebagai sensitif dan tabu.
Sedangkan kata beliau, kehamilan luar nikah turut berlaku kepada remaja yang berumur 14 atau 15 tahun kerana tidak mengetahui risiko akibat melakukan hubungan seks.
"Seandainya remaja mengetahui mengenai tubuh mereka, maka perkara seperti kehamilan luar nikah bukan sahaja dapat dikawal malah mengurangkan kes pembuangan bayi," tegasnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Saya tidak ingin menentang langkah pihak kerajaan dalam menangani gejala pembuangan bayi yang dilihat semakin kronik akhir-akhir ini. Tetapi apa yang ingin diluahkan di sini ialah, adakah ini caranya yang terbaik dan ampuh untuk menyelesaikan masalah yang sudah menjadi wabak kepada kita. Kenapa dalam hal ini kita masih lagi buta untuk merujuk kepada panduan Allah dan rasulnya.. Atau Allah itu hanya tuhan di masjid sahaja.. bukan tuhan ketika mentadbir dan membuat polisi..
Kenapa tidak dikerah golongan cendiakawan negara termasuk golongan agama untuk menyelesaikan masalah ini..
Ya Allah selamatkanlah negara Malaysia ini dari segala bencana kerosakan mereka yang tidak mengendahkan syariat Mu..
No comments:
Post a Comment