Saturday, April 10, 2010

Jika Zakar Telah Naik, Hilanglah Separuh Dari Akal Lelaki

Wanita mangsa disimbah asid pasrah
2010/04/10

KUANTAN: “Saya tak sangka suami sanggup berbuat demikian,” kata Zarina Wahab, 40, yang melecur di muka akibat disimbah cuka getah yang dikatakan dilakukan sendiri oleh suaminya, tetapi beliau pasrah dengan kejadian itu.
Laporan semalam menyebut seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak untuk melakukan hubungan seks, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu.


Cuba kita renungkan kenapa Allah memerintahkan pihak isteri agar memenuhi keperluan seks suami ketika ia berhajat kepadanya. Menolak hubungan seks dengan suami dikira sebagai dosa yang agak besar di sisi Allah.

Rasulullah berpesan agar isteri memenuhi permintaan suami untuk melakukan hubungan seks walaupun ketika sibuk menyediakan makanan malah walaupun di dalam perjalanan dan di atas belakang unta sekalipun!

Rasulullah juga membertahu anaknya Fatimah bahawa ada seorang isteri yang akan memasuki syurga lebih dahlu dari Fatimah semata-mata kerana ia amat taat kepada suaminya dan berkhidmat sebaik mungkin malah sentiasa menggoda suaminya agar suaminya dapat melepaskan beban dari tekanan nafsu seks setelah seharian di luar.

Sememangnya Allah amat mengetahui selok belok ciptaanya. Allah telah mencipta lelaki sebagai amat lemah dalam menghadapi nafsu terutama nafsu seks. Apabila kaum lelaki tidak dapat melepaskan nafsunya secara semulajadi emosinya amat terganggu dan susah untuk dikawal secara normal.

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya ‘Ihya Ulum al-Din’ “Jika zakar lelaki terangkat akan hilanglah separuh dari akalnya”. Maksud ialah jika nafsu seks lelaki sudah meninggi akan menghilangkan kewarasan fikirannya dan akan hilang pertimbangan. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita. si suami tak mendapat layanan baik isteri, manakala si bujang berkobar-kobar nafsu lantaran hidangan yang terdedah di depan mata..jadi hasilnya anda boleh bayangkan sendiri..

Adakah lelaki bersalah dalam hal ini? Mungkin ada orang mengatakan bahawa lelaki jahat dan tidak dapat mengawal nafsu. Tetapi ini adalah fitrah ciptaan Allah. Allah mengetahui amat susah bagi lelaki untuk mengawal nafsu ini yang menghilangkan pertimbangan akal melainkan segelintir sahaja. Jika tekanan seks ini tidak dilepaskan lelaki akan menjadi panas baran dan hampir separuh gila lantas membuat pertimbangan yang amat tidak wajar.

Kita selalu mendengar kisah Isteri ditendang, ditampar malah dibunuh kerana menolak hubungan seks. Begitu juga kadang-kadang kita melihat lelaki yang panas baran mudah melenting tak tentu fasal sehinggakan orang yang tidak berkaitan pun menerima padah. Ini adalah hasil daripada tekanan nafsu seks yang tidak dapat lepaskan.

Bagi lelaki yang tidak kuat iman dan pegangan agama akan mencari alternatif yang mudah iaitu dengan mencari pelacur murahan yang senang memberi layanan berbayar atau pun mencari gadis murahan sebagai perempuan simpanan digunakan apabila si isteri mempunyai mood kurang baik. Bagi mereka apalah nilai RM50 dibayar untuk melepaskan nafsu seks yang mengganggu emosi berbanding dengan menampar dan menendang isteri yang berkeras tidak mahu memberi layanan! Jadi, jalan selamat ini menjadi pilihan ramai secara diam-diam.

Inilah situasi yang terjadi jika kita hanya memandang sesuatu mengikut penilaian akal kita yang tidak terlepas dari nafsu dan kepentingan diri sendiri. Panduan Allah dan Rasul sentiasa di pandang sinis apatah lagi di anggap kolot untuk dijadikan arus perdana dalam penyelesaian masalah masyarakat.

Manusialah yang mencipta neraka mereka sendiri dengan menolak penyelesaian yang dicadangkan oleh Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha bijaksana.

1 comment:

Carl said...

Info yang amat bermanfaat untuk di ketahui... :)