“siapa la yang hantar msg malam-malam buta ni, mungkin ada perkara penting” Aku menggumamam sambil meraba-raba telefon ku di tepi bantal.
Dapat je telefon itu aku menekan butang ok untuk melihat mesej yang baru sejurus tiba itu. Ianya dari seorang sahabat ku juga guru agama di Sandakan.
“ Salam ustaz! Harap tidak mengganggu. Saya nak tawarkan peluang keemasan pada ustaz. Pelaburan menguntungkan sehingga 300%. Inilah peluang untuk tingkatkan pendapatan kita sebagai umat Islam. Kalau ustaz berminat, esok boleh kita bincang pasal pelaburan swisscash ini”.
Mesejnya panjang Cuma beginilah intipatinya yang dapat saya ingat.
Aku mengeluh panjang. Sememangnya swisscash ini seolah menjadi satu fenomena di Sandakan tika ini. Di mana-mana sahaja kita akan dapat dengar perbualan tentang swisscash. Lebih-lebih lagi di kalangan para pendidik dan lebih parah lagi berjangkit juga kepada para ustaz.
Antara hujah para ustaz ialah membina kekuatan ekonomi Islam adalah merupakan jihad. Umat Islam sekarang ditindas dan dihina kerana lemah penguasaan ekonomi.. dan bermacam lagi hujah mereka. Di saat itu mereka sudah lupa kaedah muamalat Islam tentang riba, Gharar dan sebagainya. Apa yang difikir adalah duit.
Dalam satu khutbah yang pernah saya sampaikan di salah sebuah masjid saya telah menghurai tentang skim pelaburan akhirat yang amat menguntungkan dan saya membandingkan pelaburan ini dengan swiss cash. Ayat yang menjadi intipati khutbah tersebut ialah dari Surah al-Baqarah ayat 261:
“مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم”
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNyaYa,cuba kita ibaratkan benih itu dengan RM1 didarab 7 kemudian di darab 100. Hasilnya adalah 700 kan! Maknanya skim pelabaran Allah memberi keuntungan 700%! Bukankah skim pelaburan Allah ini lebih menarik? Itu kalau dilaburkan hanya RM1. Kalaulah dilaburkan RM1000 akan memberi pulangan RM700 000!.
Wah! Ramai yang melenting..
Tapi sayang! Pelaburan swisscash tetap menjadi pilihan ramai walaupun ianya di janjikan oleh manusia dengan pulangan 300%. Di sini kita dapat lihat bagaimana nilai keimanan kita kepada Allah dan hari akhirat. Walau lidah mengaku kebesaran Allah yang memilki segala kekayaan dan tidak pernah engkar dalam janjinya, tetapi ramai masih ragu dan lebih mempercayai janji manusia dengan mengenepikan janji Allah. Ini terbukti dengan keyakinan kepada swisscash lebih mengatasi dari keyakinan kepada janji Allah. Lebih mengecewakan lagi ianya juga melanda golongan ustaz yang bertanggungjawab bercakap tentang keimanan pada Allah dan hari akhirat.
Timbulnya swisscash adalah merupakan ujian dari Allah untuk melihat bukti keimanan manusia. Iman bukan sekadar mempercayai dengan hati dan menzahirkan kepercayaan dengan lisan tetapi ianya perlu dibuktikan dengan perbuatan.
Berdasarkan fenomena swiss cash ini tidak hairanlah jika kita melihat janji Allah tidak di endahkan malah di abaikan oleh ramai kalangan umat Islam bahkan oleh sesetengah pembawa agama. Usahkan nak mengharap kepada sumbangan harta benda untuk pembangunan Islam, apatah lagi untuk mengorbankan jiwa dan raga fi sabilillah. Untuk bangun solat subuh berjemaah di masjid pun, ramai yang masih kurang yakin dengan janji Allah dan Rasulnya. Sedangkan Rasulullah bersabda:
“kalaulah seseorang itu mengetahui ganjaran solat isyak dan subuh berjemaah di masjid pastinya dia akan datang (untuk solat berjaamah) walaupun terpaksa merangkak”.
Pernah seorang sahabat saya mengemukakan rasa tidak puas hati tentang solat subuh berjamaah yang amat sedikit bilangannya termasuk 4 orang ustaz.
“Demo tengok ni, kawe dah tulis senarai nama ustaz-ustaz hok di Taman Fajar ni lebih 30 orang.. semuanya kawe tulis dengan no rumah dia sekali.. gi mmana puak ni semua masa semaye, tak nampak batang hidung pun. Tapi kalu kat gelanggang badminton ada semua puak ni”
Kita hanya mampu mengatakan bahawa iman itu mudah untuk di akui, tapi amat susah untuk dibuktikan. Jika mereka yang diberi amanah untuk menyemai benih iman dan ketaqwaan pun gagal membuktikan iman mereka apatah lagi orang-orang biasa yang amat miskin ilmu pengetahuannya.
Inilah kerja yang amat berat perlu diusahakan bersama. Menyemai benih keimanan dalam jiwa umat Islam sehingga mampu dibuktikan dengan perlakuan dan tindakan. Membuang penyakit cinta dunia kepada mencintai kehidupan akhirat.
2 comments:
Insya Allah ustaz,akan sye usahakan Subuh berjemaah.
"madu yg paling manis letaknya dipohon yg paling tinggi"
^^,
Ya shafiq.. mari lah kita jadikan solat subuh sebagai praktikal pertama mujahadah melawan nafsu dan mengutamakan akhirat..
Post a Comment