Budak disangka hilang mengadu dirogol kekasih
2010/04/10
GEMENCHEH: Seorang ibu yang bimbang apabila anak perempuannya, seorang murid Tahun Enam tidak pulang ke rumah Rabu lalu, terkejut apabila anaknya sendiri membuat laporan di balai polis di sini, kelmarin, mendakwa dirogol teman lelakinya.
Remaja dirogol abang mengandung 12 minggu
2010/04/10
KOTA BHARU: Sakit perut yang dialami pelajar Tingkatan Tiga kelmarin membongkar kisah hitam dialaminya apabila remaja itu didapati mengandung 12 minggu dipercayai dirogol abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Wakaf Bharu, Tumpat.
Membaca petikan berita ini menggambarkan kepada kita beberapa perkara yang telah melanda institusi keluarga Islam kita di Malaysia.
Kisah pertama kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dan masih bersekolah rendah sudah pandai mencari kasih dan cinta. Malah sudah pandai menyerahkan jiwa dan maruahnya demi cinta kepada seorang yang bernama lelaki.
Manakala berita kedua seorang gadis yang berumur 15 tahun didakwa telah dirogol oleh abangnya sendiri yang berumur 24 tahun. Hal ini langsung tidak disedari oleh ibubapa mereka dan hanya disedari selepas membuat pemeriksaan doktor kerana sakit perut.
Melihat kepada dua peristiwa ini, apa yang boleh kita simpulkan ialah kurangnya prihatin ibu bapa dalam memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak. Antara keistimewaan manusia daripada makluk lain yang diciptakan oleh Allah ialah manusia ini dianugerahkan perasaan kasih sayang. Anak-anak bermula dari kecil memerlukan kasih sayang dan belaian ibu bapa. Mereka perlu diusap, dipeluk, dicium malah di perdengarkan kata-kata sayang dan harapan.
Apabila umur mereka meningkat mereka perlu di beri perhatian yang lebih seperti bertanya khabar, minat dan apa saja yang lebih bersifat peribadi. Apabila ibu bapa mengabaikan hal ini dan fitrah semulajadi mereka amat memerlukan perhatian lantas anak-anak ini akan mencari sesuatu untuk mengisi ruang kosong tersebut. Maka terjadilah peristiwa-peristiwa yang tersebut yang bercanggah dengan normal manusia.
Begitu juga masalah sumbang mahram antara adik beradik. Ibu bapa perlu prihatin tentang hubungan antara anak lelaki dan perempuan lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang yang mana maklumat berkiatan boleh didapati dengan mudah. Semua mengetahui bahawa hubungan tidak boleh berlaku dengan mudah jika pihak perempuan tidak memberi kerjasama.
Dalam Islam. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan dan bimbingan kepada anak-anak dalam aspek yang berkaitan dengan kehidupan. Bimbingan ini perlu diberi dengan acuan agama yang mengutamakan takut kepada Allah dan bersedia untuk hidup di akhirat.
Kalaulah binatang yang tidak berakal boleh mengajar anak mereka cara terbang, mencari makan, menyelamatkan diri dari musuh dan sebagainya mengapa manusia yang telah diberi akal fikiran tidak mampu berfikir untuk membimbing anaknya bagaimana cara untuk hidup.
Persoalan akhlak, maruah, tanggungjawab dan baik buruk sesuatu perkara perlu dipastikan bawa ia telah diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak bermula dari kecil lagi sehinggalah mencapai dewasa. Jika ini tidak dapat dilaksanakan apakah bezanya kita manusia dengan haiwan yang lain.
Bagi mengekalkan martabat dan maruah kita sebagai manusia yang akan menjalan kehidupan di dua alam dunia dan akhirat kita perlu merujuk kepada panduan atau pekeliling utama yang telah dibekalkan oleh allah kepada kita iaitu al-Quran. Tiada manusia yang boleh selamat tanpa merujuk kepada al-Quran.
No comments:
Post a Comment