Tuesday, April 06, 2010

Alangkah lemahnya iman ku!

Malam tadi selepas selesai sesi program rakan iman di sebuah apartmen di Kota Damansara saya berbual-bual dengan seorang sahabat tentang isu-isu semasa di tangga surau. Sedang rancak kami berbual kami didatangi oleh dua orang pengawal keselamatan apartmen. Saya menyangka mereka ingin menegur saya kerana berada ditempat terbuka kerana sudah hampir tengah malam dan saya bukan penduduk di situ.

Assalamualakum bang! Sudah habis ke program surau?” tanya seroang pengawal tersebut.

Walaikumussalam! Dah habis lama dah. Kami sembang-sembang kosong je ni. Saya dah nak balik ”. Saya menjawab sambil menyangka bahawa kewujudan saya tidak disenangi oleh mereka.

Begini bang! Kalau tak keberatan saya nak minta abang pusing-pusing kat kolam sana sekejap. Ada orang tengah berparti sambil minum arak lagi. Mereka tu semua melayu Islam bang” Pengawal tu memberitahu saya dengan nada mengharap.

Oh! begitu ka.. kamu tak buat apa-apa ke? Kamu kan pengawal di sini.”

Kami dah tegur bang. Tapi kami ni pengawal keselamatan. Mereka bukan endah pun. Kami ni tak ada kelass. Tapi kalau abang pergi kat sana dengan berpakaian kopiah begini dan tegur mereka saya mereka mereka boleh terima. Atau mereka akan awal-awal lagi akan lari. Kami bimbang nanti kalau dah mabuk mereka akan hilang akal dan membuat bising hingga mengganggu kententeraman kat sini dan kami juga yang akan susah” terangnya pengawal itu dengan panjang lebar.

Saya mengajak beberapa ahli rakan iman saya yang semuanya berkopiah untuk pergi melihat tempat tersebut.

Astaghfirullah! Saya terkejut apabila melihat golongan pemuda pemudi dalam sekita 15 orang sedang duduk dan makan-makan ditepi kolam sambil minum Carlsberg dengan begitu berselera. Pemudi-pemudinya berpakaian yang tak sanggup untuk dipandang. Salah seorangnya memakai selur pendek yang saiznya macam seluar dalam manakala yang lain hanya memakai pakaian tidur sahaja. Cuma saya sangsi adakah mereka itu Melayu atau cina kerana wajah mereka seakan-akan cina.

Saya memberi salam dan beberapa orang menjawab salam dengan jelas. Tetapi apa yang ralatnya ialah saya langsung saya tidak menyentuh berkaitan arak apatah lagi mebuat teguran. Apabila saya kembali ke kereta saya di datangi oleh pengawal keselamatan tadi.

Abang dah tegur ke mereka?”

Saya sembang-sembang sikit je. Tapi nampak macam ada bukan Islam kat sana tu, gadis-gadis tu macam bangsa cina je

Bang! Mereka tu semunya melayu bang. Saya tahu semua penghuni kat sini. Kalau tak percaya cuba tegur yang perempuan tu, keluar loghat budunya tu. Berlagak je macam cina

Allah! Saya hanya mampu beristighfar panjang. Tak sangka pulak begitu. Saya rasa bersalah kerana tidak membuuat tindakan sepatutnya tadi. Sepatutnya saya membuat teguran langsung kepada mereka dan bukannya hanya mengambil jalan orang yang lemah imannya iaitu mencegah dengan hati.

Rasulullah berpesan:

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran tegahlah dengan tangan atau kuasa kamu, Kalau tidak mampu cegahlah dengan lidah kamu, kalau tidak mampu juga cegahlah dengan hati kamu (membenci perbuatan tersebut). Dan itu adalah selemah-lemah iman

Ya Allah! Kenapa aku masih lemah iman tidak mampu mencegah dengan cara yang lebih baik. Adakah aku takut kepada pemuda tersebut yang perkasa badannya? Adakah kerana aku hanya bertiga takut akan dipukul oleh mereka yang ramai hingga nyawa melayang. Atau kerana terkejut melihat sigadis yang amat seksa memandangnya atau kerana wajah yang kecinaan lalu ianya tak perlu ditegur? Mana iman aku?

Persoalan ini yang mengganggu aku malam itu. Ianya betul-betul mengganggu fikiran. Kalaulah aku yang ada sedikit pengtahuan agama dan selalu di minta memberi peringatan untuk menyuburkan iman pun tak mampu untuk melaksanakan nahi mungkar! Bagaimana dengan orang biasa yang hanya sekadar melihat dan mencemuh dalam hati sahaja? Bagaimana amal makruf dan nahi mungkar ini nak menjadi budaya dalam masyarakat kalau golongan agama sendiri masih terkuncil mulutnya? Teringat pula pesan rasulullah yang menyebut bahawa Allah akan turunkan bala kepada sesuatu masyarakat yang mengengkari Allah secara terang-terangan dan golongan agama hanya mendiamkan diri..

Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk mengamalkan syariat Mu dan sunnah nabi Mu.. aku berjanji akan laksanakan amar makruf nahi mungkar ini dengan lebih berani..

2 comments:

Anonymous said...

'salam' ustaz...terima kasih sebab berkongsi kisah nie.
betullah,dugaan tu boleh didatangkan dalam berbagai-bagai cara, kebanyakkannya dalam cara yang kita tak sangka2.

abamuaz said...

Ya syafiq..

Saya bertul2 rasa terganggu dengan peristiwa malam tu.. Dalam sebelum ini saya bertegas pasal amar makruf nahi mungkar dalam siri kuliah saya.. tetapi Allah telah menguji saya ..

rupa2 nya mengotakan kata tidak semudah bicara..

Semoga Allah memberi kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini..