Rasulullah bersabda: “Solat berjemaah itu lebih baik dari solat bersendirian dengan kelebihan 27 ganjaran.”
Sembahyang berseorangan atau bersendiri an pahalanya ialah satu sahaja. Manakala solat berjemaah pahalahnya ialah 27 ganjaran. Jika anda ingin kaya di akhirat rebutlah peluang ini. Bayangkan jika setiap hari kita mampu untuk solat berjemaah 5 waktu. Berapa banyakkah pahala kita?
5 waktu sehari x 27 = 135
Kalau solat bersendirian setiap waktu kita hanya akan dapat 5 ganjaran sehari, itu pun kalau solat itu dilaksanakan dengan sempurna. Jika solat tidak sempurna ianya tidak diberi ganjaran pahala dan hanya
tidak dikira berdoa kerana sudah melaksanakan kewajipan.
Mari kita mengira bersama perbezaan pahala solat bersendirian dan solat berjemaah.
Jenis solat | Pahala sehari | hari dalam setahun | Jumlah |
Solat sendirian | 5 | 364 | 1820 |
Solat berjemaah | 135 | 364 | 49140 |
Nah! Lihatlah perbezaan antara keduanya. Mana satu yang lebih banyak? Solat berjemaah atau solat bersendirian? Anda pilih yang mana satu? 1820 atau 49140? Anda tak perlu menggunakan ilmu matematik aras tinggi untuk membezakan antara keduanya. Sekarang ianya bergantung kepada Iman dan keyakinan anda kepada Allah. Tepuk dada tanya iman.
Pahala solat berjemaah ini adalah merupakan pahala asas untuk solat berjemaah. Ia belum termasuk lagi pahala solat sunat rawatib, perjalanan kemasjid, zikir bersama imam dan sebagainya. Ini bermakna bagi sesiapa yang sentiasa menjaga solat secara berjemaah dan ia dilakukan dimasjid seseorang itu akan mendapat pahala yang lebih lumayan.
Bagaimanakah cara untuk ada merebut ganjaran solat berjemaah ini?. Di sini ada beberapa cadangan ;
1. Sentiasa solat berjemaah di masjid.
2. Jika tidak berkesempatan solat di masjid atau surau. Lakukan solat berjemaah bersama isteri, anak atau ahli keluarga dirumah
3. Berjemaah dengan kawan-kawan atau rakan sekerja.
4. Berjemaahlah dengan saudara seislam yang tidak kita kenali. Mereka juga adalah saudara seislam.
5. Jika anda singgah di mana-mana surau atau masjid dan solat jamaah sudah selesai. Buat solat jemaah yang baru. Cadangkan seseorang untuk menjadi imam. Jika ramai yang menolak, tawarkan diri untuk menjadi Imam. Jangan takut untuk menjadi Imam. Bacaan anda tidak perlu kuat jika solat zohor dan asar. Jika solat maghrib, Isyak atau subuh, pilih surah yang pendek sahaja. Apa yang penting anda tidak rugi dan pada masa yang sama membantu saudara seislam mendapat ganjaran yang sama.
6. Solat berjamaah boleh dilakukan dimana sahaja. Tidak semesti di surau atau dimasjid. Ia boleh dilakukan di pejabat, atas padang, dan sebagainya selain tandas dan tempat yang najis.
7. Sentiasa saling ingat mengingati tentang solat berjamaah sesama ahli keluarga dan sahabat handai.
REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI. PASTIKAN ANDA KAYA DENGAN PAHALA BILA DIJEMPUT ALLAH NANTI
HANYA PAHALA YANG BOLEH MENYELAMATKAN ANDA DIHADAPAN ALLAH.
No comments:
Post a Comment