Isu kalimah Allah masih lagi hangat dengan persoalan Adakah kalimah Allah itu hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja atau sebaliknya. Pelbagai pandangan dan pendapat yang kita dapat kita dengari dengan hujah-hujah masing yang tak kurang hebatnya
Ada di antara kita mengatakan bahawa jika dibiarkan perkataan Allah digunakan oleh golongan kristian sebgai rujukan pada tuhan mereka, ia akan mengelirukan umat Islam dan boleh mengancam aqidah ramai umat Islam lebih-lebih lagi kemungkinan besar ianya akan digunakan sebagai senjata dalam menyebarkan dakyah mereka.
Apa yang boleh kita lihat disini bahawa kebimbangan ini ada kebenarannya bila kita melihat situasi masyarakat Islam di Malaysia sekarang. Aqidah dan kefahaman Islam dikalangan umat Islam di Malaysia dilihat amat rapuh berdasarkan penyakit-penyakit social yang semakin tenat dalam masyarakat.
Berapa ramai umat Islam yang kenal siapa Allah? Bagaimana Allah itu yang dikatakan tuhan yang mencipta langit dan bumi. Kenapa kita hidup di dunia ini? Apa yang perlu kita lakukan? Kemana kita akan pergi selepas mati? Apa yang akan berlaku selepas mati? Apa yang boleh menyelamatkan kita di akhirat nanti?
Itu belum tanya lagi siapa Rasul? Kenapa mesti percaya kepada nabi Muhammad? Apa sikap kita terhadap Rasul? Apa itu al Quran? Apakah gunanya al Quran?
MUngkin apabila kita mengemukakan soalan mereka akan menjawab dengan senang tetapi hakikatnya… adakah ini terserlah dalam kehidupan mereka seharian? Tetapi aqidah mereka hanya sekadar di mulut jika dilihat kepada kehidupan mereka.
Jika kita menilai iman itu dengan tiga komponen hati, lisan dan perbuatan. Kita akan dapati betapa kroniknya masalah Iman umat Islam.
Disamping kita mempertahankan penggunaan kalimah Allah agar tidak dipakai oleh mereka yang tidak berhak, apakah tugas kita memperkasakan aqidah kita umat Islam?
Realiti Islam kita di Malaysia mesti kita akui bahawa usaha untuk memantap aqidah dan member i kefahaman Islam masih amat jauh. Usahkan memperkenalkan islam kepada bukan Islam, sesama islam pun masih buntu hanya sekadar di masjid, surau dan sedikit program agama di media. Dilihat racun lebih banyak dari pernawar.
Lihat pengajian aqidah di Malaysia.. kita masih berdebat pasal tentang kaedah Asy’ ari Maturidi dan kaedah salafi dalam menjelaskan ketuhanan Allah. Lebih parah timbulnya tuduh menuduh dan sesat menyesatkan antara satu sama lain. Kenapa kita tidak berfikir bagaimana hendak mendidik masyarakat kita terutama remaja-remaja apa itu aqidah islam, kenapa kita perlu taat kepada Allah dan rasul dan sebagainya..
Golongan agamawan dilihat masih banyak menumpukan masa untuk mempertahankan siapa yang lebih betul daripada usaha mempermudahkan persoalan aqidah ini agar lebih mudah difahami dan dihayati..
Hasilnya… 11 tahun setiap umat Islam di Malaysia mempelajari agama Islam di sekolah secara formal tetapi hasilnya itulah masyarakat islam sekarang ditimpa pelbagai penyakit sosial.. Ilmu agama termasuk aqidah hanya sekadar hafalan dimulut dan ditulis untuk penarafan gred. Hanya sekadar itu..
No comments:
Post a Comment