“Abang Ahmad tak dapat datang malam ini, Anak dia patah patah tangan ketika bermain ditaman tadi. Maghrib tadi dia telefon. Dia sekarang masih di hospital”
Abang Ahmad yang saya kenal sebagai seorang yang istiqamah dengan aktiviti surau dan juga dalam perjuangan. Beliau telah menerima ujian dari Allah beturut-turut yang jarang dirasakan oleh kita semua.
Bulan Disember lepas ayah beliau telah pulang kerahmatullah. Dua minggu lepas anak lelakinya yang berumur 19 tahun meninggal ketika tidur. Belum pun kesedihan pemergian ahli keluarga masih belum hilang anaknya lelaki seorang lagi patah tangan ketika bermain di taman permainan.
Ini semua adalah ujian Allah kepada hambanya sebagai tanda sayang. Allah ingin mengangkat darjat dan member ganjaran yang lebih besar kepada hambanya yang disayanginya. Ujian ini adalah berbentuk ujian peningkatan yang mana Allah telah mengetahui bahawa seseorang hamba itu berkemampuan lalu diujinya:
لايكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah akan memeberi tanggungjawab (ujian ) kepada hambanya melainkan apa yang sesuai denga n kemampuannya.
إن الله إذا أحب قوما ابتلاهم
Sesungguhnya Allah, apabila ia sayang kepada sesuatu kaum lalu Allah akan menguji mereka
Kita yang tidak pernah diuji dengan ujian yang berat, apatah lagi ujian yang betimpa-timpa ini tidak boleh merasa senang hati kerana beberapa sebab.
Pertama: Mungkin Allah tidak menyayangi kita sehingga kita tidak diberi peluang untuk ujian kenaikan pangkat.
Kedua: Iman kita lemah dan tidak layak menerima ujian. Allah yang maha mengetahui dan maha bijaksana mengetahui bahawa kalau kita ini diuji kemungkinan besar kita akan gagal dalam ujian lalu diturunkan pangkat. Lebih baik tidak diuji.
Jesteru itu kita hendaklah sentiasa berdoa agar sentiasa diberi rahmat dan hidayah oleh Allah agar hidup kita sejahtera di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment