Surah al Haj ayat 46
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
Allah taala memberi peringatan kepada manusia bahawa kehidupan di atas dunia adalah sangat memerlukan kita menghayati seluruh kehidupan ini. Manusia perlu bergaul dengan semua lapisan masyarakat tanpa terhad kepada batas geografi dan bangsa. Berjalanlah dan melanconglah, gunakanlah hati nurani untuk berfikir dan merenung tentang kejadian alam dan dan segala kehidupannya. Gunakanlah pancaindera pendengaran untuk mendengar apa yag sepatutnya tentang kehebatan ciptaan Allah dan hal ehwal kehidupan manusia. Biasanya kita melihat ramai mereka yang celik pandangan matanya tetapi pada masanya yang sama buta mata hatinya. Jiwanya tidak dapat melihat dan memahami hakikat kejadian alam dan kehidupan di atas muka bumi ini.
Objektif utama Allah mencipta manusia adalah untuk dilantik sebagai khalifah yang menguruskan bumi ini dan segala isinya dengan penuh ketataan dan kepatuhan kepada Allah. Mengurus dunia dan manusia seluruhnya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al Quran dan Sunnah rasulnya. Sebagai pengurus dan pentadbir diantara sifat yang perlu ada padanya ialah kemampuan untuk membaca dan meneliti perjalanan kehidupan alam dan ciptaannya yang telah ditetapkan secara fitrah semulajadi.
Hati atau fikiran ini adalah keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia perlu di gunakan sepenuhnya dalam kehidupan. Hati ini kalau digunakan dengan cara yang betul akan dapat melihat dan memahami sesuatu perkara secara yang lebih mendalam menembusi batasan zahir.
Tetapi Allah menyebut bahawa ramai manusia hanya menggunakan pancaindera hanya untuk melihat secara pandangar zahir semata-mata. Sedangkan pada masa yang sama hati mereka buta dan tidak dapat menanggap kebenaran dan hakikat sebenar apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Begitu juga kita sebagai orang yang telah dianugerahkan nikmat iman dan Islam, perlu menghayati panduan Allah ini dalam melaksanakan misi manusia sebagai khalifah. Kita semua telah dipertanggujawabkan oleh Allah untuk membimbing manusia agar mengenali Allah dan taat kepadanya.
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini kita perlu prihatin dan melihat dengan mata hati tentang selok belok kehidupan manusia agar kita berjaya memahami mereka dan seterusnya dapat mendekati mereka. Banyak perkara yang tidak dapat dilihat dan difahami dengan mata kasar seperti jiwa, perasaan, kecenderungan, sikap dan sebagainya. Perkara ini hanya dapat dilihat dan difahami dengan menggunakan mata hati. Begitu juga kita perlu mendengar luahan rasahati mereka dan apa yang berlegar dalam pemikiran mereka. Dengan cara ini kita dapat bercakap dari hati ke hati dan mudah mudahan setiap apa yang kita sampaikan kepada akan mudah didengari dan diterima dengan baik.
Apa yang berlaku kini ramai dikalangan penggiat dakwah masih tidak dapat melihat dengan menggunakan mata hati dalam menjalankan kerja dakwah meraka. Bahkan ramai dilihat banyak menggunakan mata kasar mereka dan pancaindera secara zahir sahaja dalam melakukan interaksi sesama manusia. Justeru itu kita melihat usaha-usaha dakwah mengahadapi banyak masalah dan sukar difahami oleh masyarakat. Bahkan kadangkala usaha-usaha ini dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu masyarakat walaupun pendekatan yang dibawa didakwa sebagai pendekatan islam berdasarkan al Quran dan as Sunnah.
Mungkin ada disana ada perkara yang belum dapat dilihat dengan jelas dan memerlukan mati hati untuk melihatnya. Rasulullah ialah orang yang paling terang mata hatinya dapat melihat jauh ke dalam jiwa manusia. Malah pandangan Rasulullah juga jauh kedepan malmpaui batasan waktu. Itulah mata hati penglihatan tanpa batas. Itulah nikmat Allah kepada kita semua yang diabaikan.
Pandanglah dengan mata hati
Cerita Salasilah
2 months ago
No comments:
Post a Comment