Hari pertama menjenguk kelas 3 A iaitu satu-satunya kelas aliran arab di sekolah saya. Selepas sesi taaruf dan perkenalan santai saya bertanya satu soalan kepada semua pelajar 3 A.
“Siapa yang nak ambil Bahasa Arab tahun ini untuk PMR?”
Pelajar dilihat berpandangan antara satu sama lain. Ada yang memuncungkan mulut kepada kawan-kawannya dan ada juga yang mencuit-cuit bahu rakan sebelah. Nun ditepi kelas ada seorang pelajar lelaki dengan yakin mengangkat tangan.
“Seorang saja? Tak kan seorang ni je. Yang lain tak mahu belajar Bahasa Arab ke?”
Saya menyoal lagi sambil mengelilingi kelas agar agak rapat dengan pelajar-pelajar. Barulah ada dua orang pelajar perempuan mengangkat tangan dengan lemah lembutnya macam terpaksa.
Saya terpaksa mengawal perasaan walaupun hati ini hancur luluh melihat keadaan nasib Bahasa Arab yang amat tidak di alu-alukan. Kalau diikutkan hati mahu saja keluar kelas apatah lagi dilihat pelajar seolah acuh tak acuh dengan perbincangan berkaitan Bahasa Arab. Tetapi watak seorang guru mestilah sentiasa cerita dan yakin walaupun dalam apa saja situasi.
Sebelum mengakhiri kelas saya berkata:
“Setiap orang wajib ambil bahasa arab, mahu atau tidak dia terpaksa terima. Ini keputusan saya. Saya akan bincang dengan pentadbir”
Boleh di katakana hampir kesemua pelajar menunjukkan wajah kelat mereka.
Selepas habis sesi pembelajaran hari itu saya didatangi oleh tiga orang pelajar perempuan. Saya dapat mengecam salah seoang dari mereka yang telah mengangkat tangan untuk belajar bahasa arab tahun ini.
“Ustaz! Boleh kah kalau saya tak mahu ambil bahasa Arab ?”
“Aik! Tadi kamu angkat tangan setuju nak belajar Bahasa Arab, tapi kenapa tak mahu tarik diri pulak?”
“Tadi saya kasihan melihat ustaz, saya nak gembirakan hati ustaz je. Saya tahu ustaz kecewa dengan kami kerana kami tak mahu ambil Bahasa Arab. Nanti Ustaz tak mahu masuk kelas kami lagi”
Terang pelajar itu sambil menundukkan mukanya memandang lantai.
Seorang pelajar lagi mencelah: “Ustaz! Emak saya pesan Jangan ambil Bahasa Arab untuk PMR ni”
“Hah! Kenapa pula?”
“Nanti, kalau gagal bahasa Arab saya akan dikira gagal PMR”Jawab pelajar itu dengan jujur.
Saya menarik nafas sambil mengeluh tapi masih lagi mampu mengukir senyum.
“Tak apa, kamu balik lah dulu, nanti kita jumpa hari khamis ini kat kelas dan kita bincang lagi hal ini. Jangan lupa bilang sama beliau kamu semua ustaz kirim salam”.
Sememangnya Matapelajaran Bahasa Arab adalah sangat ditakuti bagi pelajar tingkatan tiga. Kenapa tidak, setiap tahun akan ada lima atau enam orang akan gagal PMR hanya semata-mata gagal matapelajaran Bahasa Arab walaupun mereka mendapat A tau B untuk matapelajaran lain.
Memang malang nasib Bahasa Arab, Bahasa al Quran, Bahasa Rasulullah dan bahasa Peradaban Islam. Ianya bagai melukut ditepi gantang saja langsung tidak dipandang malah di keji oleh sesetengah pihak.
Kenapa ini semua terjadi dalam masyarakat kita sedangkan kita seuma mengaku beragama Islam dan beriman kepada Allah. Bahasa Arab adalah merupakan Bahasa pengantar al Quran iaitu manual panduan utama bagi orang beriman. Mana mungkin seseorang yang beriman itu boleh memahami panduan dan bimbingan Allah jika ia tidak memahami bahasa Arab.
Di dalam al Quran sendiri menyebut sebanyak 8 kali tentang perihal al-Quran yang diturunkan dalam bahasa arab dan ditegaskan agar orang beriman berfikir dan merenung kenapa ianya diturunkan dalam bahasa arab.
Di antara ayat tersebut ialah dalam surah Yusuf ayat 2:
إِنَّا أَنزلنَاهُ قُرۡآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُم تَعِقلُونَ
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Allah menyebut lagi dalam surah Fussilat ayat 3:
كِتَابٌ فُصِّلَت آيَاتُهُ قُرآنًا عَرَبِيًّا لِّقَومٍ يَعَلمُونَ
Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya
Melihat kepada ayat-ayat ini menunjukkan bahawa jika kita benar-benar sebagai orang beriman yang mengejar keredhaan Allah wajib mempelejari Bahasa Arab demi untuk mempertingkatkan kefahaman Islam seterusnya berjaya mencapai kejayaan yang hakiki diakhirat nanti..
Tetapi realitinya Bahasa Arab masih dipandang negatif di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. DI mana silapnya?
No comments:
Post a Comment