Friday, January 08, 2010

Allah siapa yang lebih baik!

Masyarakat Malaysia sedang berbincang tentang Isu hak penggunaan perkataan ALLAH oleh masyarakat kristian dalam merujuk kepada god atau tuhan. Saya tidak ingin memberi pendapat atau pandangan Cuma ingin berkongsi pengalaman tentang penggunaan perkataan ALLAH sebagai rujukan kepada tuhan.


Seorang gadis kristian pernah mengadakan perbincangan agama dengan saya ketika berada di sabah dahulu.


“Kami diberitahu bahawa Tuhan Islam dan tuhan Kristian adalah tuhan yang sama iaitu Allah, betulkan begitu?


“Jadi… apa masalahnya?”


“Jadi tak perlu kita bermusuhan, kerana Islam dan Kristian mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk berjaya hidup di Akhirat dan masuk syurga Allah”


“Apa yang diberitahu kepada saya bahawa perbezaan antara Islam dan kristian ialah pemilihan agama sahaja sebagai cara hidup”


“Islam dan Kristian menyeru benda yang sama, menganjurkan buat baik, taati ibu bapa, tidak mengganggu hak orang lain, Cuma dari segi ibadat Islam mewajibkan solat 5 waktu dan puasa sebulan dalam setahun. Bagi kami kristian lebih ringan, tak memerlukan puasa dan pergi ke gereja sekali sahaja seminggu”


“Kadang- kadang saya lihat akhlak kami orang kristian lebih baik dari orang Islam, tak mungkin Allah akan menzalimi kami yang telah berbuat baik dan di masukkan ke neraka dan memasukkan orang Islam ke syurga walaupun mereka telah melakukan kejahatan?”


“Bagi saya kita sesiapa saja berhak memilih agama mana yang dia mahu Islam atau kristian sebab tuhan yang disembah adalah sama iaitu ALLAH. Allah itu tuhan yang maha adil dan maha mengetahui dan tak akan menzalimi manusia.”


Itulah antara sebahagian dari persoalan yang ditimbulkan oleh gadis tersebut sepanjang perbincangan kami terhadap perbezaan konsep ketuhanan Allah dan perbezaan antara Islam dan kristian.


No comments: