“Apa nak jadi dengan orang kita ni, memalukan Islam saja, langsung tak hargai masa”
“Ya lah banyak masa terbuang begitu sahaja”
“Itu satu hal, Ini aku bengang sangat ni pasal ketepatan masa. Orang kita ni langsung tak tepati masa”
“Janji macam-macam cakap Isnya Allah lagi tapi bila tiba hari nak janjikan macam-macam hal lagi”
“Kamu ni macam marah betul kenapa?”
“Ya lah macammana aku tak marah aku dah bagi date line berapa kali dah tak siap-siap jugak kerjanya, ingat nak tolong orang Islam tapi kalau begini bagus bagi orang bukan Islam je projek ni. Mereka biasanya siap tepat pada masa”
“Entahlah aku pun kadang-kadang terfikir juga kalau berjanji dengan orang kita, memang tak tepat masa, janji jumpa jam 9, jam 9.30 baru terhegeh-hegeh sampai”
“Haah.. aku dengar cerita geng yang berjuang islam ni pun sama, kalau buat majlis tak pernah tepati masa yang ditetapkan. Bayangkan mesyuarat agong mereka tulis dalam surat jemputan tulis jam 8 pagi. Jam 9 pagi tak mula-mula lagi. Perasmi pun datang lambat. Aku tak taulah kenapa jadi begini. Bagaimana mereka nak mentadbir dan menguruskan negara kalaulah mereka menang pilihanraya nanti”
“Wah! Jauh kamu melalut sampai ke bab politik pulak. Ya lah.. setahu aku Islam amat menitik berat pasal masa ni. Sepatutnya mereka ni menjadi contoh kepada masyarakat”
Allah Taala telah memberi panduan kepada kita dengan lengkap di dalam al Quran, begitu juga nabi kita Muhammad SAW memberi bimbingan tentang kepentingan masa dan pengursannya dalam pengurusan kehidupan seharian. Dalam urusan syariah terdapat ibadat yang telah ditetapkan masanya dan umat Islam diingatkan agar tidak memandang mudah tentangnya apalagi melanggar batasan masa yang telah ditetapkan.
Bimbingan ini dapat dilihat perintah ibadat solat yang telah ditetapkan masanya dengan tepat. Peringatan Allah dalam surah an Nisa ayat 103:
إن الصلاة على المؤمنين كتابا موقوتا
Sesungguhnya solat itu diwajibkan ke atas beriman dalam waktu-waktu tertentu.
Hadis diriwayatkan oleh Ibny Mas'ud :
سألت رسول الله أي الأعمال أحب إلى الله؟ قال : الصلاة على وقتها
“Aku telah bertanya kepada rasulullah apakah amalan yang paling disukai Allah Taala? Baginda menjawab : Solat pada waktunya. (Bukhari, muslim, Tirmizi dan Nasaie)
Ibadah solat ini yang diulang-ulang sebanyak 5 waktu sehari semalam jika ianya ditunaikan diawal waktu sebagaimana yang dituntut akan mendidik jiwa dan membentuk disiplin diri untuk prihatin tentang masa, menepati temujanji tepat pada masanya, melaksanakan kerja mengikut masanya yang telah ditetapkan seterusnya menyelesaikannya dalam keadaan yang paling sempurna dan berkualiti.
Apa yang menjadi kebiasaan kita umat Islam di Malaysia ialah memandang remeh tentang ketetapan masa. Sedangkan inilah dia asas agama Islamdan merupakan fitrah kehidupan di dunia ini. Pelanggaran kepada fitrah ini lah yang menyebabkan kemunduran umat Islam. Islam akan mencapai kemenangan dan menguasai dunia apabila umat Islam terdidik dengan pengurusan masa.
Ayuh! Marilah kita mulakan dengan diri kita. Berusahakah untuk solat di awal waktu. Hafal waktu solat harian agar untuk mendidik diri prihatin dengan perintah Allah. Cubalah tepati masa yang kita janjikan walupun kita tahu orang lain tak akan menepatinya.. Sekurang-kurangnya kita sudah memulakan langkah pertama untuk berubah.
No comments:
Post a Comment