Ini adalah merupakan fitnah yang telah melanda masyarakat Islam kita
Akhir-akhir ini wabak ini telah melanda mereka-mereka yang ada kaitan dengan pendidikan agama Islam yang dikatakan sebagai mereka yang agak terkawal dari kemungkaran ini. Sudah banyak kali berita yang didengar kes-kes buang anak dan zina ini melibatkan mereka yang sedang dan pernah mendapat didikan agama. Bahkan ada sesetengah pihak memandang sinis kepada golongan agama itu sendiri yang tidak berupaya mengawal diri.
Mengapakah ini berlaku? Ini adalah antara persoalan yang boleh kita fikirkar bersama. Ketika kita berjuang untuk menegakkan syariat Islam kita masih gagal untuk melakukan “amar makruf nahi mungkar” dalam masyarakat kita. Mungkin ada yang mengatakan bahawa gejala ini berlaku kerana syariat Islam tidak dikuatkuasakan. Walaupun begitu kita tidak boleh hanya bersikap tunggu dan lihat apa yang berlaku di sekeliling kita.
Sebagai seorang beriman yang mengucap kalimah syahadah, kita semua perlu mengerahkan minda kita bersatu tenaga untuk mengatasi gejala zina ini. Kita tidak boleh hanya membiarkan para ulamak dan ustaz berhempas pulas mengadakan ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah membasmi gejala zina ini. Apa yang kita lihat masyarakat kita masih tidak dapat menerapkan syariat Islam didalam keluarga.
Ketika masih melihat gadis-gadis islam kita tidak diberi pengajaran tentang amalan agama Islam. Kita dapat melihat anak gadis kita berpeleseran di mana-mana sahaja walaupun sehingga jauh malam. Pakaian mereka masih tidak menepati syariat. Bahkan yang betudung pun tidak segan silu untuk bergaul bebas tanpa batasan. Kadang-kadang apa yang menyedihkan kita ialah ibu bapa mereka sebenarnya berpegang teguh kepada agama dan menunaikan solat, bahkan ada juga yang sentiasa menjadi ahli masjid. Tetapi jiwa ini tidak berupaya untuk diterapkan kepada ahli keluarga.
DI sinilah perlunya budaya “amar makruf dan nahi mungkar” Setiap insan muslim mesti memberi sumbangan berkempen agar aga manusia sedar siapa dirinya dan gerun kepada Allah dan berusaha berkempen agar manusia menjauhi perkara mungkar. Setiap insan beriman akan ditanya oleh Allah taala di akhirat nanti, apakah sumbangannya semasa di dunia?.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan untuk membasmi budaya zina ini ialah:
- Menimbulkan rasa bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa memerihati semua gerak laku manusia.
- Melaksanakan hukuman zina yang telah ditetapkan oleh syariat kerana ia boleh menggerunkan hati manusia.
- Memudahkan proses perkahwinan
- Mendidik masyarakat agar menjaga maruah diri dari aspek pakaian dan pergaulan
- Mendidik diri dan masyarakat agar mengawal pandangan mata.
- Menghindarkan budaya pergaulan bebas.
- Menerapkan ajaran Islam kepada setiap lapisan masyarakat dengan cara.
Mungkin anda ada cadangan lain yang lebih berkesan untuk melaksanakan ‘amar makruf nahi mungkar’ ini kerana mungkin cadangan- cadangan di atas lebih bersifat konservatif dan di sana ada lagi penyelesaian yang bersifat lebih moden tetapi tidak lari dari landasan Islam. Ayuh.. ini adalah tanggungjawab kita semua.
Ok. Mari kita semua memulakan kerja kita untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.. Jika semua muslim memainkan peranan mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing insya Allah kita akan di rahmati Allah.
No comments:
Post a Comment