Saturday, November 30, 2024

USTAZ ROTANLAH KAMI!

 Kelas bahasa Arab di SMK Elopura hanya diajar untuk pelajar menengah rendah sahaja iaitu tingkatan 1, 2 dan tiga. Setiap tingkatan hanya satu kelas sahaja yang akan membelajari bahasa Arab. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar pelajar tingkatan 3A. Bilangan pelajar adalah sekitar 27 orang. Saya tidak ingat jumlah yang sebenar.

Sudah menjadi amalan saya selepas melakukan set induksi, langkah pertama yang saya buat ialah mengulangkaji pelajaran lepas sekitar 5 minit. Saya akan bertanyakan soalan terbuka kepada semua pelajar. Siapa yang pertama kali menjawab akan dapat hadiah. Ada ketika saya hanya memberi peneguhan positif saja dengan memberi pujian dan tepuk tangan sahaja. Adakala saya memberi hadiah kecil seperti gula-gula atau sekeping biskut. 


Saya tidak pernah merotan dan memukul pelajar kerana saya percaya bahawa dengan pendidikan secara motivasi akan memberi rangsangan dan semangat kepada pelajar untuk belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh.

Selepas beberapa bulan saya perhatikan hanya pelajar sama sahaja yang menjawab. Ada beberapa orang pelajar tidak pernah mengangkat tangan untuk menjawab. Apabila saya mengemukakan soalan tertutup dengan menyebut namanya pun dia tidak mampu menjawab. Saya hanya sekadar menasihati pelajar ini agar lebih bersungguh belajar dengan memeberi perhatian di dalam kelas dan juga rajin mengulangkaji pelajaran di rumah.

Namun satu hari ketika waktu rehat saya di datangi oleh tiga orang pelajar saya dari kelas 3 A.

“Ustaz! Kamu ada mahu cakap dengan Ustaz bolehkan?”.

“Ya, kenapa? Silakan.”

Saya mengadap mereka bertiga memberi perhatian apa yang  mereka ingin maklumkan pada saya.

“Kami rasa cara ustaz mengajar kami tu tak berkesan lah. Ustaz selalu bagi hadiah dan pujian saja. Orang yang sama lah yanag dapat. Kami ni tak akan dapat lah peluang nak dapat hadiah tu.” Terang Fidah.

Saya baru perasan bahawa mereka bertiga ini antara pelajar yang pasif dalam kelas. Tidak pernah mengangkat tangan untuk menjawab dan jika ditanya pun, tidak boleh menjawab dengan betul. Markah dalam penilaian dan ujian pun memang selalu rendah.

Mereka bertiga ini antara nama dalam senarai saya  tidak dicadangkan untuk mendaftar bahasa Arab untuk peperiksaan PMR nanti. Sistem pada masa itu jika sesiapa yang gagal satu mata pelajaran akan dikira gagal PMR. Pengetua menasihatkan saya agar membuat strategi dengan memilih pelajar yang dijamin lulus untuk mendaftar bahasa Arab.

“Jadi, jika kaedah saya saya salah, apa cara mengajar yang kamu mahu?.

Soal saya kepada mereka bertiga.

“Ustaz kena rotan kami. Kami ni sudah biasa bah dengan rotan. Dari sekolah rendah lagi guru-guru kami guna rotan jak. Kalau di rotan kami akan belajar dan ulangkaji. Kalau tidak kami ni macam ndak ada apa-apa.” Adilah pula menjawab bagi pihak rakannya.

Aik peliknya kamu ni. Biasanya pelajar ndak mahu dirotan. Kamu pula datang minta di rotan. Tak pernah dibuat orang.”

“Kami sanggup dirotan ustaz. Kami bertiga sudah janji untuk menerima hukuman rotan jika kami tak dapat menjawab soalan ustaz. Kami janji ustaz. Nanti ustaz akan tengok perubahan kami”. Jamilah pula bersuara.

Aduh pelik juga mereka ini. Saya menerima cadangan mereka dan berjanji akan mengikut cadangan mereka. Hanya mereka bertiga akan dirotan jika tidak boleh menjawab. Manakala pelajar lain tidak akan dirotan. Mereka tidak boleh irihati sebab ini adalah permintaan mereka sendiri.

Petang itu saya ke bandar Sandakan mencari rotan kecil untuk memenuhi permintaan pelajar pelik saya. Dalam hati saya tertanya-tanya dan kurang yakin bahawa kaedah ini akan berkesan. Oleh kerana ini adalah permintaan mereka  saya akan cuba membuat pemerhatian dan analisan tentang kaedah rotan ini pada mereka bertiga.

** Nama yang digunakan bukanlah nama sebenar.

Friday, November 29, 2024

SUAMI SUDAH TINGGALKAN KAMI SEMUA

 Kisah Cau Siri 3

Ibu Nurasyikin datang lagi ke sekolah seingat saya dalam akhir tahun 2003. Tahun yang sama berlakunya peristiwa perbualan saya tentang isu perlunya pisahkan dia dan suami kerana berlainan agama. Kali ini saya tidak ingat atas urusan apa. Cuma seingat saya ada guru memaklumkan kepada saya bahawa Ibu Nurasyikin datang lagi ke sekolah untuk berurusan dengan guru kelas Nurasyikin.


Sekali lagi saya datang bertemu dengan ibu Nurasyikin ketika dia sedang berurusan dengan guru kelas. Apabila telah selesai urusan, saya mengambil peluang bertanya khabar tentang keadaan keluarganya sekarang.

Beliau tu dah tinggalkan kami semua. Saya dan anak-anak sudah puas memujuk beliau tu agar peluk Islam dan hidup bersama kami. Saya bilang pada dia Islam tidak benarkan hidup bersama suami ister jika berlainan agama. Dia pilih untuk tinggalkan kami”. Ibu Nurasyikin bercerita dengan panjang lebar apabila saya bertanya tentang suaminya.

“Jadi macamana keadaan sekarang? Siapa yang sedia duit belanja?”.

Saya bertanya memandangkan dulu keluarganya bergantung penuh pada suaminya. Ibu Nurasyikin sendiri tidak bekerja.

“Oh. Bila dia tinggalkan kami. Allah buka pintu rezeki kami. Saya dapat kerja di kilang dekat kawasan rumah . Jadi dapatlah saya menampung kehidupan kami sekeluarga. Kami juga dapat bantuaz zakat dari Pusat Zakat Sabah. Alhamdulillah hidupan kami tidak susah. Allah bantu kami”. Jawab Ibu Nurasyikin dengan wajah cerita.

“Bila lagi tu beliau tinggalkan makcik sekeluarga”?

Lama sudah. Seingat saya tak lama dia bersama kami. Dalam 4 atau 5 bulan begitu saja. Setiap minggu saya dan anak-anak pergi ikut kelas agama di Jabatan Agama Islam Beluran.  Saya minta dia ikut. Tak mahu dia. Jadi saya dan anak-anak sajalah yang pergi. Majlis agama bagi saguhati juga bagi siapa yang datang belajar agama. Jadi saya dan anak-anak semua dapat. Hampir setiap minggu jugalah kami pergi”.

Alhamdulillah. Saya mengucap syukur pada Allah yang telah memberi jalan keluar kepada keluarga Nurasyikin. Dulunya dia bergantung penuh pada suaminya dan masih tinggal bersama walaupun bebeza agama. Sehinggakan kami warga guru berselisih pendapat tentang isu tinggal bersama sehinggakan timbul padangan mengatakan bahawa saya membiarkan zina berlaku. Lebih parah lagi saya terdengar suara-suara mengatakan saya menghalalkan zina kerana tidak berusaha memisahkan Ibu Nurasyikin dengan suaminya. 

Ternyata  Jabatan Agama Islam Beluran lebih berpengalaman tahu tentang selok dakwah dan hukum hakam. Mereka tidak bertindak memisahkan pasangan Ibu Nurasyikin. Mereka telah membuat program susulan kepada semua muallaf dengan mengadakan kelas agama setiap hari minggu dengan menyediakan token sebagai saguhati sebagai tarikan untuk mendalami agama.

Apabila kefahaman agama muallaf ini kuat mereka semakin yakin kepada Islam dan berani untuk membuat keputusan sendiri yang lebih baik. Mungkin Ibu Nurasyikin banyak mendesak suaminya untuk belajar Islam menyebabkan dia tinggalkan keluarganya dan dikira bercerai atas dasar berbeza agama. Saya telah mengandaikan bawa isu ini akan selesai dalam tempoh setahun. Tapi ianya selesai lebih cepat lagi.

Ibu Nurasyikin juga telah berusaha untuk berdikari dengan  mencari kerja sebagai punca pendapatan bagi menyara keluarganya. Alhamdulillah, Allah maha kaya dan Allah maha pemurah lagi maha pengasih. Dia telah mengatur segala kehidupan hambanya dengan kebaikan apabila hambanya berdoa bergantung harap padanya.

Alhamdulillah selesai lah isu bersekedudukan dan tidak lagi timbul isu saya menghalalkan zina. Saya juga memaklumkan kepada Ibu Nurasyikin bahawa saya akan masukkan nama Nurasyikin dan adiknya dalam senarai pelajar yang akan mendapat bantuan sebagai kategori muallaf. Kebetulan saya terlibat menguruskan dana zakat sekolah dengan Pusat Zakat Sabah.

Semoga Allah permudahkan kehidupan Nurasyikin sekeluarga dan mereka berjaya mendapat redha Allah dunia dan akhirat.

Thursday, November 28, 2024

DOSA KUFUR LEBIH BESAR DARI DOSA ZINA

 Kisah Cau siri 2

Cau Yuk Sen atau Nurasyikin telah bercerita tentang keluarganya yang telah memeluk Islam melainkan ayahnya seorang yang tinggal. Saya gembira dan tidak melihat ada apa-apa isu disebaliknya.

Namun dua hari selepas itu, ada sorang guru memberi tahu saya yang Ibu Nurasyikin datang ke sekolah untuk membayar yuran anak-anaknya. Cuma ada dia memberitahu ada sesuatu menjadi persoalan kepadanya. Ibu Nurasyikin dan ayahnya yang masih beramama Budha masih tinggal bersama sebagai satu keluarga dan hidup sebagai suami isteri. Apa yang dia tahu bahawa apabila salah sorang pasangan suami isteri memeluk Islam mereka wajib dipisahkan (Faraq) dan perkahwinan mereka di kira batal.


Dia ada di sana ustaz! Sedang membayar yuran dengan cikgu kelas 5D”.

Sambil guru tadi menunjukkan kearah hujung bilik guru sebelah perempuan. Saya bangun dan pergi berjumpa dengan ibu Nurasyikin. Setelah selesai dia membayar yuran saya mengambil kerusi dan duduk di hadapannya memulakan perbualan.

Oh, ini ibu Nurasyikin ya. Sebelum ini dia banyak bercerita tentang puan. Hari ini baru saya berkesempatan jumpa. Saya nak ucapkan tahniah pada puan sekeluarga kerana memilih Islam. Insya Allah ini adalah pilihan tepat untuk masa depan puan sekeluarga.”

“Iya ustaz. Nurasyikin berjaya yakinkan saya untuk berubah. Tapi beliaunya tak mahu menerima. Tapi dia tidak marah. Dia setuju saja.  Semua anak-anak ikut saya”. Terangnya sambil tersenyum.

“Anak -anak puan yang di sekolah rendah sudah diuruskan kah untuk mereka belajar Pendidikan Islam?”.

Oh kena tukar kah?. Belum lagi tu. Saya belum buat apa-apa lagi”.  

Saya telah menerangkan keadaan yang sebenar. Dia berjanji akan ke sekolah anaknya untuk memaklumkan bahawa anak-anaknya sudah memeluk Islam dan ingin bertukar untuk belajar Pendidikan Islam dari kelas Kelas Pendidikan Moral.

Jadi beliaunya tu belum masuk Islam, kalau ikutkan hukum Islam kira tidak boleh tu. Dia mesti mesti masuk Islam. Kalau tidak dikira dosa besar tu”.

“Iya.. Saya ni tak bekerja. Beliaunya yang tanggung semua belanja. Kalau kena pisah, saya tak sanggup. Siapa mahu bayar sewa rumah, belanja dapur dan anak sekolah. Saya balik agama asal lah kalau begitu”. Jelas Ibu Nurasyikin dengan wajah terkejut.

“Kalau begitu tak apa lah. Nak buat macamana. Nanti pujuk lah beliau tu. Mungkin hidayah Allah belum sampai. Insya Allah satu hari nanti dia akan masuk Islam.” Puan dan Nurasyikin perlu selalu pujuk dia lah”.  Saya kemudiannya memberi pelbagai nasihat dan tips penting berguna sebagai seroang yang baru memeluk Islam. Selepas lama berbual saya meminta izin dan bangun kembali kemeja saya untuk menyiapkan kerja yang belum selesai.

Guru tadi datang kembali kepada saya dan bertanya tentang kewajipan memisahkan suami isteri apabila salah seorang memeluk Islam.

“Jadi Ustaz! Bukankah dia kira berzina tu nanti sebab tidak dipisahkan? Saya ada dengar orang bilang, kalau kita tidak pisahkan, kita dikira macam menghalalkan mereka berzina.” Guru bertanya saya untuk mendapat kepastian.

Saya hanya menjawab :

“Saya tidak pernah halalkan dosa zina”.

“Dosa kufur, dosa murtad lagi besar dari dosa zina. Dosa kufur tidak boleh taubat. Dosa zina masih boleh taubat. Kalau dia tak taubat pun hanya masuk neraka dulu sekejap dan akhirnya masuk syurga juga. Kalau dosa kufur masuk terus..ndak keluar lagi”.

“Lagi pun, kalau kita pisahkan.  Nanti dia murtad balik dan anak-anak dia pun ikut sekali. Bukan sorang tu. Sekarang anak-anaknya semua dah masuk kelas pendidikan Islam. Tak kan nak keluar balik masuk kelas moral”.

“Majlis agama pun tak cakap apa-apa tentang ini. Mereka lagi tahu tentang isu wajib pisahkan pasangan suami isteri yang islam salah sorang ni. Saya rasa mereka berpandangan macam saya.” Saya memberi penjelasan dengan panjang lebar.

Apabila melihat situasi itu saya teringat tentang pandangan Dr Yusul al Qardhawi tentang Fekah keutamaan dan juga fekah imbangan (Fiqh al Mizan) dalam melihat kesesuaian hukum fikah. Dalam hal ini dosa kufur itu lebih besar dari dosa zina.  Saya terbaca artikel tentang pandangan Dr Yusuf al Qardhawi tentang banyak kes yang berlaku di Jerman. Ramai  warga emas yang memeluk islam salah satu pihak dan mereka tidak mahu berpisah. Ramai yang memeluk Islam dengan fatawa ini. Rahimallah Dr Yusuf yang telah memberi jalan keluar dalam menentukan hukum.

Semoga keputusan saya ini tepat dan saya mohon Allah ampunkan dosa saya atas dosa dan khilaf yang lakukan.

Wednesday, November 27, 2024

"NAMA SAYA BUKAN LAGI CAU YUK SEN!"

 Satu hari diminggu akhir persekolahan tahun 2002 di SMK Elopura.

Ustaz, ada pelajar mau jumpa ustaz!’

“siapa?”

“Cau Yuk Sen, pelajar 4 D..” seorang pelajar memberitahu saya.

“OK.. minta dia jumpa saya di bilik Media waktu rehat nanti”



 

Sejurus loceng menandakan bermulanya waktu rehat saya bergegas ke bilik media menuggu Cau Yuk sen yang saya tidak kenali ini. Apa gerangan hajatnya mahu berjumpa saya, sedangkan saya tak mengajar di kelasnya. 

Assalamualaikum!”

Saya mendengar salam dari luar bilik dan kelihatan dua orang pelajar dengan senyum simpulnya. Seorang daripadanya bertudung. Barangkali yang tak bertudung itulah Cau Yuk Sen. Saya mempersilakan mereka berdua duduk. 

“Apa yang boleh saya tolong?”

“Kawan saya ada hajat dengan ustaz. Cau, kaulah yang bagi ustaz bah, jangan lah kau malu sama ustaz.” Jawab kawannya yang muslim sambil menyiku bahu Cau yang masih malu-malu.

“Begini ustaz.” Cau memulakan bicara dan kali ini dia dah mula serius.. 

“Saya ingin masuk Islam ustaz, bagaimana caranya ustaz?”

“Alhamdulillah.. Allah sayangkan kamu.. dan Dia telah beri hidayah kepada kamu. Orang lain susah nak dapat hidayah ini.”

Cau Yuk Sen ialah merupakan seorang pelajar kacukan dari bangsa Cina sebelah bapa dan bangsa Sungai dari sebelah ibu. Warna kulitnya yang sawo matang tidak menggambarkan bahawa dia dari bangsa Cina. Dia sudah lama meminati Islam semenjak dari sekolah rendah lagi. Lebih-lebih lagi selepas abang sulungnya telah memeluk Islam beberapa tahun yang lepas. 

Umurnya yang masih dikategorikan bawah umur menyebabkan saya lebih berhati-hati untuk terus segera mengislamkannya berdasarkan pengalaman setahun sebelum itu. Tahun lepas ada Ibubapa mahu menyaman saya di mahkamah kerana telah mengislamkan anaknya yang dibawah umur tanpa kebenaran. Kerumitan itu telah berjaya di selesaikan dengan baik setelah mengadakan perbincangan selama 4 jam dan hasilnya ibunya berlapang dada dan boleh menerimanya kembali, walaupun berlainan agama.

“Ibu dan ayah kamu tahu ke kamu nak masuk Islam ?” Saya bertanya meminta kepastian.

“Ayah tak kesah. Masa abang masuk Islam dulu pun dia tak bising. Saya dah Tanya ibu malam tadi, dia kata ikut suka sayalah, dia tak membantah.” Terang Cau pada saya.

Setelah berbincangan dengan panjang lebar tentang keluarganya terutama tentang pandangan mereka tentang agama Islam, Cau memberitahu bahawa ibunya pun dilihat berminat dengan Islam. 

“Adik-beradik kami bagaimana? Dia lebih rapat dengan ayah atau ibu?” 

“Kami semua rapat dengan Ibu dan banyak ikut cakap ibu dari cakap ayah”.

“Kalau ibu kamu masuk Islam, adik beradik kamu akan ikut ke?

“Mungkin ikut, sebab kami nak pergi kemana lagi sebab masih kecil.”

“Kalau begitu kamu balik bincang dengan ibu kamu dulu, panggil abang kamu yang Islam tu sama-sama pujuk ibu kamu agar masuk Islam , Insya allah bertambah rahmat dan keberkatan. Nanti sama-sama masuk syurga”. 

“Ya ustaz, nanti saya bincang dengan ibu saya malam ni, mudahan dia setuju” 

“Amin, saya akan doakan agar dia dapat hidayah dan petunjuk dari Allah, nanti kalau dia dah bersetuju bagitahu saya ya.” 

Dua hari selepas itu persekolahan berakhir dan saya tak melihat kelibat Cau Yuk Sen. Ah, mungkin belum selesai lagi perbincangan dengan ibunya kot. Saya memujuk hati saya.

Hari pertama persekolah 2003 saya disapa oleh seorang pelajar.

“Assalamualaikum ustaz!”

“Walaikumussalam! Hah kamu Cau! Apa cerita sekarang?”

“Saya bukan lagi Cau Yuk Sen ustaz, nama saya Nurasyikin. Saya dah masuk Islam, begitu juga ibu saya dan juga adik-adik”

“Allahuakbar! Alhamdulillah, kamu sekeluarga sudah masuk Islam. Allah amat mengasihi kamu sekeluarga.”

“Hanya beliau (ayah) saya yang tidak mahu peluk islam dia masih berpegang dengan Buddha. Tapi nasib baik ibu bertegas. Kami sudah buat semua urusan masuk Islam di pejabat agama Islam di Beluran”.

Itulah berita gembira yang membuka tirai tahun 2003 yang tak akan saya lupakan. Itulah hakikat sebenar agama Islam ini. Amat indah jika ia difahami dan dihayati. Ramai pelajar secara diam-diam meminati agama Islam kerana keindahan dan kemurniannya Cuma masih belum ada kekuatan jiwa untuk berdepan dengan cabaran yang mendatang jika mereka mengubah agama mereka.

Ya Allah berikan kekuatan kepada hambamu ini untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini..

       

 

Tuesday, November 26, 2024

“SAYA TAK PANDAI SOLAT, TERIMA KASIH PAKSA SAYA”




Pada satu hari  ada seorang pelajar berjumpa saya di bilik guru. Dia tanya saya adakah saya boleh datang ke rumahnya untuk buat tahlil arwah. Ayahnya minta dia carikan siapa yang boleh membimbing tahlil untuk arwah orang tuanya. Sudah lama mereka tidak buat tahlil. Menjadi adat di Sabah atau Sandakan khususnya untuk membuat tahlil bulan Syaban sebelum menjelang Ramadhan.


Mereka merancang untuk membuat tahlil pada petang Sabtu dirumahnya yang terletak lebih kurang 5km dari jalan besar Sibugal. Saya menerima pelawaan tersebut dan pelajar itu akan menunggu saya di simpang jalan besar jam 5 petang. Memang menjadi adat disini tahlil pada waktu petang.


Pada hari sabtu tersebut saya hadir ke rumah pelajar tersebut sebagaimana yang dijanjikan. Rumahnya agak jauh juga tapi jalan besar. Separuh jalan aspal dan separuh lagi jalan gravel (jalan batu kerikil). Rumahnya agak besar juga.  Saya lihat sudah ramai orang berkumpul menunggu saya lelaki dan perempuan.


Saya dipersilakan naik kerumah dan dihidangkan dengan air teh dan kueh muih. Kami bersembang macam-macam perkara agak lama juga. Bila saya bertanyakan bila nak mula tahlil, ayah pelajar tersebut meminta saya agar menunggu dulu. Ada beberapa jemputan belum lagi sampai.

 

Selepas lama menunggu dan hari sudah semakin gelap. Jam saya menunjukkan 5 minit lagi waktu maghrib akan masuk. Ayah pelajar tadi membawa tasbih kepada saya untuk memulakan tahlil.


“Ustaz! Sudah boleh mula tahlil. Persilakan”. 

Saya terkejut. Sebelum ini hanya mendengar cerita sahaja bahawa  budaya di Sandakan ini akan mula tahlil bila azan solat Maghrib atau Isyak. Azan itu petanda untuk mula tahlil bagi  tempat tempat tertentu. Hari ini saya alaminya sendiri.


“Kita solat Maghrib dulu lah. Sekarang sudah masuk Maghrib. Lepas solat kita terus tahlilan.” Saya mencadangkan.


Mereka bersetuju dengan cadangan saya. Ayah pelajar tadi mengambil satu sejadah di hamparkan di penjuru rumah.

“Silakan ustaz Solat. Kami tunggu”.


Saya terkejut apabila mereka hanya minta saya saja yang solat dan mereka akan menugguh saya habis solat untuk memulakan tahlil.


“Semua yang ada ni solat sama-samalah. Saya jadi imam. Semua pergi ambil wudhuk. Saya tunggu.”


 Saya mengumumkan kepada semua yang ada dalam rumah tersebut. Ada yang memberi alasan tidak cukup sejadah untuk solat berjemaah. Saya menjelaskan sejadah bukan syarat solat. Memadailah solat  di atas tikar biasa. Bahkan solat di atas lantai kosong tanpa berlapik pun solat adalah sah. Apa yang wajib ialah tempat solat mestilah bersih.


Saya melihat ada sorang lelaki pertengahan umur sekitar 50an tidak bergerak. Dia memakai baju melayu sepasang tanpa bersampin masih lagi sedang merokok  berhampiran pintu rumah. Saya menyapanya.


“Bang jom solat sama-sama.”


Dia dia tidak menjawab. Hanya melihat wajah saya. Saya mengajaknya sekali lagi untuk solat. Dia tetap diam. Selepas kali ketiga saya menjemputnya, dia bangun mendekati saya dan berbisik:


“Aku tak pandai solat. Aku tak pernah solat”. Belum belajar lagi”.


Aku terkejut mendengar bisikannya. Kali pertama aku mendengar orang jujur mengaku tidak solat. Aku memujuknya lagi.


“Bang! Solat ni senang saja. Ikut ja pergerakan saya bila sembahyang nanti.”

“Oh. Begitu kah. Saya nak solatlah.”


Dia terus mengikut saya dari belakang dan berdiri betul-betul dibelakang saya. Saya tak bertanya pun padanya dia sudah ambil wudhuk atau tidak. Biarkan. Saya mengimamkan solat Maghrib petang itu untuk semua yang di rumah itu. Saya perasan ada juga yang solat di atas lantai kerana tidak ada tikar atau lapik yang cukup.


Selesai saja memberi salam dan belum saya membaca wirid lepas solat. Lelaki tadi yang solat tanpa wudhuk dan hanya mengikut gerakan saya saja datang kesebelah saya mahu bersalam sambil dia berkata:

“Terima kasih ustaz ajak saya solat. Saya tak pernah solaat. Hari ni saya baru saya solat. Rupanya mudah ja solat. Ikut gerakan orang kat depan saja ya.”. tuturnya dengan wajah teruja.


Saya mengisyaratkan kepadanya agar duduk di sebelah saya untuk saya habiskan wirid dan doa dahulu. Selepas doa saya teruskan dengan tahlil arwah. Selepas selesai tahlil arwah barulah saya melayannya berbual panjang. Dia menceritakan tentang kehidupan dia yang gelap penuh kejahilan. Islam hanya pada nama.


Dia berjanji untuk belajar solat dan ingin menjadi orang Islam yang taat yang layak masuk ke syurga Allah. Saya mepelawanya singgah kesekolah saya untuk saya hadiahkan buku panduan solat kerana dia boleh membaca. Tetapi dia tidak pernah muncul, namun saya kirimkan kepada pelajar tadi buku tersebut dan meminta dia mengajar pakciknya itu solat dengan sebaiknya.


Masih ramai lagi masyarakat di Sabah yang memerlukan bimbingan. Ustaz dan guru agama dari semanjung lah yang banyak berperanan mendidik pelajar di sana erti kehidupan sebagai seorang muslim.

       

 

Monday, November 25, 2024

“SEMUA FAMILI SAYA SUDAH MASUK ISLAM”

 Selepas beberapa tahun  berlalu , bila saya mengimbau kembali kenangan manis saya ketika bertugas di Sabah, saya teringat kembali  kisah Salmah. Saya bertanya khabar beberapa orang bekas murid saya di SMKE tentang Salmah. Mereka tidak ada maklumat tentangnya semenjak dia selesai belajar di Universiti. Saya telah membuat carian di facebook   untuk mendapatkan maklumat tentang Salmah. Alhamdulillah jumpa.


Saya melihat foto-foto dia bersama keluargannya  menyejukkan hati saya.  Dia sekeluarga beriltizam dengan Islam  . Saya menghantar mesej melalui mesengger bertanya khabar  tentang diri dan keluarganya.

Alhamdulillah ,    dalam hari yang sama mendapat balasan mesejnya. Saya bertanya khabar tentang ibunya. Namun jawapannya amat mengejutkan saya.

“Sihat alhamdulillah ustaz.. Semua family sy dah masuk islam”.

Itu lah mesej yang tertera dalam mesengger saya membuatkan saya terkesima seketika. Saya hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah memanjatkan rasa syukur pada Allah.

Kakaknya yang tingkatan  6  dulu  juga sudah  kembali kepada fitrah  sudah lama dulu, namun  semakin berubah semakin kuat pegangannya pada Islam.

“kakak sy dah start pakai tudung dlm tahun ni juga... Kakak sy ada d Sandakan juga.. Kerja hotel”.

Saya juga bertanya tentang adiknya yang selalu mengikut  pendakwah kristian ketika dulu.

“Adik lelaki sy masuk islam dah lama ustaz... Dah 8 tahun rasanya”.

“Adik bungsu sy yg terakhir masuk islam...”

Panjang lebar Salmah bercerita tentang keluarganya.  Apa yang  paling menyentuh hati saya ialah  tanpa ditanya  Salmah memberitahu saya.

“Org tua sy masuk islam sbb sy x tinggalkn mereka wpun kami dah berlainan agama..”

Allah… Saya terkesima seketika membaca apa yang Salmah tulis. Salmah betul-betul memegang kemas pesan saya   saat pertemuan genting yang panjang  itu.   Pesan inilah menjadi  titik utama perubahan dalam keluarga Salamah.

Hidayah Allah terpancar sinarnya dari    amalan agama yang  tepat   dan ikhlas.  Ihsan Salmah kepada Ibubapanya telah  memberi sinar hidayah bukan sahaja kepada ibubapanya, malah kepada seluruh ahli keluarganya.

Besar sungguh pahalamu Salmah. Saya terasa iri dengan Salmah. Iman dan taqwanya telah terbukti diterima Allah.  Salmah akan dapat pahala dan ganjaran besar di sisi Allah sebagaimana yang dijelaskan oleh baginda Rasul:

 فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ

Demi Allah, apabila Allah memberi petunjuk  kepada seseorang  melaluimu, itu lebih baik bagimu daripada memiliki unta merah (harta yang sangat berharga).’

Selain itu, terdapat juga riwayat daripada Abu Mas‘ud al-Ansari R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”

Begitu juga riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).”

 

Ya Allah! Permudahkanlah urusan Salmah sekeluarga dan berkatilah hidup mereka dunia dan akhirat. Berikanlah kepada ku peluang untuk menyampaikan dakwah ini kepada  semua manusia. Permudahkan segala urusankan ku .

Begitulah indahnya kenangan ketika bertugas di Sabah. Bumi dakwah bumi penuh barak

Sunday, November 24, 2024

SIAPA YANG NAK AJAR SAYA ISLAM?

 Hari kedua selepas  Salmah mengucap syahadah dengan saya,  dia  datang lagi berjumpa dengan saya di bilik guru.

Ustaz! Saya mahu belajar Islam . Siapa yang nak ajar saya.  Saya nak belajar solat dan juga baca al Quran”.    Salmah membuat permintaan dengan saya.

Selepas dia menguncap dua kalimah syahadah saya hanya mengajarnya untuk mandi wajib untuk membersihkan diri tanda kembali keagama fitrah. Untuk solat , saya  minta dia hanya solat sebagai makmum kepada kawannya. Dia hanya perlu mengikut pergerakan saja sebagai permulaan.



Saya telah memberi buku  fardhu  ain dan  juga  buku Iqra sebagai hadiah kepada Salmah.   Saya telah bertanya kepada rakan peneman  Salmah  , siapakah di kalangan rakannya yang  cekap tentang  Fardhu ain dan juga lancar membaca al Quran. Dia menyebut beberapa nama rakannya yang boleh membantu.

Saya meminta rakannya untuk mengajar Salmah menghafal surah  al Fatihah sebagai bacaan rukun solat dan juga  tahiyyat. Bagi tahiyyat untuk permulaannya  perlu hafal selawat  nabi dahulu. Saya   mencadangkan kepada rakan Salmah  untuk menjadi imam solat di bilik  asrama.   Saya meminta dia membaca semua bacaan solat dengan  suara yang kuat   tapi perlahan  agar mudah  untuk diikut oleh Salmah.  

Buku  fardhu Ain itu,  saya tugaskan kepada rakan penemannya  untuk membimbing Salmah. Nanti setiap hujung minggu Salmah akan  berjumpa saya untuk menguji kemahiran PAFA   beliau. Bagi Iqra, saya telah minta seorang rakan Salmah yang lain untuk mengajarnya setiap  pagi selepas subuh dan juga selepas maghrib bermula dengan iqra satu.

Saya tidak memindahkan lagi  kelas  Salmah dari kelas Pendidikan Moral ke kelas Pendidikan Islam.   Ini   kerana Salmah belum memeluk Islam secara rasmi dan   memerlukan persetujuan ibu bapanya.   Selepas heboh Salmah mula bertudung dan saya juga mendapat maklumat bahawa salmah   tidak keluar  ke Kelas Pendidikan Mural kerana ini kekal di kelas  untuk belajar Pendidikan Islam.

Namun selepas peristiwa kedatangan Ibu  Salmah  kesekolah untuk menyaman saya dan berakhir dengan  baik.  Saya berpandangan bahawa Ibu Salmah tiada halangan untuk Salmah belajar di kelas Pendidikan Islam.  Jadi saya dan rakan-rakan guru  membiarkan  Salmah kekal  di kelas Pendidikan Islam.    

Sehinggalah saya  bertanya kepada Salmah tentang       penerimaan ibunya  terhadap pengislamannya.
“Alhamdulillah , Ibu dan bapa saya sudah ok, dia sudah boleh menerima anaknya telah memeluk Islam”.   Salmah memberitahu saya dengan    wajah gembira.

Jadi secara rasminya Salmah didaftarkan ke   Kelas Pendidikan Islam . Kami teruskan proses yang sepatutnya.

Saya amat kagum dengan semangat  dan kesungguhan Salmah. Saya berdoa agar Allah permudahkan segala urusan Salmah dalam kehidupan dan dia menjadi hamba Allah yang soleh seterusnya berjaya dunia dan akhirat.


Saturday, November 23, 2024

“SAYA NAK SELAMATKAN KELUARGA SAYA”

 Pada  suatu hari Salmah datang  berjumpa saya  di bilik guru.

“Ada  apa Salmah?”  Saya bertanya kepadanya selepas bertanya khabar tentang dirinya dan keluarganya.

“Saya nak bercerita sesuatu pada Ustaz, boleh kah?”. Tanya Salmah mahu dapatkan kepastian.

“Apa tak bolehnya, teruskan”.  Saya mengambil kerusi   dan mempersilakan dia duduk. Hari ni dia datang berseorangan.

“Begini bah ustaz!.  Sebagaimana  saya cerita sebelum ini, keluarga  saya ni     dulu asalnya islam tapi sudah  tinggalkan agama selepas di dakyah oleh  gerakan kristian. Tapi   ibu dan bapa saya tidak ke  gereja dan tidak  pun ikut  agama kristian. Kami ni dikira tiada agama.” Salmah memulakan ceritanya.

“Jadi kalau hari minggu kumpulan  pendakwah kristian akan datang ke rumah kami.  Hari Sabtu mereka datang bawa SEMBAKO  ke rumah kami. Hari Ahad mereka datang lagi mempelawa kami ke gereja.   Ayah dan ibu saya menolak. Mereka pun tak suka agama kristian. Tapi dia tak halang kalau anak-anaknya pergi.” 

Salmah bercerita dengan panjang lebar.  SEMBAKO  adalah singkatan yang di gunakan untuk  barang keperluan asas harian seperti beras, gandum, gula, minyak masak dan lain-lain.   Ia adalah istilah bahasa Indonesia yang diguna  pakai oleh masyarakat tempatan. Ringkasan dari   ungkapan Sembilan  Barang Pokok.

“Adik saya selalu ikut mereka ustaz. Tapi  aku ni, beliau aku larang sebab sudah Islam”.

“Saya risau lah Ustaz.  Apa yang saya perlu buat? Bagaimana saya nak selamatkan keluarga saya?”. Tanya Salmah dengan nada yang sedih.

Salmah yang  masih baru dalam agama Islam  amat cinta agama dan  sudah terfikir untuk  mempertahankan ,    menjaga dan menyebarkan agama Islam. Kita yang  sudah lama  Islam ini pun kadang-kadang tidak  terfikir tentang ini.

“Oh, boleh kah kalau saya datang ziarah keluarga Salmah dan juga masyarakat kampung. Saya nak buat macam gerakan kristian tu juga lah.” Ujar saya  memberi cadangan.

“Tapi Ustaz!. Kampung kami jauh  ke dalam, rosak kereta ustaz nanti, Saya rasa tak sesuai kereta masuk kampung kami.   Orang kampung guna pacuan empat roda atau van sewa ja ustaz”.  Terang Salmah lagi.

Saya rasa tercabar sebenarnya dengan keadaan  di   Sabah. Gerakan dakwah kristian amat aktif di kawasan pedalaman. Mereka giat berdakwah kepada masyarakat kampung.  Apa yang saya tahu, mereka mensasarkan masyarat yang tidak ada pegangan agama.  Jika sudah muslim mereka tidak ganggu. Di Sabah masih ramai  yang digelar sebagai PAGAN kerana tidak ada  apa-apa pegaganan  agama. Keluarga Salmah  termasuk dalam kategori ini. Namun adik beradik Salmah sendiri  ada yang sudah memilih agama kristian sebagai pegangan.

Saya  menasihati Salmah  agar meneruskan buat baik kepada Ibu bapanya. Dia perlu menjadi contoh Muslim yang baik  kepada keluarganya dari pelbagai aspek seperti tanggungjawab, akhlak, ibadah dan lain.  Agar satu hari nanti Ibu bapanya dan juga ahli keluarganya akan mendapat hidayah Islam.

Saya juga berjanji untuk mencari jalan membatu dakwah Islam  di kampung tersebut. Saya tidak memiliki kenderaan pacuan empat roda untuk masuk ke sana. Saya merancang untuk membeli Hilux tapi tak kesampaian. Saya juga telah membuat perbincangan dengan majlis agama sandakan tentang ini . Namun tidak ada jalan keluar yang tuntas kerana   beberapa masalah teknikal dan logistik.

Rasa berdosa memang selalu melintas di hati ini kerana tidak mampu menyaingi apa yang telah dilakukan oleh pendakwah kristian. Gerakan mereka amat tersusun dan mempunyai dana yang banyak. 

Saya sebagai  guru hanya mampu melaksanakan  tugas menyampaikan dakwah Islam dalam ruang lingkup sedia ada. Peluang yang telah diberikan memberi peringatan sekadar lima minit setiap pagi Isnin nampak memberi impak kepada guru dan juga pelajar.  Hanya itu saja saya mampu lakukan. Semoga Allah ampunkan dosa saya.


Friday, November 22, 2024

AKU SUDAH BELI PERIUK DAN KUALI BARU UNTUK SALMAH

Sudah menjadi lumrah hari pertama persekolahan awal tahun dijadikan hari membayar yuran pelajar. Ibu bapa dan penjaga akan hadir kesekolah untuk melunaskan yuran persekolahan anak-anak mereka dan mengambil peluang berjumpa dengan guru-guru dan pentadbir untuk menguruskan anak mereka.

Aku menjadi guru kelas paling hujung tingkatan 4. Kalau tak silap aku 4F, kelas Uncit bilang orang Sabah. Ramai pelajar di kelas ini yang masih  tidak boleh menulis dengan baik. Namun saya seronok dan tiada masalah dengan pelajar ini kerana gelagat mereka yang menghiburkan hati.


Setelah menjalankan tugas mengutip yuran pelajar dan sekadar menunggu beberapa orang ibu bapa yang lewat hadir. Saya berpesan kepada pelajar agar emaklumkan  kepada ibu bapa atau sesiapa yang ingin membayar yuran agar datang ke bilik guru.

Ketika Saya masuk ke bilik guru, seorang guru memberitahu aku ada seseorang mencari saya ketika saya masih dikelas. Dia bilang akan datang lagi cari saya bila saya tiada di bilik guru. Baru saja saya duduk dikerusi, tiba tiba terdengar suara orang mencari saya.

“Mana Ustaz Abdullah, Aku mahu jumpa dia”.

Saya terlihat seorang ibu berjalan ke arah saya. Rupanya Ibu Salmah yang mencari saya tadi. Dia mengulurkan tangan untuk bersalam. Saya terpaksa menghulurkan salam bersalaman dengannya walaupun saya sebenarnya tidak mengamalkan salam dengan perempuan. Oleh kerana dia telah menghulurkan tangan lebih awal aku terpaksa menyambutnya agar tidak menimbulkan rasa janggal dan tidak merosakkan menjatukan air muka ibu Salmah.

Dia masih  belum Islam, dia  tidak tahu tentang adab bersalaman berlainan jantina. Saya menggunakan kaedah yang diajar oleh guru saya ketika di Jordan dulu berkaitan dengan isu bersalaman ini.

“Makcik apa khabar? Sihat kah?”.  Saya menyapa memulakan perbualan sambil mengulurkan kerusi mempersilakan dia duduk. Salmah yang menemani ibunya hanya berdiri di sebelahnya.

“Sihat, Ustaz macamana?”. Dia  menjawab mesra. Amat berbeza dari pertemuan kali pertama dulu. Sekarang  wajahnya ceria gembira.  Aku bertanya tentang keadaan kesihatan ayah  Salmah yang dulunya kurang sihat. Aku juga bertanya keadaan Salmah di rumah.

“Itulah  sebab saya mahu dapat jumpa ustaz.  Salmah semakin bagus dengan saya. Lepas dia peluk Islam  dia amat baik. Selalu bantu saya buat kerja di rumah. Ringan tulang. Tak  perlu disuruh. Kadang-kadang aku yang minta dia berehat.” Cerita Ibu Salmah panjang dengan panjang lebar.

Aku melihat Salmah yang berada di sebelah ibunya tersenyum. Seronok mendengar pujian ibunya.

“Dialah anak yang paling baik dirumah. Aku dan beliau sangat senang dengan dia”.

Aku  belikan dia telekung solat  dan aku sediakan tempat khas untuk dia solat agar Salmah solat dengan selesa”.

Aku juga telah beli  periuk dan kuali baru khas untuk memasak makanan Salmah”.

Allah, sampai begitu sekali layanan Ibu Salmah. Aku sebenarnya sudah terangkan kepada Salmah tentang  penyediaan makanan. Oleh kerana keluarganya tidak makan   babi dan juga tidak minum arak,  tidak perlulah  diasingkan peralatan memasak. Cukuplah sekadar memastikan   makanan yang dimasak  itu halal dan bersih.

“Aku nak ucapkan terima kasih pada ustaz kerana ajar dan bimbing Salmah ni.  Kami amat senang hati dengan dia”. Sambung ibu Salmah lagi.

Makcik! Itulah sebenarnya ajaran Islam. Berbuat baik kepada ibu bapa  adalah satu kewajiban. Islam lah mengajar Salmah buat begitu. Bukan saya. Kalau lah semua orang Islam mengamalkan Islam  hidup kita bahagia. Dunia ni akan aman.”  Ujarku   sambil tersenyum  gembira dengan  keadaan tersebut.

Sesunggunya Islam itu adalah agama yang indah.  Cuma penganutnya saja yang masih belum mampu menyerlahkan keindahan Islam itu.  Agama Islam membawa rahmat kepada manusia. Itu sudah pasti. Nabi  Muhammad  telah diutuskan membawa agama islam yang memberi rahmat kepada semua manusia dan seluruh kehidupan. Allah menyebut tentang in dalam surah al Anbia ayat 107.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan Kami tidak mengutusmu, melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam.

Tugas kita sebagai muslim  wajib berusaha untuk mengamalkan apa saja perintah Allah dan rasulnya . Insya Allah islam akan terserlah indah.

Sebelum pulang, Ibu Salmah mengulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman. Saya mengulurkan duit RM50  untuk dia berbelanja di bandar Sandakan sebelum pulang ke kampungnya di Jaya Bakti.

Aku hanya mampu mengucapkan alhamdulillah    bersyukur pada Allah dengan apa yang berlaku. Dialah yang  maha berkuasa mengaturkan segalanya. Dialah yang mampu memberi hidayah dan mengubah hati manusia.

Semoga satu hari nanti ibu Salmah dan keluarganya juga mendapat hidayah untuk kembali kepada agama fitrah.


Thursday, November 21, 2024

BUAT BAIKLAH PADA IBUBAPA WALAUPUN BERLAINAN AGAMA

 Alhamdulillah pertemuan Ibu Salmah dengan saya dapat diselesaikan dengan baik walaupun pada asalnya dia datang kesekolah dengan membawa parang dan mahu menyaman saya. Akhirnya Ibu Salmah pulang dengan hati yang lebih tenang selepas Salmah berjanji tidak akan tinggalkan ibunya walaupun selepas memeluk Islam.


Sememangnya terdapat banyak salah faham dan tanggapan negatif terhadap Islam oleh masyarakat non Muslim lantaran kefahahaman dan amalan yang salah dari masyarakat Islam itu sendiri. Inilah yang perlu diperbetul dan dilurskan oleh kita semua. Semua orang Islam bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing menuntut ilmu dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah dijelaskan dalam al Quran dan sebagaimana yang telah di bawa oleh Nabi Muhammad.

Kekeliruan inilah yang menyebabkan Islam terhalang untuk difahami dan disebar luaskan kepada masyarakat. Saya dan rakan-rakan di SMKE cuba memainkan peranan memperbetulkan kefahaman ini sebaik mungkin.

Saya memanggil Salmah pagi jumaat pertama selepas peristiwa kunjungan Ibu Salmah untuk berjumpa saya di bilik guru.

“Kamu balik kampung minggu ini?” tanya saya

“Tidak, saya balik kampung sebulan sekali ja. Minggu lepas kakak saya dah balik. Kami perlu berjimat. Tambang untuk balik banyak juga”. Jelas Salmah.

“Minggu ini kamu balik lah . Jumpa mamak kamu. Saya bagi belanja”.  Ujar saya sambil mengulurkan duit RM50 kepada Salmah.

Banyak ni ustaz! Tambangnya tak  mahal sangat”. Salmah berat hati nak mengambil duit tersebut.

“Duit lebih tambang tu kamu belilah apa-apa barang bawa balik rumah. Barang-barang dapur yang kau rasa diperlukan di rumah”. Saya memujuknya.

Saya menasihatinya agar berbuat baik kepada ibunya lebih daripada sebelum dia memeluk Islam. Perlu bantu ibunya mengemas rumah, cuci piring, dapur dan sebagainya. Hari minggu turun ke kebun bersama ibubapanya mengerjakan tanaman. Sentiasa bercakap lembut dengan ibubapa. Apa yang penting, tunjukkan akhlak baik dan nilai Islam yang sebenar. Sebutlah pada ibubapanya bahawa agama Islamlah yang mengajarnya berbuat baik kepada ibu bapa.

 Saya telah menerangkan bahawa Allah telah mewajibkan setiap muslim taat kepada kedua ibubapa berdasarkan surah Luqman ayat 14

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٖ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ (14)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

 

Islam memerintahkan begitu kerana Ibubapalah yang telah banyak berkorban untuk melahir dan membesarkan anaknya. Ibu bersabung nyawa mengandungkan anak selama sembilan bulan sehingga melahirkan anak.

Apabila ibu bapa sudah  sampai umur tua hendaklah hendaklah menjaga perasaan ibubapa dengan membantah apa saja cakap mereka walaupun hanya sekadar berkata “ummp’ sebagai tanda membnatah atau tidak setuju. Jangan mengugut dan menakutkan ibubapa dan cakaplah perkataan-perkaaan yang baik-baik dan disenangi oleh ibubapa sebaimana pesan Allah dalam surah al Isra ayat 23:

﴿وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah memutuskan agar kamu tidak menyembah kecuali Dia, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sampai ke peringkat tua di sisimu, maka janganlah kamu mengatakan kepada mereka sebarang perkataan kasar dan janganlah kamu menakut-nakutkan mereka, dan katakanlah kepada mereka dengan perkataan yang baik.

Salmah perlu taat kepada dua ibubapanya selagimana dia tidak memerintahkan untuk berlaku syirik. Jika Ibubapanya melarang agar tidak solat atau makan makanan haram dia tak perlu patuh lagi. Salmah perlu memberitahu ibubapanya dengan baik bahawa itu ajaran Islam sebagaimana pesan Allah dalam surah Luqman ayat 15 :

وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (15)

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Panjang saya bercerita dan memberi peringatan kepada Salmah tentang adab dengan ibubapanya. Saya tidak mahu sejarah kakaknya berulang lagi. Masuk Islam dan tinggalkan ibubapa kerana tidak selesa dengan ibubapa non muslim. Sedangkan berbuat baik kepada ibubapa adalah satu kewajipan walaupun berlainan agama.

Saya berpakat dengan Cikgu Lamidi dan guru-guru lain untuk memberi duit poket kepada Salmah untuk balik kampung sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Dia lebih kerap balik berbanding kakaknya. Kadang-kadang kami memberi lebih duit belaja agar Salmah dapat pulang bersama kakaknya juga.

Allahmdulillah selepas beberapa bulan saya bertanya kepada Salmah bagaimana dengan keadaan ibu dan bapanya sekarang. Salmah memaklumkan bahawa mereka berdua tidak marah lagi. Kehidupan sudah kembali seperti dulu. Salmah pun tidak pernah tinggalkan solat walaupun ketika dirumah. Ibunya langsung tidak menghalang dia untuk solat.

Sepanjang saya bertugas di Sabah ini, saya perhatikan bahawa masyarakat di sini amat harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama. Lebih baik dari hubungan masyarakat di Semenanjung. Cuma masih banyak kekeliruan tengan Islam dalam masyarakat yang perlu diperbetulkan. Ini adalah merupakan tugas penting  setiap muslim di sana lebih-lebih lagi para guru agama.

Sesungguhnya panduan yang telah dibekalkan oleh Allah kepada kita semua sudah lengkap. Rasulullah juga telah memberi contoh praktikal bagaimana ajaran Islam di amalkan. Dalam isu ini saya teringat firman Allah  dalam surah al Nahl ayat 125 :

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,

Islam perlu disampaikan dengan bijaksana dengan melihat kesesuaian semasa individu dan masyarakat. Islam perlu dipersembahkan membawa nilai akhlak dan kebaikan kepada semua. Semua perlu memainkan peranan menyampaikan Islam dan meluruskan apa yang tidak betul dalam masyarakat.

Rasulullah juga berpesan:

منْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

“Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman”. (Hadis riwayat Muslim, No. 49)

 

Saya bersyukur kerana di hantar untuk berkhidmat di sabah kerana saya berpeluang untuk mendapat pengalaman dakwah yang lebih luas. Ayuh bakal guru semua. Mari kita berazam untuk berkhidmat bukan saja kepada negara dan bangsa tapi juga kepada agama Islam yang menjamin kehidupan kita di akhirat nanti.


Wednesday, November 20, 2024

JANGAN TINGGALKAN IBU KAMU!

Setelah ibu Salmah telah meluahkan perasaan dan apa yang terbuku dihatinya hampir sejam. Saya, Cikgu Lamidi dan Salmah hanya menadah telinga mendengar tanpa sebarang kata. Kami dapat memahami hati dan perasaan seorang ibu yang risau akan kehilangan lagi anaknya sebagaimana anaknya yang sebelum ini.  Tidak hairanlah kerana dia sanggup jauh hadir ke sekolah walaupun terpaksa datang dari jauh dengan  berbelanja banyak ongkos demi untuk berjumpa anaknya dan saya sendiri.


Rupanya ada pengalaman pahit yang telah dilalaui oleh si ibu ini. Saya rasa ada tanggapan yang perlu diperbetulkan dan diluruskan.

Oh, kakak Salmah tak balik rumah lagi selepas dia peluk Islam. Tak patut tu. Dia belum betul-betul memahami Islam”.

 Saya mencelah memecah kebuntuan bila Ibu Salmah berhenti sekejap melepaskan lelah meluahkan perasaannya.

Ya, dia sudah tak ingat aku lagi sebagai mamaknya”. Sambung Ibu Salmah.

Saya menunjukkan simpati kepada Ibu Salmah dengan bertanya khabar tentang keadaan kehidupannya di Kampung. Begitu juga tentang kehidupannya selepas ditinggalkan oleh kakak Salmah.

Ya, hidup aku susah. Aku sudah berbelanja banyak untuk hantar  dia ke sekolah. Kadang-kadang aku dan anak-anak terpaksa mengikat perut untuk demi simpan belanja untuknya. Tapi dia tinggalkan kami”. Luahnya lagi.

“Makcik seorang yang ibu yang hebat. Mempunyai kesedaran yang tinggi. Mempunyai impian melihat anak mendapat pendidikan. Mahu melihat anak berjaya dalam kehidupan”. Aku memuji Ibu Salmah. Ikhlas.

Memang saya lihat di matanya dia seorang yang cekal. Kesanggupan dia menghantar anaknya ke SMK Elopura jauh di Sandakan yang jauh dari rumah demi memilih sekolah yang terbaik untuk anaknya. Sedangkan ada sekolah yang lain pun berdekatan dengan rumahnya. Sudah pasti belanjanya tinggi untuk  Salmah dan kakaknya. Sedangkan pendapatannya hanya dari menjual ubi dan bertanam sayur sahaja.

Saya lihat keadaan Ibu Salmah sudah tenang dan nada suaranya sudah semakin lunak. Aku memandang kepada Salmah yang hanya tunduk memandang meja. Air dan kueh di atas meja tidak terusik.

“Salmah! Dengar tu. Banyak pengorbanan Ibu kamu demi untuk membesarkan kamu, hantar kamu kesekolah  untuk kamu dapat ilmu. Agar kamu berjaya. Kamu tak boleh tinggalkan ibu kamu”. Saya menghalakan kata-kata saya pada Salmah.

“Makcik! Sebenarnya kakak Salmah tu tidak dapat maklumat yang betul tentang Islam. Dalam Islam seorang anak wajib taat dan berbakti kepada ibu bapanya walaupun berlainan agama”.

“Seorang muslim itu tidak akan masuk syurga jika dia derhaka kepada ibu bapanya”.

“Dalam al Quran kami, ada ayat menyebut melarang kami derhaka dan menyakiti hati ibu bapa walaupun dengan hanya dengan berkata ummmp pun tak boleh. Apatah lagi angkat suara dan menjawab mulut”. Aku menerangkan keadaan sebenar tanggungjawab anak terhadap ibu bapa mengikut Islam.

“Salmah ni pun, kalau dia tinggalkan makcik, sakiti hati makcik, tidak berbakti kepada makcik dan beliaunya juga. Dia tak boleh masuk syurga. Ke neraka juga nanti”. Aku menegaskan sambil memandang kepada mata Salmah dan ibunya silih berganti.

“Salmah! Selepas ini kamu jangan tinggalkan Ibu bapa kamu. Kamu bertanggungjawab untuk berbakti kepada ibu bapa kamu sehingga akhir hayat”.

Kamu perlu balas semua apa pengorbanan yang ibu kamu telah lakukan. Kamu perlu ringankan bebannya dan jaga mereka selagi masih hidup. Barulah kamu dikira sebagai anak soleh. Baru boleh masuk syurga Allah di Akhirat nanti”.

“Walaupun ibu bapa berlainan agama, tanggungjawab tetap sama. Tidak ada pengecualian”.

Panjang huraian saya tentang tanggungjawab dan adab anak dengan ibu bapa dalam Islam. Saya lihat wajah ibu Salmah sudah berubah. Wajah sungulnya sudah berkurangan.

“Salmah! Kamu kena janji ya, jangan tinggal ibubapa kamu”. Cikgu Lamidi bersuara setelah sekian lama dia mendiamkan diri hanya mendengar luahan ibu Salmah dan penerangan saya.

“Cuma satu ja puan, Puan mestilah juga memahami tentang tanggunjawab Salmah sebagai muslim, Jangan larang dia solat, beri ruang seluasnya keapada Salmah untuk beribadah jika dia balik kerumah nanti.” Sambung Cikgu Lamidi.

Alhamdulillah. Suasana yang panas pada asalnya sudah reda. Saya lihat Ibu Salmah sudah boleh mengukir senyam. Salmah pun bijak melihat keadaan. Dia memeluk ibunya dan berjanji

Saya tidak akan tinggalkan mamak. Saya akan jaga mamak dan beliau. Saya janji”.

Sayu pula saya melihat keadaan itu.

“Minum lah teh nai ping tu, sudah cair aisnya, makan kueh nanti tak sedap kalau sudah lama”. Cikgu Lamidi mengingatkan kami.

Aku membiarkan Salmah berbual dan ibunya berbual-bual. Biarlah mereka berdua bermesra. Aku bersyukur melihat mereka berdua sudah mesra. Tiada lagi kesedihan dan kemarah di wajah ibu Salmah. Aku dan Cikgu Lamidi menghabiskan teh nai ping kami yang sudah hilang sejuknya.

Agak lama juga kami dikantin, seingat aku tak lama lepas itu azan Zohor berkumandang. Ibu Salmah mohon izin untuk pulang. Dia ingin berjumpa kakak Salmah dan kemuadianya akan ke bandar Sandakan membeli barang keperluan sebelum pulang ke kampung.

Aku mengulurkan RM50 kepadanya untuk dia berbelanja di bandar nanti membeli barang keperluan. Aku lihat wajah Ibunya mengukir senyum.

Terima kasih ustaz!”

Alhamdulillah, aku lega dan gembira pertemuan hari itu selesai dengan harmoni. Banyak lagi cerita berkaitan dengan Salmah yang banyak memberi pengalaman saya sepanjang saya di SMKE.


Tuesday, November 19, 2024

"MANA USTAZ ITU? AKU MAHU SAMAN DIA"

Seminggu selepas peristiwa Salmah memeluk Islam.  Isteri saya melahirkan anak pertama kami.  Hari pertama ketika isteri saya masih di hospital, saya ke sekolah untuk menguruskan cuti saya  sebagai seorang bapa. Saya berhak  mendapat cuti selama seminggu untuk menguruskan anak. Saya ke sekolah untuk  menyelesaikan beberapa perkara yang tertunggak. 


Bila saya  masuk kepejabat, kerani dengan serius memaklumkan saya bahawa ada orang mahu jumpa saya  dan sedang menunggu di luar pagar sekolah.


Ustaz ada seorang perempuan mencari ustaz. Dia  menunggu Ustaz di luar pagar sekolah. Ndak mahu masuk dia. Dia marah-marah mahu cari cari Ustaz yang islam kan anak dia katanya”.

Semasa saya melalui pagar sekolah tadi saya  memang lihat ada seorang perempuan  berdiri dekat pondok pengawal.  Saya keluar pejabat dan terus ke pintu pagar mencari  orang tersebut. Siapakah dia? Mungkin keluarga si Salmah saya meneka.

Di tepi pondok pengawal saya dapati ada seorang  perempuan  sedang bercakap-cakap dengan Cikgu Lamidi. Lantas saya memberi salam.  Cikgu Lamidi mempekenalkan    Ibu Salmah kepada saya dan memperkenalkan saya  kepada ibu Salmah.

Oh inilah ustaz yang kasi Islamkan anak saya ya!, Saya mahu saman ustaz. Ustaz telah  langgar undang-undang dan pecah belahkan keluarga saya”. Bertubi-tubi dua luahkan kemarahan kepada saya. Saya hanya diam. Saya menjemputkanya untuk masuk ke bilik guru kerana di sana ada ruang rehat  untuk berbincang.

Aku tak mahu masuk. Aku datang dari jauh nak kasi tahu ustaz aku mahu saman dia. Dia telah buat salah. Dia telah Islamkan  anak saya  bawah 18 tahun. Itu kesalahan besar”. Dia mengulang lagi marahnya kepada saya. Puas kami memujuk. Cikgu Lamidi sebagai orang tempatan dan berpengalaman dengan masyarakat kampung menggunakan kemahirannya  untuk memujuk  Ibu Salmah agar bertenang dan masuk ke kawasan sekolah untuk berbincang.

“Tak elok kita berada di sini. Di pintu pagar sini orang lalu lalang. Nanti dilihat orang tidak manis. Kita ke kantin sana. Sejuk sikit sekarang bukan waktu rehat. Tidak sibuk boleh kita berbincang sambil minum- minum”. Pujuk Cikgu Lamidi.

Hati saya agak risau dengan situasi itu. Keadaan masih lagi tidak tenang.    Kami berjalan bersama-sama ke kantin. Cikgu Lamidi  menarik saya dan berbisik.

Nasib baik ibunya yang datang, Beliuanya (ayah) kebetulan tidak sihat. Kalau dia datang mahu diparangnya Ustaz”.

Ustaz jangan risau. Saya ada  bersama ustaz. Saya akan uruskan”. Cik gu Lamidi menenang kan saya.

DI kantin ibu Salmah   menolak dengan keras bila kami mahu meminta minuma dan juga makanan.

“Aku datang nak jumpa Ustaz. Aku tak nak minum atau makan apa-apa”.

“Ustaz ini sudah buat salah”.

“Dia sudah pecah belahkan keluarga kami”.

“Dia mahu  pisahkan anak  saya  dari saya”.

Kami telah memanggil Salmah dari kelas untuk datang berjumpa dengan ibunya. Salmah datang dengan muka cemas dan takut.  Salmah bersalam dan mencium tangan ibunya  . Ibunya memarahi Salmah . Kami hanya mampu mendengar  dan melihat Salmah menangis. Salmah memeluk ibunya  sambil memohon maaf.

“Kamu tak sayang mamak kah?  Kamu masuk Islam dan kamu nak tinggalkan mamak”. Kami hanya mampu menontor drama air mata antara ibu dan anak. Cikgu Lamidi memainkan peranannnya menenangkan Ibu Salmah.

“ Aku dari jauh di kampung sana hantar ke sekolah sini jauh. Berapa banyak duit aku habis belanja untuk anak-anak aku dua orang di sini”.

“Kami orang miskin, hanya bertani berjual ubi dan tanaman saja. Aku datang ni pun banyak belanja aku habis”.

Sayu saya mendengar rintihan Ibu Salmah. Setelah agak lama dia bercakap menceritakan kesusahan dan kesedihannya kerana anaknya memeluk Islam saya mencelah bertanya. Kenapa dia marah dan kecewa sangat kerana anaknya memeluk Islam.

“Aku tidak mahu kehilangan anak lagi. Dulu kakak si Salmah ada sorang masuk Islam. Dia terus keluar dari rumah ikut suami dia dan tak balik lagi. Aku sedih. Nanti Salmah juga akan tinggalkan aku”. Panjang dia   bercerita .

Saya membiarkan dia bercakap dan meluahkan perasaan. Lamanya juga. Saya ingat hampir sejam juga dia meluahkan perasaan. Baru saya faham punca kemarahan Ibunya.

Saya mendapat ilham untuk cuba menyelesaikan masalah ini.


Monday, November 18, 2024

“SAYA DAH MUSLIM , SAYA NAK AMALKAN ISLAM”

 Aku telah  menasihatkan Salmah (bukan nama sebenar) agar merahsiakan keislamannya  kepada rakan-rakan  yang lain agar perkara ini tidak sampai kepada keluarganya. Jika kakaknya di tingkatan 6 itu  tahu sudah pasti berita ini akan sampai kepada keluarganya.

Namun beberapa hari selepas itu heboh satu sekolah bahawa Salmah memakai tudung dan   tidak mahu masuk kelas Pendidikan Moral sebagaimana biasa. Dia  kekal dalam kelasnya bersama rakan-rakan muslim yang lain untuk belajar Pendidikan Islam. Biasanya pelajar non muslim akan keluar kelas untuk kelas Pendidikan Moral yang akan di adakan  di kelas lain atau di makmal.


Setelah berita itu tersebar, saya  mendapat maklumat bahawa Salmah telah dipanggil oleh kakaknya dan dimarahi bergitu teruk sekali.  Kakaknya mengatakan bahawa ibunya amat marah dan tidak mengaku bahawa Salmah ini anaknya. Ibunya tak mahu dia pulang kerumah lagi. Ibunya tidak lagi mahu lagi memberi duit belanja.

Salmah amat  sedih dan tertekan  sehingga menangis hampir sepanjang malam.  Esoknya saya telah memanggil  Salmah  berjumpa saya di bilik guru. Beliau datang dengan seorang kawannya yang dulu. Salmah bertudung cantik dan kemas namun wajahnya sugul  . Aku bertanya kepadanya  kenapa kenapa dia tidak rahsiakan  tentang hijrahnya itu dan memakai tudung untuk menutup aurat. Sedangkan aku sudah terangkan tentang situasinya.

“Aku sudah Islam Ustaz, aku rasa bertanggungjawab untuk patuh pada  semua perintah Allah. Aku  rasa tak boleh kalau tidak tutup aurat”. Terang Salmah dengan nada perlahan.

“Sekarang kamu dah hadapi  apa yang saya risaukan. Kamu akan dimarah dan dibuang oleh keluarga  kamu”. Aku mengingatkan kembali.

“Tidak mengapa ustaz! Aku cuba untuk kuatkan diri. Aku cuba hadapi apa yang berlaku. Cuma aku sedih bila mamakku tak mengaku aku ni anaknya”.  Salmah masih  kuat dengan semangatnya. Aku melihat matanya berkaca-kaca.

Dia telah meminjam tudung rakannya di asrama untuk dipakai . Ramai rakannya  yang telah  menghadiahkan tudung,  telekung solat kepada  Salmah.

“Disini ramai kawan ku Ustaz, mereka  banyak tolong  aku. Mereka doakan aku.  Ustaz , doakan saya kuat menghadapi ujian ini”. Ujar Salmah      

Allah,  kuat sungguh hati dia. Aku hanya  mampu memberi kata semangat kepadanya dan  mendoakan dia agar kuat menghadapi ujian ini.  Aku berpakat dengan beberapa rakan guru ku untuk membantu Salmah jika dia  disisihkan oleh keluarganya. Aku memanggil   kawan yang menemani Salmah  untuk  berbincang bagaimana mahu membantu Salmah. Aku meminta dia memerhati keadaan  Salmah dan memberi  malklumat keadaan Salmah  kepada ku.

Rakan-rakan Salmah amat membantu. Merekalah yang banyak membimbing Salam untuk  belajar menunaikan solat, mengajar membaca al Quran dan juga Farhdu ain yang lain. Aku telah membekalkan buku PAFA, buku Asas solat dan juga buku Iqra  kepada Salmah.

Aku telah menyediakan sedikit belanja duit poket kepada Salmah untuk dia berbelanja. Aku risau kakak yang bertanggungjawab kepadanya selama ini telah menyisihkannya dan telah menahan duit belanja Salmah.  Mereka dari keluarga kampung. Hanya kerja sebagai petani menjual hasil tanaman . Keadaan ini yang menyebabkan keadaan nya agak rumit.

Tapi Allah mengetahui. Allah maha kaya. Allah maha merancang. Dialah yang akan mengaturkan segalanya.  Aku berserah kepadanya.


Sunday, November 17, 2024

“SAYA LIHAT ATUK SAYA SOLAT”

Pada tahun pertama saya bertugas di SMK Elopura saya,  mendapat mesej kertas di atas meja saya  yang ditinggalkan oleh pelajar memaklumkan ada seorang pelajar non muslim ingin berjumpa saya selepas waktu persekolah. Sudah menjadi kebiasaan saya akan  pulang selepas solat zohor jam 1.30 petang. Zohor di Sabah sekitar jam 12 hingga 12.30 tengah hari.

Usai solat Zohor bersama pelajar di surau, saya ke bilik guru menunggu pelajar yang ingin berjumpa saya. Ustaz Najimuddin yang berkongsi meja dengan saya untuk sesi petang tiada di situ. Mungkin dia ada kelas.  Jadi tempat duduk guru kosong.

Sekita jam 1 dua orang pelajar perempuan datang. Mereka telah memperkenalkan diri  kepada saya bahawa mereka adalah pelajar tingkatan 4. Saya tidak mengajar mereka berdua.  Pelajar non muslim itu memperkenalkan diri bahawa namanya Salmah bin Abu (bukan nama sebenar). Saya terkejut menengar nama tersebut.

“ Eh, Nama kamu ni macam muslim”.

“ Ya nama saya macam muslim, tapi saya beragama kristian. Ramai begitu kat sini ustaz”. Bagitahu Salmah menerangkan keadaan.

“Saya ingin memeluk Islam Ustaz!. Sudah lama saya ingin masuk Islam . Tapi bila ustaz datang saya rasa keinginan saya semakin kuat”.

Saya ingin  syahadah hari ini juga”.

Bersemangat betul Salmah bercakap kepada saya. Saya bertanya beberapa maklumat tentang diri dia. Dia berasal dari satu kampung agak jauh jalan ke Beluran.  Dia ada seorang kakak  di SMKE yang sedang belajar dalam tingkatan  6 rendah.   Salmah masih  bermur 16 tahun , masih dikira bawah umur untuk membuat keputusan sendiri dan memerlukan kebenaran ibu bapa untuk memeluk Islam.

Namun Salmah tetap berkeras ingin masuk islam segera.  Katanya beliau sanggup menghadapi apa-apa cabaran demi agama Islam. Saya bertanya kepadanya apakah yang telah mendorongnya untuk memeluk Islam, sedangkan semua ahli keluarga beragama kristian.

“Semasa saya kecil saya selalu  lihat atuk saya solat di rumah”. Jelas Salmah.

Kemudian dia bercerita dengan panjang lebar sejarah keluarganya.  Rupanya  semua keluarganya  telah di islamkan  secara beramai-ramai pada zaman USNO. Pemimpin Islam ketika itu telah giat mengislam penduduk   di pedalaman Sabah. Namun selepas itu tiada  pihak yang berusaha untuk mengajar dan mendidik penduduk kampung dengan  ajaran Islam. Sehinggalah pendakwah-pendakwah  kristian  masuk kampung menyebarkan agama Kristian. Pada masa itu ramai penduduk kampung murtad menukar agama  kepada kristian termasuklah ibu bapa Salmah.

Namun atuk dan nenek Salmah tetap Islam sehinggalah mereka meninggal. Ayah dan ibunya juga menukar agama tapi tidak ke gereja.  Ramai yang tukar agama tapi mengekalkan nama asal termsuklah kerluarga Salmah.  Salmah banyak bergaul rapat dengan rakan muslim di sekolah dan melihat  rakan-rakan solat menyebabkan hatinya meruntun untuk kembali kepada fitrah.

Oleh kerana Salmah mendesak saya untuk terus  syahadah  dan  dia berjanji akan berpegang kepada Islam walaupun apa terjadi walaupun terpaksa mengorbankan nyawa katanya.  Salmah menutur kalimah syahadah tanpa dibimbing kerana dia belajar dengan rakan-rakanya dan telah membuat latihan dari awal. 

Saya menerangkan kepada Salmah bahawa pengislam  beliau tidak boleh didaftarkan kerana masih di bawah umur. Dia perlu merahsiakan keislamannya kepada keluarga kerana ibubapanya agar tidak   menjadi isu yang besar di Sekolah dan juga dalam kalangan keluarganya. Lebih lebih lagi kakaknya di tingkatan 6 itu adalah penganut agama kristian tegar. Saya menasihatkan Salmah agar tidak menukarkan penampilanya secara drastik, tapi  perlu mandi wajib masuk  Islam dan mula solat lima waktu.

Alhamdulillah.  Segala puji bagi Allah yang telah membuka hati Salmah untuk kembali kepada fitrah. Ini adalah antara kesan   pengisian 5 minit saya setiap pagi Isnin. Walaupun  saya bukan pencetus kepada hidayah kepada Salmah namun cukuplah saya telah memberi sumbangan membuka jalan setersnya. 

Kita  hanya mampu menyampaikan saja, Namun  hidayah  adalah milik Allah.

﴿ إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ﴾[ القصص: 56]

Sesungguhnya, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau cintai, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang mendapat petunjuk.

Rasulullah juga perpesan bahawa sesiapa yang telah membuka jalan hidayah kepada sesorang akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar nilainya.

أنَّ النَّبيَّ ﷺ قَالَ لِعَليًّ، tفو اللَّهِ لأنْ يهْدِيَ اللَّه بِكَ رجُلًا واحِدًا خَيْرٌ لكَ من حُمْرِ النَّعم )متفقٌ عليهِ(

Demi Allah, bahawa Allah memberi petunjuk kepada seorang lelaki melalui dirimu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah

Saya teringat juga kepada pesan nabi

من دلَّ على خير، فله أجر فاعله. رواه مسلم.

Barangsiapa yang menunjukkan kebaikan, baginya pahala seperti pelakunya.

Saya berharap saya termasuk dalam golongan ini yang mampu menunjukkan jalan kearah kebaikan. Semoga saya mendapat pahala semua  kebaikan dan amal soleh yang dilakukan oleh Salmah sepanjang hidupnya. Ini lah antara  hikmah Allah telah  menghantar saya berkhidmat di Sabah.