Inilah ungkapan yang dianjurkan oleh Islam apabila kita bertemu saudara kita seagama sebagai satu ucapan berbentuk doa dan harapan kepada saudara kita. Ungkapan salam ini membawa maksud
“Kesejahteraan atas kamu”
“Saya doakan kamu sejahtera”
Alangkah indahnya ajaran Islam yang menganjurkan umatnya agar sentiasa mengalunkan kata-kata doa disetiap pertemuan sesama Islam. Allah telah memberi panduan ini di dalam al Quran ٍSurah an Nisa ayat 86:
Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa) Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu. (penghormatan dalam Islam ialah: dengan mengucapkan Assalamu'alaikum.)
Panduan bersosial ini dilihatnya tidak menjadi amalan dalam masyarakat Islam kita. Salam hanya diberi apabila datang bertamu kerumah sahabat atau saudara mara. Malah ianya seolah-olah hanya menjadi budaya di sekolah-sekolah dialunkan oleh pelajar-pelajar kepada guru yang muslim sejurus ketika mereka masuk ke kelas.
Ucapan salam ini masih tidak dihayati secara mendalam. Kenapa kita amat berat untuk mengucap salam apabila masuk kepejabat, ke pasar, ke kelas, dewan kuliah atau tempat yang adanya saudara kita seislam. Apatah lagi kita tak pernah mendengar salam diucapkan untuk masuk ke bank, klinik, kedai runcit, restoran dan sebagainya. Malah kalau ada pun beberapa kerat yang mencuba untuk memberi salam kemungkinan besar akan disangka peminta derma atau peminta sedekah.! Amatlah hina ucapan salam ini di letakkan taraf hanya untuk peminta derma dan sedekah!
Budaya salam ini memang semakin diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Islam kita, Cuma kadang-kadang ianya tidak menetapti roh Islam dan tujuan asal disebalik salam itu sendiri. Bayangkan apa makna dan doa yang dimaksudkan oleh salam ini
“Samekom!”
“Samlekom!”
“Asmekom”
Pelbagai bunyi lagi yang kita dengar. Ada juga dikalangan kita yang menyebut salam dengan sebutan yang amat cepat. “Assalamualaikum!” macam kecemasan lagaknya. Atau dengan suara yang perlahan dan rendah.
Kenapa kita tidak ucapkan salam itu dengan jelas dan disertakan penghayatan maksudnya. Ucaplah salam dengan sebutan perlahan, tidak terlampau laju dan jelas agar ianya didengari dengan baik disertakan niat di hati ‘Saya doakan kesejahteraan untuk kamu!”. Insya Allah dengan hati yang ikhlas ini akan terpancarlah doa sesama Islam dan Allah akan makbulkan doa ini seterusnya akan membenihkan kasih sayang sesama Islam.
Marilah kita sama-sama jadikan salam ini sebagai amalan dan budaya kita seharian. Apabila kita mempunyai urusan dengan sesiapa mulakan dengan “Assalaamualaikummm!” dengan penuh tertib. Begitu juga apabila kita berurusan dengan orang ditempat awam. Apa salahnya kita memberi salam kepada pegawai di kaunter bank, pejabat pos, klinik, kaunter pasar raya dan sebagainya. Kita sebenarnya malu untuk mendoakan kesejahteraan untuk saudara kita. Itulah yang menyebabkan kita juga jauh dari kesejahteraaan hidup yang kita impi dan harapkan.
Insya Allah kita mulakan dengan diri kita. Memang untuk memulakan itu akan menimbulkan kejanggalan. Tetapi bak kata pepatah “Alah Bisa Tegal Biasa”. Kita mulakan dengan ikhlas, Insya Allah akan diikuti oleh beberapa orang selepas kita dan lama-kelamaan ianya akan menjadi budaya.. Budaya salam dan budaya doa dan harapan. Insya Allah hidup kita akan diberkati Allah.
2 comments:
salam.. bagus artikel nih.. ramai yg amik mudah ttg salam nih..
perghh.. dah byk hartanah dema.. tp nak beli lagi takdak hal muga kijo dua2
Syukran Akh Zamri.. entah lah.. ana sendiri pun kena latih diri.. untuk amalkan salam ni.. nak beli goreng pisan.. :kak goren pisang 3 ringgit.. " kenapa tak mulakan perbualan dengan salam.. adussssss kena lagi..
Post a Comment