Selepas kami makan tengah hari dan solat zohor di Masjid Umawiy, Ustaz Solahuddin dan rakannya membawa kami ke Souq al Hameediyyah. Ia adalah pasal lama yang mana bangunan dan rekabentuknya adalah amat klasik kerana ia dibina ketika zaman awal kerajaan Usmaniah.
Ia diberi nama Souq al Hameediyyah kerana ia di bina pada zaman Sultan Abdul Hameed 1. Keunikan bangunan ini kerana bumbingnya di bina dari kubah besi. Bayangkan bahawa struktur binaan Zaman Kesultanan Usmaniah awal sekitar tahun 1700 lebih masih kekal hampir 300 ratus tahun. Pada tahun 1996 ia kelihatan masih utuh. Mungkin ia sudah di tukar atau di baiki tidaklah kami ketahui.
Namun ketika memasuki
pasar ini kami terasa balik ke zaman
silam iaitu zaman kerajaan Usmaniyyah. Hanya
pakaian penjual dan pembeli sahaja yang
moden dan sebahagian barang jualan, Barang jualan lain dan juga susun atur amat klasik
dan tradisional. Pasar ini agak panjang
juga lebih setengah kilometer rasanya. Jenuh
berjalan. Barang-barang yang dijual lebih kerpada barang tradisional seperti perkakas
tembaga dan perak yang diukir cantik. Terdapat juga perlatan-peralatan rumah tradisional.
Saya memberi tahu Ustaz
Solahuddin bahawa saya ingin membeli kain bersulam tulisan khat yang boleh
diletakkan dalam frame dan digantungkan di dinding. Sebelum ini saya hanya
membeli dari ustaz dari Syiria yang
bercuti ke Jordan. Saya ingin membeli
dalam jumlah yang banyak sebagai hadiah untuk keluarga di Malaysia. Cuti musim panas nanti saya bercadang untuk
pulang bercuti di Malaysia setelah lebih dua tahun tidak balik.
“Ada kedai tu
sebelah sana. Kedai itu lebih banyak
pilihan dan lebih murah”.
Ustaz Solahuddin memberitahu saya sambil menunjukkan satu kedai
cenderamata .
Wah. Memang harganya
murah 1/3 dari yang saya beli di Jordan. Apa lagi rambang mata saya memilihnya. Sulaman yang paling cantik ialah sulaman pintu
kaabah. Tulisan yang sama dengan kelambu
kaabah di bahagian pintu. Selesai
membeli apa yang kami kehendaki kami
berjalan sampai ke hujung Souq Al Hamidiyyah.
“Kita tengok meriah
pasar ni kan? Tapi kat bawah ini di
bawah tanah dikatakan ada penjara untuk kurung dan seksa banduan musuh pemerintah”.
Cerita rakan Ustaz
Solahuddin . Dia tidak menyebut nama presiden Hafeez al Assad secara jelas kerana mungkin didengari oleh orang sekeliling.
“Dulu siapa yang
menyimpan janggut akan ditangkap dan di penjara di bawah inilah. Simpan janggut
ada satu kesalahan yang dikira besar”.
Terangnya lagi. Patutlah saya melihat semua rakan pelajar Malaysia tidak berjanggut. Kami berempat pun sudah mencukur janggut siap-siap sebelum ke Syiria selepas mendengar nasihat rakan-rakan yang pernah ke Syiria.
“Tapi sekarang
undang tidak seketat dulu. Ulamak dan imam masjid sudah dibenarkan menyimpan janggut. Kalau orang awam masih
bahaya lagi”.
“Keadaan ini berubah
bila anak sulung presiden diumumkan sebagai pengganti ayahnya nanti”.
“Dia ni lebih dekat
dengan ulamak. Kami ingat bila dia naik jadi presiden nanti suasana akan lebih
baik. Tapi sayang .. dia meninggal dalam
kemalangan kereta beberapa tahun lepas.
Dengar khabar ia dirancang oleh Mossad dan CIA yang tidak mahu negara Arab di perintah oleh pemimpin yang islamik dan lebih baik”.
Panjang lebar cerita
rakan Ustaz Solahuddin kepada kami.
Ustaz Solahuddin belanja kami makan aiskrim istimewa Souq al
Hamidiyyah. Selepas beberapa kali merayau-rayau dalam pasar tersebut dan saya
telah membeli kain sulaman khat. Kami
pulang kembali kerumah untuk berehat. Esoknya
Ustaz Solahuddin sudah merancang untuk membawa kami melawat maqam
Imam Nawawi dan gereja Buhaira.
No comments:
Post a Comment