Dalam perjalanan pulang dari Souq al Hameediyyah saya mencari-cari ‘Soroofah’ atau money changer iaitu kedai untuk tukar duit. Duit Lira Syiria saya dah habis guna memberi kain sulam khat tadi. Besok mahu berjalan lagi. Jadi perlu bekalan duit Lira untuk perbelanjaan dalam perjalanan nanti.
Memang amat menghairankan. Saya langsung tak jumpa kedai
atau kios ‘Sorofah’. Kalau di Mafraq
bersepah ‘sorofah’ sedangkan bandar Mafraq adalah bandar yang terpencil dan tiada pun pelancong datang.
Tapi di Damsyik ni tak nampak langsung
kelibat Sorofah.
“Nanti kita balik rumah dulu baru tukar duit”. Ustaz
Solahuddin memberitahu aku.
Sampai dirumah, Ustaz Ismail memasak lagi untuk kami makan
malam. Sementara menunggu maghrib kami berbual-bual
dihalaman rumah. Ustaz Solahuddin memberitahu bahawa dia akan keluar lagi berbincang dengan
rakan-rakannya untuk perjalanan untuk
esok. Dia bercadang nak bawa kami
berjalan ke Daerah Nawa menziarahi maqam
Imam Nawawi dan juga gereja Buhaira
tempat Rasulullah singgah ketika dalam perjalanan untuk berdangan ke Syam.
Ustaz Solahuddin bertanya kepada kami siapa yang ingin
menukarkan duit ke Lira. Di Syiria tiada sorofah awam. Wang hanya boleh ditukar
di Bank atau pusat tukaran wang kerajaan.
“Di Sini tidak boleh tukar duit sembarangan. Jadi satu kesalahan
besar jika tukar duit . Kerana ia di kira satu perniagaan yang menguntungkan
dan hanya boleh diuruskan oleh kerajaan.
Sudah ada pelajar Malaysia kerana kesalaham menukar wang secara haram. Hukumannya
adalah penjara.”
“DI tempat awam pun kita tidak boleh bertanya dimana nak
tukar duit. Nanti ada ja orang jahat sengaja perangkap kita untuk tukarkan
wang. Kemudian dia lapor pada polis”.
“Mereka buat begitu kerana ingin dapat wang saguhati”.
“Jadi kalau nak tukar duit macamana?” Saya bertanya.
“Di banklah. Tapi
tak apa ana ada sahabat Arab yang sudah biasa untuk tukar duit. Ana dah biasa dengan dia. Kamu semua
dirumahlah biar ana yang tukar duit”.
“Bahaya pergi ramai-ramai. Boleh mendatangkan syak. Lagi
pun kawan Arab ana tu tak akan bagi tukar jika ada orang yang tidak kenal bersama
ana. Dia takut betul kalau kena tangkap”.
Panjang lebar Ustaz Solahudin bercerita tentang kelainan undang-undang di Syiria.
Terkejut juga kami mendengar cerita ini. Tidak pernah pula kami dengan menukar duit boleh menjadi kesalahan besar
sehingga boleh masuk penjara. Ini pengalaman
baru kami .
Kami berempat mengirimkan duit kepada Ustaz Solahuddin untuk
di tukar kepada Lira. Kami tidak mahu
mengambil risiko. Pengalaman masuk
penjara bukan pengalam yang menarik bagi kami.
No comments:
Post a Comment