Monday, January 06, 2025

SYIRIA 8 : MASJID UMAWIY YANG BERPRESTIJ

 Hari kedua kami di Syiria, Ustaz Solahuddin akan membawa kami melawat kota lama Damsyik sekitar rumahnya.   Rumah Ustah Solahuddin beraada dalam kota lama Damsyik   boleh di  masuki melalui bab al Touma sebagai pintu terdekat dengan rumahnya . Namun jika sudah berada di dalam kota, kami boleh pergi kemana sahaja dalam kawasan kota dengan berjalan kaki sahaja.


Ustaz Solahuddin membawa kami menziara Masjid besar bersejarah di dalam Kota tersebut iaitu Masjid Umawiy. Masjid ini telah di bina pada Zaman Khalifah Umayyah tahun 86 Hijrah besamaan tahun 705 Masihi oleh Kalifah al Walid bin Abdul  Malik. Sebnarnya takpak Masjid ini merupakan sebuah tapak ibadah kuil pada zaman  sebelum Masihi dan kemudian dijadikan geraja pada abad Ke 4 masihi dinamakan St John Babtis Basilica.

Masjid  ini amat besar dan  bentuk senibinanya yang amat unik memandangkan ini adalah masjid tertua di Syiria dan dibina di Zaman Umayyah lagi. Saya dan rakan-rakan terpersona dengan kehebatan sejarah lampau.  Kami datang pada waktu pagi lebih kurang jam 9. Namun ramai pengunjung sedang beriktifaf dalam masjid  membaca al Quran dan solat sunat.

Selepat solat tahiyyataul masjid, Ustaz Solahuddin menunjukkan kami beberapa maqam bersejarah di dalam dan sekitaar masjid Umawiy:

1.       1Maqam kepala Nabi Allah Yahya. 

2.       2. Maqam Kepada Saidina Hussain cucunda Rasulullah. Beliau telah dibunuh di Karbala dan kepalanya telah dibawa ke Damsyik untuk dipersembahkan kepada khalifah Yazid. Namun badanya di kebumikan di Karbala. Namun terdapat riwayat kepala Saidinan Hussain ini telah di bawa ke Mesir.

3.       3. Maqam Panglima Salauddin al Ayyubi tokoh utama yang telah menawan  Batul Maqdis dalam perang Salib. Maqam ini  terletak di taman berhampiran di luar masjid.

Hebatnya masjid Umawiy ini ia menjadi tempat turunnya Nabi Isa pada akhir zaman nanti. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi:

ينزلُ عندَ المَنارةِ البيضاءِ، شَرقيَّ دمشقَ

Dia turun di menara putih, timur Damsyik.

Ulamak menghuraikan bahawa menara putih  di Timur Damsyik adalah ialah di Masjid Umawiy.. Hanya Allah yang mengetahui tempat yang sebenar di mana Nabi Islam akan diturunkan.

Saya  teringat satu kelas Hadis fitan oleh Dr Walid Ani seorang ulamak dari Syiria. Beliau mengatakan bahawa Imam Mahdi akan muncul bila agama Islam amat tersisih dan terhina. Apabila Islam tiada lagi kekuatan dan kemulian sehinggakan siapa yang solat akan dihina oleh masyarakat. Dia memberi contoh bahawa orang Islam amat bacul kerana tak mampu menghalang orang berzina dalam Masjid Umawiy. Bahkan orang Islam terpaka menunggu mereka selesai berzina untuk solat. Begitu sekali hina Islam ketika itu barulah Imam Mahdi akan muncul.

Kalau mengikut syarahannya itu lambat lagi lah Imam Mahdi akan muncul kerana Islam sekarang masih lagi dihormati. Tidak ada orang yang akan menghina agama Islam secara terang terangan.

Sebenarnya saya ada ambil beberapa keping gambar di dalam Masjid Umawiy. Oleh kerana ketika itu kamera hanya menggunakan filem kodak 36 keping sahaja, Jadi saya amat berjimat untuk mengambil gambar sebab perjalanan Rihlah Syiria baru bermula. Gambar yang diambil pun sudah hilang dari simpanan entah kemana.

“Jahat betul orang zaman dahulu. Sanggup mereka membunuh Saidina Hussain cucu Rasulullah dan membawa kepalanya ke sini”. Luah Yusof yang tak putus-putus meluahkan perasaan ketika kami menziarahi maqam kepala Saidina Hussain.

Bagaimana orang dulu tahu bahawa yang dijumpai itu kepala Nabi Yahya ya?” Zahari bertanyakan Ustaz Solahuddin.

“Ana pun tak tahu. Itu kerja ahli sejarah dulu-dulu. Jom kita pergi makan tengah hari dulu. Lepas ni kita datang kembali ke sini untuk solat zohor”. Ustaz Solah mencadangkan kepada kami untuk menjamu selera dahulu.

Kami bergerak ke satu restoran berdekatan untuk makan tengah hari. Selepas solat zohor Ustaz Solahuddin akan membawa kami melawat pasar Hamidiyyah yang terkenal itu.

No comments: