Setelah selesai membantu Ammu Salim mengemaskan kerja mewarna butang baju, saya masuk kembali ke laman rumah Ustaz Solahudin. Saya berehat di bawah atas pangkin di bawah pokok sambil melihat suasana laman rumahnya yang indah. Di laluan masuk ada besi seperti para yang menempat pokok anggur. Orang Arab biasa menanam pokok anggur di halaman rumah dengan meletakkan para di laluan masuk. Pokok anggur akan menjalar di para besi yang di atas laluan masuk rumah. Apa bila tiba musim panas Anggur akan berbuah berjuntai di atas laluan masuk kerumah. Indah sungguh pemandangan ini.
Tiba-tiba pintu besi
utama terbuka dan seorang pemuda bertubuh
sederhana masuk. Bila melihat saya
sedang duduk di pangkin dia memberi salam. Saya sudah lama tidak bersua muka dengan
Ustaz Solah. Seingat saya , kalu terakhir saya bertemunya ketika saya masih
sekolah rendah. Tapi wajah dan badannya adalah sama dengan ayahnya Haji Hassan.
Saling tak tumpah.
Saya mempekenalkan diri saya dan memberitahunya
bahawa saya membawa kiriman dari ayahnya. “Oh.. Lah datang bawa sendiri
kiriman kali ini”. Kata Ustaz Solahuddin sambil tersenyum.
“Ya.. Alhamdulillah
kali ada rezeki peluang kami masuk ke
Syiria. Jadi saya bawa sendiri lah”.
Sebelum ini sudah
beberapa kali Ayah Solahuddin akan mengirimkan amanah kepada sesiapa saja pelajar Jordan yang balik Malaysia untuk di sampaikan kepada Saya
dan kemudiannya saya akan cari sesiapa pelajar Malaysia di Syiria yang kebetulan keluar ke Jordan untuk sampaikan amanah kiriman
kepada Ustaz Solahudin.
Pernah sekali saya
kirimkan kepada seorang Ustaz pelajar di Maahad di Syiria yang sentiasa
berulang alik ke Jordan menjual hiasan tenunan khat dan cop nama tulisan Arab. Pernah sekali saya kirimkan juga kepada
Ustaz Dr. Zulkifli al Bakri yang
belajar Master di sebuah Universiti di
Damsyik.
Ustaz Solahuddin duduk bersama saya di pangkin berbual dan
bertanya khabar tentang keluarganya dan juga keadaan kami di Jordan. Pada masa
itu perhubungan dengan keluarga di Malaysia adalah amat susah. Hanya melalui
surat biasa yang mengambil masa hampir
sebulan untuk sampai kepada penerima. Pilihan kedua adalah telefon yang kosnya
amat mahal.
Ustaz Solahuddin
adalah pelajar bawah tajaan biasiswa Kementerian
Pendidikan Malaysia generasi terakhir ke Syiria. Belia bersama 3 orang rakan yang lain belajar
di Universiti Damsyik (Jamiah Dimasyq) dalam bidang Bahasa Arab. Pengajian di sini
amat mencabar untuk lulus. Katanya hampir setiap semester ada saja matapelajaran yang gagal. Jadi ketika peristiwa
perang teluk pada tahun 1990 semua pelajar Malaysia di bawa pulang.
Selepas berakhir
perang teluk pihak KPM memberi pilihan kepada Ustaz Solahudin dan rakannya menyambung pengajian di Jordan atau si Syiria.
Ustaz Solahuddin memilih untuk kekal menyambung
pelajar di Universiti Damsyik manakala tiga lagi rakannya memulakan semua pengajian di Jordan. Oleh kerana Ustaz Solahudin memilih untuk
kekal di Syiria KPM kontrak belajar ada kekal dengan lima tahun sahaja. Jika pengajian tidak selesai dalam tempoh lima tahun kerajaan
akan menghentikan biasiswa dan meneruskan
pengajian dengan perbelanjaan sendiri.
Oleh kerana pengajian
di Universiti Damsyik amat susah, Ustaz Solahuddin terpaksa mengulang satu
tahun pengajian menyebabkan dia terpaksa menanggung sendiri pengajian untuk
tempoh setahun lebih. Sekarang ia berada
di semester akhir pengajian. Hanya dia
seorang saja pelajar Malaysia yang belajar
di Universiti Damsyik. Pelajar Malaysia yang lain belajar di Maahad Dakwah,
kolej-kolej dan universiti lain yang
lebih sederhana tahap pengajiannya.
Saya kagum dengan
semangat Ustaz Salahuddin untuk kekal belajar
di Syirian berbanding menyambung pengajian di Jordan yang lebih mudah dan tersusun.
Memang sudah pasti tahap ilmu di Syiria
lebih tinggi berbanding dengan pengajian
di Jordan. Belajar di Syiria berguru dengan tokoh tokoh ulamak hebat.
“Yalla.. Asyaa…
antum jauaaniin”. (Jom makan,
kamu semua lapar ni). Ustaz Ismail mempelawa kami makan nasi menu sup yang
telah siap terhidang di dalam talam. Kami empat orang makan dalam satu talam besar
dan Yusuf dan Zahari makan dalam talam kecil. Kami makan dengan amat berselera
sekali. Memang kami tak makan semenjak dari tengah hari dengan melalui pelbagai peristiwa menarik di
imigresen dan juga pengalaman menaiki teksi.
Kami makan sambil
bercerita dan bergelak ketawa mengenangkan pengalaman baru yang sudah pasti
berbeza dari sebelum ini. Kami tidak sabar menunggu hari esok untuk menelusuri dan meneroka selok belok
kota lama Damsyik yang menarik ini.
Banyak pengalaman baru yang menanti kami.
No comments:
Post a Comment