Thursday, January 02, 2025

SYIRIA 5 : AMMU SALEEM PEWARNA BUTANG BAJU

 Sementara  menunggu Ustaz Solahuddin balik dari kuliah dan  juga menunggu Ustaz Ismail  menyiapkan makan malam kami, Saya keluar dari rumah melihat keadaan sekeliling. Rumah Ustaz Solahudin dan ustaz Ismail ini sangatlah epik bagi saya. Rumah dan kawasan sekeliling memang klasik. Susun atur ruang halalam rumah  dengan susunan pokok membayangkan zaman awal tamadun Islam. Amat mengujakan.


Saya  membuka pintu utama untuk keluar melihat sekita luar rumah.  Jalan  hadapan rumah Ustaz Solahudin ini  adalah penghujung  , kira jalan mati lah.  Penghujung jalan adalah tembok batu besar.   Di tepi tembok  itu   terdapat satu pokok besar yang rendang.  Di bawah pokok tersebut saya lihat ada sorang pakcik yang dalam  lingkungan umur 60an.

Di Tembok tersebut ada lubang seolah tingkap. Namun ia berbentuk  tirus. Besar dan semakin mengecil ke sisi sebelah luar. Sudut lubang itu  mengadap ke bawah. Saya menjenguk nampak ada kereta lalu lalang di luar. Rupanya di luar itu adalah luar kota dan jalan raya. Rupanya kawasan rumah Ustaz Solahudin ni adalah tinggi berbanding di luar kota.

Saya mendekatinya dan menyapanya dengan memberi salam.

“Keifak ammu? Syloonak?”

(Apa khabar  pakcik? Bagaimana keadaan hari ini?)

Beliau menjawab salam dan mempersilakan saya  datang dan duduk  dengan nya melihat dia bekerja.   Saya lihat dia macam memasak sesuatu. Ada satu periuk kecil di atas  api  yang dihidupkan dari tong gas kecil. Saya lihat    seperti air berwarna yang sedang mendidih dan  pakcik itu mengacaunya.



Saya memperkenalkan diri saya dan   kami berkenalan. Namanya ialah Ammu Saleem ( saya  sudah tidak ingat namanya yang sebenar). Rupanya dia sedang  mewarnakan butang baju kemeja.  Itu adalah kerjanya seharian untuk menyara keluarganya. Ammu Saleem akan membeli secara borong butang baju  yang jernih tidak berwarna dan kemudianya akan  merebuskannya dengan warna-warna tertentu mengikut permintaan pelanggan.

Saya terkejut  kerana masih ada kerja sebegini. Untungnya amat sedikit. Bila saya bertanya kos beli yang jernih harga yang dijual untungnya amat sedikit. Saya mengatakan bahawa bukankah ada butang berwarna sudah siap dijual dan tidak perlu lagi diwarnakan. Kalau di warnakan begini tidak asli dan   tidak cantik sebagaimana butang  telah berwarna dari asal.

“Ini adalah kerja dari turun temurun lagi,  ada pelanggan tetap yang akan membeli butang ini dan mereka lebih suka butang yang saya buat berbanding butang yang sudah berwarna”. Jelas Ammu Saleem sambil mengacau isi periuk. Kali ini saya  lihat dia membuat butang warna hijau.

Bila saya bertanya tentang keluarganya.  Ammu Saleem memberitahu bahawa anak-anaknya dia semua sudah dewasan dan sudah bekerja sendiri. Dia hanya bersama isterinya. Kalau tak silap saya untuk dari jualannya hanya sekitar 10 lira sahaja sehari sebagai upah mewarnakan butang. Kalau ikut perkiraan akal kita duit itu tidak cukup untuk menyara keluarganya.


“Saya hanya hidup dengan isteri saya sahaja. Hasil jualan butang ini walaupun sikit saya  sudah mampu untuk  hidup dengna isteri saya. Rezeki dari Allah yang satu. Dialah yang mengatur rezeki saya dan isteri. Alhamdulillah setakat ini  mencukupi. Malah kadang-boleh lagi saya bersedekah keapda yang memerlukan”. Panjang lebar Ammu Saleem menerangkan kepada  saya tentang kehidupannya.

Lama juga saya berbual dengannya sehingga dia selesai kerjanya dan mengemaskan barang-barangnya. Saya membantunya sedikit sebanyak mengemaskan peralatan dan butang-burang bajunya yang banyak berbekas-bekas.

Saya bertanya tentang lubang ibarat tingkap di dinding batu itu. Ammu Saleem memberitahu itu adalah lubang pengawal pada masa lampau zaman Umayyah dulu. Mereka akan berkawal dari situ dan menjadi tempat memanah musuh ketika kota itu diserang oleh musuh. Wah amat menakjubkan. Sekarang lubang itu boleh digunakan untuk meninjau apa yang berlaku diluar kota.

Alhamdulillah, Petang itu hari pertama saya di kota  lama Damsyik saya belajar ilmu berkaitan rezeki dan tawakkal kepada Allah. Semoga Ammu Saleem dipermudahkan urusan dan keluarganya di berkati Allah.

Kita perlu yakin bahawa Allah yang  menentukan dan memberi rezeki kepada kita sebaimana firmannya dalam  Surah al Zumar ayat 52 :

﴿ أَوَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ﴾

(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).

Dan  dalam surah al Isra ayat 30

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya

No comments: