Friday, March 06, 2015

GRAD ON TIME (GOT)

Ini adalah kata-kata yang dibincangkan di kalangan pelajar PHD. Habis belajar tepat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan menjadi cabaran yang amat memeritkan.  Jika dilihat kepada sejarah pelajar-pelajar terdahalu adalah amat sedikit pelajar yang dapat menghabiskan pengajian PHD dalam tempoh normal iaitu tiga tahun.  Walaupun pihak univerisiti memberi peluang kepada pelajar boleh menghabiskan tempoh minima selama 4 semester iaitu 2 tahun seakan tidak ada pelajar yang berjaya menyahut cabaran ini.

Penasihat akademik dan bakal penyelia saya mengatakan tidak mustahil untuk mendapat GOT dan mereka berdua  telah mencadangkan saya untuk menghadiri bengkel Zero Draft of Thesis yang dikendalikan oleh Dr Othman Talib atau lebih dikenali sebagai DROT. Maklumat tentang kursus ini boleh dirujuk di http://www.tulis-tesis-cepat.com.

Alhamdulillah, setelah menghadiri kursus tersebut, ianya dapat membuka minda bagaimana hendak mengurus masa dan kerja dengan bijak dengan lebih tersusun. Ianya lebih kepada memanfaatkan akal yang telah dianugerahkan Allah Taala kepada kita. Memanfaatkan teknologi sedia ada terutama software Microsoft word dan mendeley yang sangat membantu.

Kerumitan dalam pengajian peringkat PHD ialah untuk mendapat sumber dan bahan kajian adalah sangat mencabar. Teknologi yang sedia ada dengan software yang telah dicipta untuk memudahkan kerja manusia. Inilah fungsi sebenar manusia sebagai khalifah. Kita amat beruntung kerana diluar sana  ramai insan-insan yang berhati mulia berusaha untuk mencipta sesuatu yang manfaat kepada insan yang lain terutama dalam kajian akademik.

Tinggal sekarang ialah saya perlu memahirkan diri dengan software Mendeley, google browser UPM dan juga Microsoft Word agar dapat di manfaatkan secara optima dalam tempoh pengajian ini. Insya Allah mudahan mendapat GOT.

No comments: