Tuesday, March 03, 2015

KALAM PENCIPTA : ARAK DAN JUDI BARAH MASYARAKAT


$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsƒø:$# çŽÅ£øŠyJø9$#ur Ü>$|ÁRF{$#ur ãN»s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ   $yJ¯RÎ) ߃̍ムß`»sÜø¤±9$# br& yìÏ%qムãNä3uZ÷t/ nourºyyèø9$# uä!$ŸÒøót7ø9$#ur Îû ̍÷Ksƒø:$# ÎŽÅ£÷yJø9$#ur öNä.£ÝÁtƒur `tã ̍ø.ÏŒ «!$# Ç`tãur Ío4qn=¢Á9$# ( ö@ygsù LäêRr& tbqåktJZB ÇÒÊÈ   Surah al Maidah ayat 90 dan 91
Mafhum: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya (90). Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (91).

PENGAJARAN
1.      Allah Taala telah mencipta manusia sebagai khalifah atau wakilnya untuk mengurus dunia dan kehidupan. Tanggungjawab mengurus ini adalah sangat berat dan mencabar. Oleh itu Allah telah memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam menjalankan amanah tersebut. Di antara panduan yang Allah beri ialah tentang perkara-perkara yang perlu dihindarkan oleh manusia.

2.      Perkara yang wajib dihindari oleh manusia ialah Arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib. Semua perbuatan ini adalah sangat kotor dan keji dan ia adalah perbuatan syaitan. Sesiapa yang menghindari dari perkara-perkara tersebut akan berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

3.      Dalam bahasa Arab penggunaan lafaz ‘innama’ adalah merupakan ‘adaat al hasr’ yang berfungsi sebagai penguat atau penegasan yang membawa maksud ‘Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan undi nasib hanyalah perbuatan kotor, jijik dan perbuatan syaitan.’ Ia membawa membawa maksud bahawa perbuatan itu langsung tiada kebaikan kerana ia seluruhnya perbuatan kotor dan keji. Menjauhkan diri dari perbuatan tersebut adalah merupakan prasyarat untuk mendapat kejayaan dan juga kebahagiaan.

4.      Allah ingin menjamin keselamatan manusia dari aspek harta, nyawa, maruah dan sebagainya sesuai dengan kedudukan sebagai manusia yang mulia ciptaannya. Perkara yang dilarang tersebut bercanggah dengan fungsi sebenar akal dan ciptaan manusia. Arak boleh merosakkan akal dalam membuat pertimbangan. Sesiapa yang mabuk tidak dapat mengawal diri apatah lagi membuat keputusan bahkan boleh menyebabkan kerosakan dan gangguan. Judi pula bertentangan prasyarat kejayaan. Judi hanya mengajar manusia bergantung harap pada nasib semata-mata sedangkan kehidupan manusia bergantung pada usaha. Tanpa usaha manusia tidak akan mampu mengembangkan potensi diri. Memuja berhala atau patung adalah perlakuan bodoh yang bercanggah dengan kewarasan akal kerana ia hanya perbuatan mengharap pada yang sia-sia. Begitu  juga dengan‘azlaam’ perbuatan menentukan untuk nasib dengan undian dalam menentukan harta dan habuan adalah perbuatan yang tidak bijak sedangkan Allah telah menganugerahkan kebijaksanaan akal fikiran dalam menentukan sesuatu.

5.      Jika manusia dapat membebaskan diri dari 4 jenis sikap ini manusia pasti akan berjaya dalam apa jua perkara yang berkait dengan kehidupan dunia dan akhirat. Allah mahu manusia mengoptimakan kebijaksanaan akal fikiran dalam menjalani kehidupan namun pada masa yang sama tidak mengenepikan panduan al Quran dan al Sunnah.

6.      Syaitan telah berikrar di hadapan Allah untuk menyesatkan seramai mungkin manusia. Ke empat-empat berbuatan ini adalah merupakan jalan dan senjata syaitan dalam memperdayakan manusia. Syaitan memujuk manusia dengan bisikan-bisikan yang menjanjikan kesenangan mudah. Minum arak boleh menghilangkan masalah dihadapi, Judi boleh menghasilkan duit secara mudah tanpa usaha. Memuja berhala lebih meyakinkan kerana boleh dilihat dengan mata dan menentukan nasib dan pembahagian dengan undi nasib kadang kala lebih menguntungkan. Itulah antara cara bisikan syaitan kepada manusia menyebabkan manusia merasakan nasib anak menyebelahi mereka dan masalah akan selesai. Ketika ini fungsi akal untuk menilai secara waras sudah hilang. Minum arak tidak menyelesaikan masalah ianya hanya ibarat menutup mata sedangkan masalah tetap tidak selesai begitu juga dengan judi dan penentuan nasib  bagaimana jika judi dan undian tidak memihak kepadanya. Siapa akan menanggung kerugian?

7.      Beginilah caranya syaitan menanam bibit permusuhan antara manusia. Perlakuan-perlakuan diatas dilakukan diluar batasan akal yang waras sudah pasti akan mudah diambil peluang oleh syaitan. Implikasi perlakuan-perlakuan tersebut sudah pasti banyak menjejaskan hak-hak orang lain yang boleh menyebabkan ada yang merasa teraniaya dan dizalimi. Seterusnya akan timbul kemarahan dan permusuhan sesama manusia. Arak dan judi ini juga akan membawa pelakunya jauh dari mengingati Allah taala dan solat.


8.      Selepas Allah menghuraikan segala impilikasi negatif dan keburukan arak dan judi Allah mengemukakan soalan : “Adakah kamu mahu berhenti dari perbuatan buruk ini atau kamu masih berdegil”? 

No comments: