Wednesday, March 25, 2015


Prof Sheikh Omar ketika memberi kuliah motivasinya menyebut tentang pengurusan diri terhadap masa. Ramai yang selalu menyebut tentang pengurusan masa. Katanya masa tak perlu diurus kerana ia sudah sedia terurus.
Sebenarnya kita lah yang perlu mengurus diri agar masa yang sudah sedia ada 24 jam itu dapat dimanfaatkan sebanyak mungkin. Semua manusia memiliki sebanyak 24 jam sehari tidak lebih dan tidak kurang. Kegagalan dalam hidup ialah apabila gagal memanfaatkan masa yang sedia ada. Mereka yang Berjaya ialah mereka yang Berjaya mengurus diri memenuhi masa yang ada.

Allah telah perbesan dalam al Quran dalam surah al Asr :
وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ ٣
Demi masa. Sesungguhnya semua manusia berada dalam keadaan kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan melakukan amal soleh. Mereka sentiasa saling menyampaikan kebenaran (agama) dan saling menyampaikan dalam keadaan penuh kesabaran.

Setiap detik dalam kehidupan ini perlu dilalui dengan keimanan kepada Allah Taala. Jika semua aktiviti dilakukan dengan ingatan kepada Allah sebagai menjalankan tugas sebagai khalifah Allah demi untuk mendapat redhanya, Semuanya akan menjadi Ibadah dan inilah yang dikatakan mereka yang tidak rugi. Kerja yang amat bermanfaat ialah melakukan amal soleh iaitu kebaikan yang mempunyai nilai disisi Allah Taala. Semua kerja di dunia ini ada manfaatnya, kepada diri, masyarakat dan seluruh kehidupan. Itulah tugas manusia yang dijalankan oleh manusia setiap hari tidak mengira beriman atau tidak. Cuma mereka yang tidak ada iman kerja mereka hanya mendapat hasil dunia semata-mata.

Umat Islam islam masih dilihat kabur dalam pengurusan diri berkaitan dengan masa. Ini boleh dilihat disekeliling kita. Jika seorang yang mendalami ilmu agama mereka dilihat banyak bertoleransi dengan masa. Golongan ini boleh kita sebut sebagai agamawan amat jarang kita temui yang menepati masa. JIka kita ke Negara yang dikatakan kuat pegangan agama islamnya. Ketepatan masanya adalah amat teruk sehingga langsung tidak boleh menjadi contoh bahkan ia memburukkan lagi imej islam itu sendiri.


Sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah, marilah kita sama-sama mengurus diri kita agar dapata mendisiplin diri terhadap masa. Ingatlah masa yang diberi oleh Allah adalah amat singkat. Hanya diibaratkan sebagai satu pagi atau satu petang sahaja. Jangan kita hanya menyesal diakhirat nanti dimana penyesalan yang tidak berguna lagi.

No comments: