Tuesday, March 24, 2015

ERATKAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN


Cuti sekolah setiap bulan Mac hanya seminggu. Cuti yang pendek ini banyak program dan aktiviti yang perlu diisi. Walaupun cuti sekolah Ziad perlu hadir kelas tambahan untuk persediaan UPSR. Ibunya seorang guru ada beberapa program dalam cuti yang perlu diselesaikan. Ada perjumpaan Alumni pelajar  Universiti al Al Bayt di Pulau Pinang, Jemputan Kahwin di Terengganu dan Pahang. Kelas PHD pula menjadi kewajipan untuk hadir. Ibu di kampung pun perlu dijenguk walau sekejap.

Namun mengingatkan Pesan Nabi ketika mula-mula sampai ke Madinah semasa Hijrah

يا أيها الناس أفشوا السلام وأطعموا الطعام وصلوا الأرحام وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام
“Wahai manusia sebarkan salam kesejahteraan, Banyak memberi makan, eratkan hubungan kekeluargaan, solatlah malam ketika manusia nyenyak tidur, pastinya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera”

Perjalanan di dalam masa cuti ini untuk bertemu mata dengan ibu dan keluarga, sahabat handai, akan seperjuangan adalah termasuk dalam pesan nabi yang mana sudah pasti ada ganjarannya yang telah disediakan oleh Allah bagi sesiapa yang berusaha melakukannya.

Sudah pasti perjalanan yang jauh melakukan ziarah berjumpa saudara dan sahabat handai ini amat meletihkan dan memerlukan pengorbanan mental, fizikal dan juga harta. Kita wajib yakin bahawa Allah melihat apa yang telah kita lakukan dan korbankan pastinya dia akan gantikan dengan nilai yang lebih tinggi. Al quran menyebut setiap kebaikan akan digandakan ganjarannya sehingga sepuluh kali.

Setelah dikira perjalanan sepanjang cuti merentas jarak sejauh hampir 2000km dalam masa  5 hari adalah amat bersar belanjanya dengan kos petrol, tol dan makan minum dan sebagainya. Itu belum dikira lagi belanja hadiah dan tanda mata. Tapi semua itu akan diganti oleh Allah dengan ganjaran yang lebih bernilai. Mungkin didunia ini sudah diganjarkan dengan pelbagai nikmat lain dan yang sudah pasti ialah ganjaran akhirat yang amat besar.

Memang besar sungguh nikmat kamu ya Allah kepada kami semua. Kami bersyukur kepada mu ya Allah. Berkatilah hidup kami sesungguhnya hanya Engkau saja lah yang berkuasa mengatur seluruh hidup kami semua.


1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)