Monday, March 02, 2015

BERSEDIALAH MELABUR UNTUK KEHIDUPAN SELEPAS MATI

Antara aktiviti baru setelah bercuti belajar ialah program mentelaah kitab bersama pelajar. Kitab yang menjadi pilihan ialah kita hadis ‘Sofwatul al Ahkam’, kita tafsir ‘Tafsir Ayat Hukum’ Oleh Dr Ali Sobuniy dan kitab Tarikh Tasyri’ oleh Manna’ Qattan.  Sesi mentelaah kitab ini setiap petang Isnin, Selasa dan khamis dari jam 6.30 hingga 7.30ptg. Hanya ini adalah terluang yang ada sesuai untuk saya dan pelajar.

Alhamdulillah dengan cari ini saya dapat membuka balik kitab-kitab yang pernah dibaca dulu bersama tuan-tuan guru ketika berkelana di Jordan dulu.
Apa yang menyentuh hati saya ialah apa yang ditulis Dr Ali Sobuniy dalam muqaddimahnya dengan katanya : Aku menyusun buku ini sebagai usaha untuk menyediakan bekal di hari Akhirat nanti. Semoga dengan buku yang ringkas ini boleh menyelamatkan diriku dari kehidupan yang sengsara di akhirat nanti. Aku ingin bepegang pada pesan baginda rasul “ Apabila matinya seseroang anak Adam akan terputuslah segala amalan melainkan tiga perkara: Sadaqah yang faedahnya berterusan, Ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya”.

Kita sebagai orang biasa ini apakah yang telah kita rancang untuk bekal kita diakhirat nanti? Adakah hanya cukup dengan solat lima waktu  dan ibadah asas sahaja cukup menjamin kehidupan kita diakhirat nanti. Hati kecil ku berazam ingin mengikut jejak langkah para ulamak dahulu meninggalkan mutiara ilmu melalui buku-buku agar boleh sentiasa dimanfaatkan segala ilmu walaupun badan sudah dikandung tanah.

Ya Allah! Qabulkan lah impian aku ini, permudahkan segala urusan dan jernihkan segala fikiran. Hanya Engkaulah yang maha merancang dan mampu melaksanakan segalanya. Aamiin.

No comments: