“ Malam ini adalah malam kesebelas bulan Ramadhan bermakna kita semua sudah masuk ke fasa 10 kedua Ramadhan” sebut Seorang penceramah jemputan yang mengisi slot tazkirah Ramadhan malam ni.
“Hah.. cepatnya masa berlalu hari-hari Ramadhan bergerak begitu laju” Aku teringat fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan yang Allah anugrahkan kepada umat nabi Muhammad.
Masya Allah teruknya, Aku rasa aku sepatutnya digolongkan dalam golongan yang lalai yang mensia-siakan peluang yang Allah telah berikan kepadaku..
Niat asal aku untuk khatam Quran seitap 10 hari Ramadhan nampaknya sudah tinggal angan-angan. Belum kira lagi tadarus yang hanya dibuat kadang-kadang sahaja.. Ibadah sedekah masih kurang.. sepatutnya aku menyusun ibadah sedekah ini dengan lebih teratur agar ianya berjaya dimanfaatkan secara maksima sesuai dengan kemampuan yang aku ada.. Qiam.. munajat masih tidak konsisten.
Ya.. masa masih ada.. 18 hari lagi amat luas yang boleh dimanfaatkan..
Banyakkan baca Quraan kurangkan mentelaah surat khabar, hadkan masa untuk melayari internet..
Pastikan solat Berjemaah tidak ditinggalkan dan lazimi semua solat rawatib..
Pastikan tidur awal untuk Qiam yang lebih segar di malamnya.. dengan sekurang-kurang satu juz al Quraan.
Basahilah mulut ini dengan zikir-zikir Cubalah beristiqamah tadarus al Quraan dengan isteri dan anak-anak..
Merancang sumbangan harta yang telah diberi rezeki oleh Allah agar lebih tersusun dan mendapat manfaat yang optima.. Ingatlah..
Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
Rasulullah berpesan.. Sesiapa yang memeriahkan bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan berusaha merebut ganjaran rahmat Allah pastinya Allah akan mengampunkan dosanya..
Cerita Salasilah
2 months ago
No comments:
Post a Comment