“ Ustaz! Bolehkah bagi sedikit pengisian setiap pagi Isnin di perhimpunan pagi sekitar lima minit hingga sepuluh minit begitu”. Pinta Penolong Kanan HEM SMK Elopura satu hari ketika saya dipanggi ke biliknya.
Terkejut juga aku mendengar permintaan ini. Berat juga tugas aku. PK HEM ini memang terkenal amat baik dan bertanggungawab. Amat komited dan profesional dalam kerjanya. Tapi dia adalah orang kuat gereja. Aku dengar bahawa dia ini taraf sister dan tidak boleh kahwin. Kenapa dia minta aku yang bagi pengisian.
“Miss Fang! Saya ni tak pandai sangat nak bercakap tentang
motivasi ni kepada pelajar. Saya ni ustaz. Cakap pasal agama Islam boleh lah”.
Aku cuba berhelah. (Miss Fang bukan nama sebenar).
“ Tak apa Ustaz! Agama kita lebih kurang sama ja, Islam dan
kristian. Semua ingin mengajak manusia mengenali tuhan dan patuh kepadanya. Perbuatan
baik dan buruk di dunia akan di balas nanti di sana”. Miss Fang memujuk saya.
Dalam hatiku teringat juga tentang tanggungjawab kita sebagai
muslim. Wajib melaksanakan dakwah kepada manusia agar mengenal Allah dan patuh
kepadanya. Hidup yang sebenar adalah diakhirat nanti. Ini antara persamaan
antara agama Islam dan kristian.
Aku teringat juga pesan guruku bahawa berdakwah kepada orang
kristian ini lebih mudah kerana akidah kepercayaan asasnya adalah sama dengan
Islam kerana ianya adalah agama langit termasuk agama Yahudi. Cuma bezanya
ialah mereka menolak kenabian Muhammad dan juga al Quran. Allah juga merakamkan
dalam al Quran.
(وَلَتَجِدَنَّ
أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا
نَصَارَى )
Dan sesungguhnya kamu akan mendapati orang-orang yang paling
dekat dalam kasih sayang kepada orang-orang yang beriman ialah mereka yang
berkata: "Kami adalah penganut Nasrani."
Ah.. aku ambil peluang ini.
“ Saya cuba Miss Fang, nanti kalau ada apa-apa cadangan atau
teguran boleh bagi tahu saya juga”.
Slot yang di beri kepada aku ialah setiap pagi Isnin di
penghujung perhimpunan yang akan dijalankan selama setengah jam. Jika ada waktu
terluang aku akan dijemput. Namun jika ucapan lain terlampau panjang dan tidak
ada waktu slot aku di tangguhkan.
Aku banyak menyentuh topik aqidah dalam slot aku.
“Siapa yang cipta kita?”
“ Kemana kita akan pergi selepas mati?”
“ Setiap perbuatan kita akan diperhatikan oleh Allah”.
“ Semua manusia yang pernah hidup atas dunia akan hidup semula
kali kedua, tak ada seorang pun yang akan terlepas, tanpa mengira apa agama dan
kepercayaan”.
“Apa saja yang kita buat atas dunia akan dibalas di akhirat
nanti”.
“Oksigen yang kita sedut setiap saat ini, air yang diminum
ini saiapa yang sediakan?”
Alhamdulillah… banyak maklum balas positif yang aku dapat
selepas itu. Semoga sumbangan yang sedikit ini mampu sampai kedalam lubuk hati
yang mendengarnya.
No comments:
Post a Comment