Satu hari ketika masih bertugas di SMK Elopura Bestari Sandakan, guru mentor aku Cikgu Masnon minta menemani dia hadir jemputan kenduri kahwin di sebuah kampung yang agak jauh juga dari sekolah. Kami terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Cikgu Masnon. Setelah hampir setengah jam melalui jalan berbatu kami sampai ke destinasi. Terlihat beberapa khemah besar kenduri kahwin.
Setelah memakir kenderaan di satu sudut jalan. Kami berdua
bergerak ke kawasan kenduri.
“ Ustaz Abdullah…!”
Aku terdengar satu suara melaungkan nama aku. Aku melihat
sesorang meluru kearah aku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Selepas
bersalaman dia memeluk aku.
“Aku sudah solat Ustaz..” itu yang terpacul keluar dari
mulutnya selepas melepaskan pelukan.
Aku tersenyum dan masih terpinga-pinga dengan kejadian itu. Aku
melihat mukanya dengan wajah terkejut.
“ Ustaz tak ingat aku kah? Aku ni Razak.. Ustaz pernah tempeleng
aku dulu sebab tidak solat subuh..” Dia memperkenalkan dirinya.
Aku terkesima sekejap.
“Oh .. Ini Razak Budasir kah? Pelajar yang saya pernah
lempang dulu sampai jatuh dan terkena tong sampah di belakang kelas?”
“ Ya la bah Ustazah!”. Ia mengiyakan.
“Alhamdulillah. Aku sudah solat sekarang. Aku tidak tinggal
solat lagi. Terima kasih bah ustaz.. sebab ingatkan saya agar jangan tinggalkan
solat”.
“ Aku sekarang sudah bekerja di pelabuhan dekat Sim-sim
sana. Cuci kapal.”
Sambil itu dia membawa aku dan Cikgu Masnon ke bahagian meja
yang kosong untuk dihidangkan dengan juadah kenduri .
Aku sebenarnya baru teringat peristiwa aku melempang seorang
pelajar kelas 4D lantaran tidak mampu menahan geram bila ditanya siapakah yang
tidak solat subuh setiap hari. Masa itu tahun pertama aku di ‘posting’ bertugas
di sekolah. Umur pada masa itu baru 25 tahun, masih berdarah muda dengan
semangat berkobar-kobar.
Menjadi rutin aku setiap kali masuk kelas bertanya tentang
solat kepada anak murid aku. Siapa yang solat maghrib, isyak, subuh semalam. Aku
minta pelajar mengangkat tangan jika mereka solat.
Memang amat sedikit yang mengangkat tangan. Kalau ada pun
sorang dua saja. Namun apa yang aku perhatikan bila aku membuat pertanyaan
begitu setiap kali mulakan pengajaran, bilangan pelajar yang solat semakin
ramai. Aku tidak tahu adakah mereka itu
berbohong atau atau mereka hanya solat
semata-mata ingin mengambil hati aku esok hari bila ada kelas Pendidikan Islam.
Tapi pelajar seorang ini yang bernama Razak bin Budasir ini tidak
pernah mengangkat tangan mengaku solat tanpa mengira waktu solat. Biasanya bilangan
pelajar yang mengangkat tangan mengaku solat maghrib atau isya akan bertambah. Tapi
Razak ini tak pernah mengangkat tangan. Biasanya aku akan cubit sikit perut
pelajar lelaki yang tidak pernah solat dalam sehari.
Razak ini seorang yang jujur. Walaupun setiap kali dicubit tak
ada perubahan walaupun solat maghrib atau isyak. Solat subuh bagi aku kira bonuslah
kalau mereka solat.
Satu hari aku bertanya kepada kepada Razak.
“kenapa kau tak pernah solat Razak?”
“ Aku tak senang Ustaz..” jawabnya..
Paaaaang… tangan aku singgah di pipinya.. Razak terjatuh dan
terkena tong sampai di tepi kelas. Razak ni berada di meja paling belakang bersebelahan
dengan tong sampah. Aku naik angin hari tu. Tidak tahu apa yang merasuk diriku…
Razak bangun dan kembali berdiri dihadapan mejanya. Kelas
sunyi sepi.
“Kau tahu.. beza antara orang Islam dan orang kafir adalah
solat!”
“Kalau kamu tak solat, apa beza dengan orang bukan Islam”
Razak hanya tunduk memandang lantai.
Aku meninta pelajar semua duduk dan aku memulakan pengajaran pendidikan Islam untuk hari tersebut.
Setelah selesai pengajaran dan masuk ke bilik guru aku sebenarnya
menyesal dengan apa yang aku lakukan pada Razak. Aku tidak sepatutnya melempang
pelajar tersebut kerana tidak solat.
“Dakwah ini tidak boleh keras”
“Basyyiru wa la tunaffiru….( Beritahulah khabar gembira dan
jangan jadikan orang lari)”
Aku teringat pesan guruku semasa pengajian halaqah bersama guruku di Jordan dulu.
Namun, Alhamdullillah aku bersyukur pada Allah bahawa seruan
aku telah sampai, Semoga Razak akan sentiasa istiqamah menjaga solat dan
menjadi orang yang bertaqwa seterusnya dan
hidupnya sentiasa diberkati Allah.
Marilah renungi beberapa potong pasanan Nabi kita :
قال رسول الله
صلى الله عليه وسلم " بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة"
Ungkapan tersebut
bermaksud "Antara seorang lelaki dengan kekufuran adalah meninggalkan
solat." Ini menunjukkan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu tindakan
yang boleh menyebabkan seseorang itu terjatuh ke dalam kekufuran. Dalam konteks
ini, solat dianggap sebagai salah satu rukun penting dalam agama Islam yang
membezakan antara keimanan dan kekufuran. (Ihsan Sider AI)
من ترك الصلاة متعمداً برئت منه ذمة
الله ورسوله
Frasa "من ترك الصلاة
متعمداً برئت منه ذمة الله ورسوله" bermaksud "Sesiapa yang
meninggalkan solat secara sengaja, maka terhapuslah tanggung jawabnya di sisi
Allah dan Rasul-Nya." Ini menunjukkan bahawa meninggalkan solat dengan
sengaja adalah satu perbuatan yang serius dalam agama Islam, yang boleh
menyebabkan seseorang terlepas daripada perlindungan dan rahmat Allah serta
Nabi Muhammad. (Ihsan Sider AI).
Semoga Allah merahmati kita semua.
22.10.2024 Sungai Merab Jaya
No comments:
Post a Comment